Homestay Regalia Studio Yang Mengasyikkan Setiap Mata Memandang - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, January 11, 2014

Homestay Regalia Studio Yang Mengasyikkan Setiap Mata Memandang


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Kebelakangan ini, homestay semakin menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan tempat penginapan semasa bercuti atau bersiar-siar berbanding hotel dan resort. Kenapa? Semestinya para mereka yang memilih homestay mempunyai alasan dan sebab mereka sendiri.

Bagi Muja, jika diberi pilihan menginap di hotel atau di homestay, Muja pasti akan memilih untuk menginap di homestay. Ada beberapa alasan untuk Muja memilih homestay berbanding hotel atau motel apabila bercuti. Antaranya ialah:

Pertama, homestay ternyata lebih selesa berbanding hotel. Lebih besar dan luas terutamanya homestay di kawasan kampung yang jauh dari hiruk pikuk kota. Sesuai untuk seisi keluarga untuk menginap beramai-ramai. 
Kedua, harga yang lebih murah. Harga pastinya berbeza daripada satu tempat dengan tempat yang lain, tetapi apa yang pasti harga untuk menginap di homestay lebih murah, setimpal dengan servis yang kita dapat. Kena pandai memilih sebagai pengguna. 
Ketiga, lebih mementingkan privacy berbanding dengan tempat penginapan lain. Banyak rumah yang dijadikan homestay yang hanya menempatkan satu keluarga dalam satu masa. Pastinya dalam keadaan privasi, kita akan lebih selesa berada di homestay.

Memperkenalkan Homestay Regalia Studio yang mengasyikkan setiap mata memandang. Homestay Regalia Studio ini terletak di bandar Kuala Lumpur. Pastinya segala kemudahan yang diperlukan senang didapati. Semuanya ada di sekelilingnya. Kemudahan kenderaan awam senang didapati kerana jalannya menjadi laluan teksi, bas dan terdapat dua laluan jalan kereta api.

homestay kuala lumpur, homestay bajet, homestay murah

Homestay Regalia Studio ini adalah sebuah homestay dalam bentuk studio apartment yang membolehkan penginap menyaksikan pandangan panorama Kuala Lumpur pada waktu malam yang sangat cantik. Dari sini, penginap boleh melihat KL Golden Triangle, Menara Berkembar Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi. 

Penginapan pastinya selesa kerana Homestay Regalia Studio ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, katil bersaiz queen dan pelbagai lagi. Sudah nama pun homestay. Pastinya penginapan di sini seperti berada di rumah, cuma dalam suasana dan susun atur yang berbeza.

Harganya pula adalah sangat berpatutan. Hanyalah RM150 hingga RM200 semalaman. Jauh bezanya dengan harga bilik hotel yang Muja menginap semasa Muja di Pahang dulu. Terbuktilah, penginapan di sebuah homestay ini jauh lebih berbaloi.

Ayuh kita lihat beberapa gambar Homestay Regalia Studio yang Muja sempat culik di bawah ni.

homestay kuala lumpur, homestay bajet, homestay murah


homestay kuala lumpur, homestay bajet, homestay murah


homestay di kuala lumpur, homestay murah, homestay bajet
culik dari http://www.eyriqazz.com/

Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau tempahan boleh rujuk:
Fanpage Homestay Regalia Studio - https://www.facebook.com/homestayregaliastudio 
Email Homestay Regalia Studio - roomshortstay[at]gmail.com

Pastinya percutian kita akan lebih bermakna apabila kita berasa seperti berada di rumah dan menginap di Homestay Regalia Studio adalah jawapannya.

14 comments:

  1. homestay nie murah skit untuk mereka yg mementingkan budget kan muja..cantik2 dah sekarang homestay...dah macam hotel pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? aduhh,, lagi cantik dari hotel dah ni,, melting,, haha

      Delete
  2. nice.. rupa macam hotel di singapore..

    ReplyDelete
  3. homestay dah macam hotel. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang istimewanya homestay ni.. hbat.. huhuuu

      Delete
  4. Nice entry..thanks sudi join..In Shaa Allah pemenang akan diumumkan by next week..

    ReplyDelete
  5. TERBAIK LA .. MEWAH TP HARGE BERPATUTAN :)

    ReplyDelete
  6. tampak ekslusif dan sangat mewah.. berapa harga masa muja stay kat situ hari tuh?

    ReplyDelete