Majlis Perkahwinan FIzo Omar dan Mawar Di Selising, Pasir Puteh, Kelantan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 30, 2013

Majlis Perkahwinan FIzo Omar dan Mawar Di Selising, Pasir Puteh, Kelantan


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Majlis Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda Di Selising, Pasir Puteh, Kelantan | Ecey. Buat heading macam blog retis dah blog picisan cek. Wakakaka. Straight to the point je. 28 Sabtu, 28 Disember 2013, Muja, Ida, Huda, Amir, dan Syakir pergi ke majlis perkahwinan Fizo Omar dengan Mawar Fareeda. Umi yang dapat kad jemputannya. Kita lak yang sibuk nak pergi -.-

Mulanya nak pergi pagi lagi tapi disebabkan kemalasan untuk mandi di musim sejuk ini, kami pergi dalam pukul 3.30 petang. Umi pergi dulu dengan abah. Rumah Fizo ni dalam 5 minit je kalau jalan raya lancar tanpa traffic jam dari rumah Muja. Satu kampung je. Adik Fizo yang nama Diana was my senior in Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa dulu. Tak sempat jumpa Diana. Sedih :'(

Majlis Perkahwinan Fizo Omar dan Mawar Fareeda, Fizo Omar dan Mawar Kahwin, Persandingan Fizo Omar dan Mawar Fareeda
Pasangan Pengantin Yang Diraikan: Fizo dan Mawar. Sweet couple. Sweet like candy. Huu
On the way tu, depan kedai bahulu mak saudara pengantin lelaki, nak masuk jalan belakang kena sekat dengan Pasukan Rela. Tetiba, contact lens gua buat hal.  Dia berlipat. Mungkin sebab kering dalam air-conditioned situation. Pfftt. Terkedip-kedip gua cuba membaiki. Jalan lak jam. Hadoooi. Ramai juga peminat Fizomawar ni. Ingat tittew je yang excited. Kof3

Sampai je kat rumah Fizo, kitorang bukannya menerkam makanan, kami lebih berminat untuk snap gambar berkoyan-koyan. Target penuhkan memory kononnya. Kah2. Keinginan yang sememangnya disimpan dari rumah lagi terus kujadikan kenyataan. Merata tempat kusnap. Pantang nampak spot menarik di pandangan mata, laju je tekan Capture. Addiction tahap danger!

Fizo Omar dan Mawar Fareeda Berkahwin, Fizo Omar dan Mawar Fareeda Bersanding, Fizo Omar dan Mawar Fareeda
Pasangan sepadan bagai pinang dibelah dua.
majlis perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda di selising
Hebatkan dapat snap gambar dalam kekalutan? Hahaha
Kami memang bernasib baik sebab masa tengah beratur menunggu Hot Burger Fizo Omar, tetiba nampak pasangan mempelai keluar dari rumah menuju ke pentas persandingan. Terus tak ingat pasal nak makan burger. Sempat pulak snap gambar si suami berpegangan tangan berjalan. Sweet deh! Jelesy kot. Bila nak dapat yang halal pegang tangan kita ni.. Ahaks!

Then berjuang berhabisan dalam lautan manusia untuk bergambar dengan pasangan pengantin yang baru lepas honeymoon. Ok aloh la. Muja melting tengok Kak Mawar yang tersangatlah cantiknya. Kalau Muja yang perempuan ni pun cair, petah lagi Fizo si suami yang mencintai. Tenang je tengok tetiap hari. Kecik molek je orangnya. Fuhh. Nak gak selim river cam beliau. Sobbss T_T

majlis perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda, fizo omar dan mawar fareeda kahwin
Sian Ida, senget kepala bergambar kena tolak ngan orang sebelah dia. T_T
majlis perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda di kelantan, fizo omar dan mawar fareeda
Dah kenapa cek pandang bawah????? Ida! Ang tengok sape?????
Masa turn kami bergambar dengan pengantin, we were so very excited tau. Ingatkan akan dapat bergambar dengan puas hati walaupun masa pendek, tapi masuk mereka yang menghancurkan harapan. Tetiba tolak Huda yang dok tepi Fizo, mencelah. Yang sebelah Ida lak, tetiba gi melenyekkan Ida. Dah la dia sorang je berdiri. Kena anda sanggup hancurkan gambar gua???


Orang pakai cecantik nak bergambar, dia gi enter frame cenggitu. Cropped jadinya. Jadi tempat letak watermark. Puas hati cek. Sorry ye. Awak dah buat tittew tacim! Dalam kekalutan untuk bergambar dalam masa 5 saat yang diberikan oleh si DJ yang kalut ribut menjaga ketenteraman khalayak selaku pengira 1 2 3 4 5, sempat pulak berlaku sesi dialog Muja dan Fizo. Uhukz!

Muja: Nak duduk tepi Kak Mawar (bagitahu Ida yang dok tepi kanan)
Fizo: (Jelez kot budak comel tak nak dok tepi dia) Oloh awok, tok sey dok tepi saya. 
Muja: (Hanya mampu sengih-sengih lalu duduk tepi Kak Mawar)

selca di majlis perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda
Selca dalam lautan manusia. Sempat lagi nok. -.-'
Lepas dah siap bergambar, I managed to tell Mawar how beautiful she is. I said,"You are so beautiful!" Nampak dia pemalu je. Senyum tak terkata apa. Letih mungkin. Seriously, terkilan tak sempat korek produk apa dia guna yang jadi lawa overdose macam tu. Puff! Nasib baik rumah dekat, ti raya tittew gi rumah awak tittew korek naa. Jangan lupa balik Kelantan. :)

majlis perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda, fizo omar dan mawar fareeda berkahwin, fizo dan mawar kahwin
Dengan banner pun jadi. ^^
gambar perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda
Pantang nampak yang menarik. Terus klik capture.
Menarik sungguh banner dia. Fizo Loves Mawar = Hot Burget Loves Fareeda. Kretip. Ekekeke

suasana majlis perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda
Cantik tak? Gambar tu bukan saya sebab saya memang suka jadi tukang snap je T_T
I just loved this lane. Penuh dengan bunga berjuraian. Imagine you and your beloved person, walking through the lane, hand in hand, eyes to eyes, smiling to each other, love is in the air. Ahh. It is just so romantic! Muja yang captured gambar ni dengan penuh rasa takjub malangnya gambar sendiri tak de. *Nangis :'(

majlis perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda di kelantan
Ramai sungguh orang. Sesak nafas cek.
Sempat captured gambar yang di atas ni je. Reramai di luar that lane. Tak pela. Kira ok la ni.... :(

perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda
Peminat Halim Yazid tak melepaskan peluang untuk mendengar dikir.
majlis perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda
Handsome jugak beliau ini.
Yang buat majlis perkahwinan Fizo Omar dengan Mawar sesi di Kelantan ni adalah kedatangan pendikir tersohor iaitu Saudara Halim Yazid. Sedap sungguh suaranya and that was my first time seeing him for real. Dulu Saudara Halim Yazid ni belajar di SK Kamil sama dengan Abah dan Huda. Huda la bangga. Senior dialah katakan. Booo :P

gambar sekitar majlis kahwin fizo dan mawar di kelantan
Fuh! Lelong lelong lelong!
gambar perkahwinan fizo omar dan mawar fareeda
Abam, bawak syaya jaley-jaley buleh? Heee
Teruskan perjalanan lagi then nampak 'tempat lelong motor besar'. Tough dan gagah berdiri di hadapan kami. Banyak motor besar kat sini. Tertarik sungguh. I just love kalau satu hari, dapat hubby suka motor besar gini. Dapat tunggang motor jadi passenger kat belakang. Perghh! Feeling angin menyapa muka, sambil orang tersayang dok kat depan kita. Lain feeling ngan naik kereta.

Eh! Apa cek mengarut nih??? -.-'
majlis perkahwinan fizo omar dan mawar
Mohon hadiahkan saya Si Comel ini seketul. Plissyyy
gambar kahwin fizo omar dan mawar
Acah acah jadi model kereta. Mana nak dapat model sopan santun mak jemah hahhh
Kalau tak dapat motor kacak, kereta merah kacak ni pun hokay jugak. Comel sungguh kereta merah antik ni. Katanya sebagai persediaan untuk hujan bagi mereka yang bawak motor. Yang lelaki tu antara yang terlibat dengan konvoi motor dan kereta merah menyala ni. Baik orangnya. Layan je kami menggila. Siap bagi nombor telefon dia kat tittew. Hik3

gambar fizo dan mawar kahwin
Rasa macam tittew pulak yang jadi raja sehari. Wakaka.
majlis perkahwinan fizo omar dan mawar
Mereka yang pantang nampak kamera.
majlis perkahwinan fizo omar dan mawar
Nasib baik ada Ida jadi peneman. Sobsss
Then, kami terlihat pulak tempat makan beradab tinggal ni. Mungkin digunakan sebelah pagi. Hahh terus buat muka tak malu snap gambar dengan harapan suatu hari nanti dapat gak makan beradab tempat cantik cenggini. Sambil tunggu Diana but dia tengah make up masa tu and masa dah lewat. Tak sempat jumpa my senior. Tak pela. Mungkin ada jodoh di lain masa. Kof3

Buat pasangan pengantin, Abang Fizo Omar dan Kak Mawar

Semoga sentiasa saling mencintai antara satu sama lain dan bahagia hingga ke syurga.
Semoga menjadi pasangan sentiasa bertanggungjawab dalam perhubungan.
Semoga dapat zuriat yang dapat berbudi kepada ibu bapanya di dunia dan akhirat.
Semoga rezeki kamu berdua lebih melimpah ruah dan dapat berbakti untuk komuniti.
Semoga hidup kamu berdua sentiasa saling melengkapi, untuk hidup masing-masing dan keluarga masing-masin. Amiin.
Lepas puas menunggu Diana, terpaksa balik sebab dah lewat. Ditakdirkan pula makanan dah habis so berenti makan kat kedai hari tu. Tapi memang puas hati bergambar. Kih3. Wassalaam.

7 comments:

  1. bestnya..in shaa Allah..nanti dapat jugak majlis macam tu :D

    ReplyDelete
  2. gigih cik muja kita tu haha mesti nak tgk abg fizo omar tu kan

    ReplyDelete
  3. huaaaa jeles la pulakk iteww...tp baca entry muja buat liniey rase duk tempat tu pulak...kekeke..kak mawar mmg cntik..jgn lupa korek rahsia nga dy ehh..kekeke

    ReplyDelete
  4. Wah pergi majlis perkahwinan Fizo dan Mawar. Kelas Mak Jah. :-)

    ReplyDelete
  5. muja dapat f2f in real tuh..mawar lawa gile x muja?

    ReplyDelete