Jamuan Makan Malam Asrama Fatimah Azzahra 2013 - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, January 24, 2014

Jamuan Makan Malam Asrama Fatimah Azzahra 2013


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Jamuan Makan Malam Asrama Fatimah Azzahra 2013 | Ya, Muja tahu bila baca tajuk mesti korang ingat Muja typo kan sebab sekarang kan dah tahun 2014. Kenapa pulak jamuan 2013?

Percayalah.. Memang jamuan ini untuk tahun 2013 sebab kami penghuni asrama tak sempat buat tahun lepas. Kami buat pada 15 Januari 2014. Percaya ko idok??? Tak sempat sebab apa? Muja kurang arif sebab tak gi meeting. Maca jamuan asrama 2012 sempat je pulak. Kah3

SebelumBergerak Ke Restoran Chantique

Alhamdulillah, setelah begitu lama tertangguh, jamuan ini berjaya juga di adakan di Restoran Chantique, Kota Bharu pada 15 Januari 2014. Rindu sangat nak berjamuan.

Rindu sangat nak rasa cantik sebab pakai baju baru. Rindu sangat nak make up over sikit daripada biasa. Hari tu, jamuan Tesla buat di Pantai Sri Tujuh. Tepi pantai pakai jeans je. Jamuanlah sangat.

jamuan makan malam, hostel dinner, perempuan cantik, beautiful girls
Jelitawan Of The Day. Boleh gitu? :')

Dalam pukul 8 malam kami mula bertolak dari ipg. Alhamdulillah, keadaan jalan malam tu okay je. Tak de jam ke hape. Jamuan direstui mungkin. On the way, Muja sibut menghafal lagu Sandiwara Cinta ni. Baru berlatih petang tu. Dasar budak suka procrastinate macam ni la -_-

Setelah Sampai Di Restoran Chantique

Bila sampai, wah! Restoran Chantique ni dalam bangunan sama dengan Red Warrior Cafe rupanya. Dekat Stadium Sultan Muhammad. Pergilah. Memang tak rugi sebab makanan dia bagi banyak. Itu yang penting dalam memilih restoran selain makanan yang sedapkan? Hahaha.

Tak macam masa berbuka puasa ni, makanan sikit. Tak sempat nak merasa pun ada. Tak puas makan, dah habis. :'(

makan malam asrama, hostel dinner, beautiful girls, perempuan cantik
Nampak tak betapa excitednya mereka nak membuka penutup besi itu? Hahaha

Macam-macam kami melantak that night. Ayam, ikan, udang, sayur, sotong, udang. Memang berbaloi sangat. Banyak sampai tak habis selalu seorang budak comel tak teruskan proses menyumbat ke dalam mulut. Sedap pulak sampai menjilat jari. Siyes. 

Orang Kelantan memang pandai masak kan? Hmm. Am I included? :'(

makanan banyak sedap, jamuan makan malam, makan malam asrama, makanan sedap
Makanan yang sangat sedap dan memuaskan hati.

Tak rasa rugi bayar duit for the dinner. Mana taknya sampai licin kubahan. Sape tukang habiskan makanan malam tu? Mestilah penulis blog Nurmujahidah The Lady Warrior ni. T_T

Aktiviti dan Persembahan Semasa Jamuan Makan Malam

Setelah sekian lama tak menyanyi atas pentas, Muja dipelawa membuat persembahan oleh my friend, Raafah. Kena pulak semester ni Muja ambik minor Muzik. Dia yang tolong pilih lagi, carikan minus one. Bagus orangnya. Cantik pulak tuh. Jelez banyak ngan Raafah. Tq sayang! :D

Seriously, I really miss the moments when I sang on a stage, with a band playing the music. Kali ni guna minus one je but okay la tuh. Lejen sungguh feeling menyanyi atas pentas.  :D


jamuan makan malam, makan malam asrama, hostel dinner, mujadafewa menyanyi, singing girl
Menjiwai lagu Sandiwara Cinta oleh Republik. Memang kena dengan kisah hidupku. :'(

Classmate Muja, Wahafizah, Shaklee Distributor bersajak malam tu.
Persembahan pelajar diselang selikan dengan cabutan bertuah and guess what?? Muja and Ain, my room mate dua dua dapat hadiah. Alhamdulillah. Rezeki kami malam tu. Walaupun hadiahnya bukanlah iPhone 5S, tapi perasaan bertuah tu memang lain macam sangat. Happy sangat! :D

Koleksi Gambar Selfie Dan Dengan Kawan

Macam biasalah, kalau berevents ni, benda nombor dua paling menerujakan adalah sesi fotografi. Eceyh. Masa ni la nak acah acah professional photographers sorang-sorangnya. Lagi-lagi masa kami gegel je yang ada. Semua perempuan. Sukeww syangaaat! :D



Me and my beloved friends. Tq so much for always being there for me when I'm in need :'(

Okay. Cek tahu cek gedik. Jangan mengata cek kat comment T_T

Terima kasih buat semua yang telah terlibat dan bekerja keras menjayakan jamuan makan malam Fatimah Azzahra kali ini. You are so very awesome sebab berjaya jugak membuatkan kami semua sangat berpuas hati kali ini. Tahniah juga Muja ucapkan. :D

Ps- Jamuan untuk 2014 nak buat tahun 2014 ke 2015?? Kah3

7 comments:

  1. bestnye aktiviti makan2...

    oo pandai nyanyi yer.. akk suka lagu sandiawara cinta tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de la pandai.. buat persembahan biasa je.. huhuu

      Delete
  2. perghhhh cantik betul muja nim... wahhh wahhhh.... Lepas ni boleh jadi retis ni... :3

    ReplyDelete
  3. alolo..omeyneyrr..pergh menyanyi atas pentas..dengan baju yang debom

    ReplyDelete