Felixia Yeap Model Bukan Islam Yang Suka Berhijab - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 10, 2013

Felixia Yeap Model Bukan Islam Yang Suka Berhijab


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Hari ni Muja terbaca satu status facebook dari tuan Denaihati yang sangat menyentuh hati. Rasa macam sangat kecil diri ini sebagai seorang Muslimah. Ia tentang Felixia Yeap, seorang model baju Muslimah yang bukan beragama Islam. Hairan bukan? :)


Mungkin baginya, kalau orang Islam sendiri yang tahu hukum hakam Islam berani memperagakan baju yang tidak mengikut syariatNya, kenapa tidak dia memperagakan baju Muslimah. Malah, baju Muslimah meninggikan lagi maruahnya. Mungkinlah dia berpendapat begitu.

Felixia Yeap yang pernah keluar di majalah Playboy suka berhijab. Kita sendiri yang Islam dari saat lahir ni pun belum tentu lagi keikhlasan menutup aurat. Ya Allah, betapa mudahnya apabila Kau hendah memberikan hidayah kepada hambMu. :')

boleh baca kisah menyentuh hatinya DI SINI
Entry di blognya yang memperkatakan tentang perubahan dirinya sangat menyentuh hati Muja dan Muja pasti orang lain yang membacanya juga akan berasa demikian juga. Betapa dia sebenarnya adalah sangat berlainan dengan apa yang orang lihat pada dirinya. Dia berasa dipergunakan dengan tubuh badannya. Dia rasa tidak selesa dengan kehidupannya.


Sama-samalah kita mendoakan semoga dia mendapat hidayah dan hatinya terbuka untuk memeluk Islam, satu-satunya agama yang membawa penganutnya ke arah jalan kebenaran. Moga ada di kelilingnya orang yang sedia membimbingnya. Moga bertambah ramai saudara seIslam kita dengan adanya dia. Amiin.

Wassalaam.


11 comments:

  1. Allahuakbar !! semoga dia di beri hidayah oleh ALLAH ..lebih cantik bertudung dan menutup aurat seperti ini

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah , orang bukan Islam dah berubah .. yang Islam ni , rata-ratanya bile la nak tutup aurat kan ? semoga dorang cepat mendapat hidayah .. amin ..

    ReplyDelete
  3. Amin...semuga Allah beri hidayah kepada Felixia Yeap, kalau ramai orang berdoa insyaAllah ditunaikan....

    ReplyDelete
  4. Insyaallah. . Dengan izin Allah pasti dia akan dapat hidayah..

    ReplyDelete
  5. non-muslim spt dia pon bole bpandangan bgitu.. apatah lg yg smemng ny muslim yg suka tangguhkn bab mnutup aurat.. mm..

    ReplyDelete
  6. semoga dapat hidayah.. walaupun beliau sekadar berfesyen.

    ReplyDelete
  7. laaa... dia ni ke... serious dia cntik berhijab ^^

    ReplyDelete
  8. Syukurlah ada juga non-muslim yg boleh tengok kebaikan berhijab.

    P/S : Blogwalking here.

    ReplyDelete
  9. Semoga dia segera mendapatkan Hidayah untuk Masuk Islam,seperti Pak Rowan Atkitson (si Pemeran Mr Bean).

    ReplyDelete
  10. Saya kalau ada yg tulis pasal Felixia gatal je tangan nak klik.. :D

    Memang betul. Pernah seharian tu saya x tdo sebab nak kenal siapa pemilik nama Felixia Yeap nie. Saya selongkar FB Felixia, stalk Blog peribadinya semata nak tahu siapa dia. start dari situlah saya dah mula ikut perkembangan beliau dan kisah beliau saya abadikan dalam blog saya... Unik. Bukan islam tapi minat fesyen berhijab..

    ReplyDelete