Mujadafewa Berdating Dengan Nieyna Sakinah - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 03, 2013

Mujadafewa Berdating Dengan Nieyna Sakinah


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Lepas jumpa Nisa Kay kat KbMall hari tu, jumpa lagi seorang blogger yang memang Muja sayang sangat di KBMall. Yelah, where else kalau kat Kelantan ni kan. Blogger yang boleh dikategorikan sahabat baik alam maya Muja ni nama dia Nieyna Sakinah. It was really very nice to see you coming here to see me! Seriously, nak nangis terharu.:')



Few days before she came here, Nina dah cakap dah dia nak datang, but macam biasa, Muja ni jenis tak de keyakinan diri. Ye ke Nina nak jumpa Muja yang tak seberapa ni. Kebetulan pula, hari Nina datang tu hari Jumaat yakni hari cuti bagi pelajar yang join kelas tusyen Muja tu. Pe lagi yang paling best buat bila cuti? Mestilah tidur. Kubahan tidur bangun lewat kemahen.

Tiba-tiba, dalam pukul 10.30 pagi, Nina text dah ada kat KBMall. Ya Allah, masa tu dah macam lipas kudung. Dah la tak mandi lagi, baju ngan tudung tak gosok lagi. Adik yang bakal jadi teman dua orang tu pun tak mandi lagi juga tuh. Alahai. Sedih betul ada kawan selekeh, sememeh, kalut ribut macam Muja ni kan? Sorry. It is just me. :'(


Muja pun cakap kat Nina dalam pukul 12 Muja sampai. Dah tu, on the way dah baru teringat pulak handphone dok tengah cas. Patah balik. Nasib baik tak jauh lagi. Yang dah memang lambat makin lambat. Sorry Nina for makin you wait for me sampai sejam setengah. Tuan rumah yang dah buat susah tetamu dia. My bad, my mistake. Totally, mine. :'(  :'(


Bila dah sampai, Nina cakap dok kat food court. Sampai food court, Nina gi toilet lak. So, beli makanan dulu la jawabnya. Time dok tengah bayar, Nina called. Terus nampak Nina dok beli makanan. Ya Allah, lawa sungguh budak Nina ni. Kalau nak upload gambar, memang tak payah edit benda dah. Orang lawa, nak edit kebenda laginya kan.. Huhuu

bergambar kenang-kenangan. tak sempat amik banyak sebab dok abiskan masa bercakap. kih3

Even though that day was our first time seeing each other, seriously rasa macam dah berzaman. Yelah, dah berzaman dok borak kat Geng Wechat Blogger yang dah mengumpulkan ramai blogger untuk berbual. Rasanya memang dah dekat setahun dok bercengkerama kat situ. Terima kasih sangat kat blogger Sheda Ucu yang dah create that group. You are so much appreciated Sheda. :')

Bila dedua dah start buka mulut tu, macam-macam hal keluar. Gosip apa je yang kitorang tak cakap. Nina datang bukan saja showing her friendship with me and to clear things out. Banyak kisah dan ceritanya. Maybe lebih baik disimpan sahaja. Tq Nina for everything that you have revealed to me. Now I know, siapa kawan, dan siapa musuh bertopengkan kawan. :)

I have to pen off now. Lama sangat mengimbau kenangan. Kih3. So, kalau ada blogger Kelantan yang rasa nak buat gathering ke hape, ingat-ingat la Muja kat Pasir Puteh ni k. Nak jugak merasa jumpa orang yang kita kenal di alam maya ni. Perghh, rasanya cool ajek. Tambah-tambah kalau semua macam si Nina ni. Tak letih pulak dia bercakap. Terbukti kita sespesis. Ekekekeke

Wassalaam.

8 comments:

  1. Replies
    1. feel dia lagi excited daripada jumpa bf kot,, haha

      Delete
  2. waaaa bile laaa nk jmpe muja lagiiiii :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila datang lagi ye nina,, lepas ni datang rumah lak,, huhuu

      Delete
  3. baru tadi masuk satu blog baca kisah blogger berjumpa di utara..masuk sini kisah blogger berjumpa di kelantan pulak...ishh 1 malaysia betul ni he he, syabas dapat bertemu di alam nyata..tambah lagi seorang kawan dan sahabat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dlm azam nak buat gathering.. Tak tercapai lagi so jumpa yang sorg2 jela dulu.. Hihii

      Delete