Jom Dermakan Kelengkapan Sekolah Yang Tak Digunakan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, January 02, 2014

Jom Dermakan Kelengkapan Sekolah Yang Tak Digunakan


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Seperti biasa, permulaan tahun baru adalah satu masa yang sangat menerujakan untuk semua orang, terutamanya bagi mereka yang baru hendak memulakan sekolah baru. Amir, adik ke 5 Muja pun memulakan pelajarannya di Sekolah Menengah Tok Bachok di tingkatan satu tahun ini.

Jadi, sebelum Amir ke sana, memang banyak sangat persediaan yang kami buat. Memang sangat banyak kerja kakak-kakak beliau buat demi Amir. Adik lelaki pada umur 12 memang bagaikan budak perempuan 10 tahun. Segalanya kakak-kakak dia yang sediakan. Umi pun sibuk gak tahu.

Hasil tangkapan membeli belah untuk Amir hidup berasrama. Fulus mengalir macam air. T_T

Walaupun Amir adalah adik, umi bagi duit untuk akak dia bayar semuanya. Fuh! Memang banyak sangat habis untuk beliau. Jadinya, Muja mengalami situasi penyediaan anak ke asrama pada usia muda dan ia sangat berharga. Sangat banyak duit yang diperlukan untuk permulaan mereka.

Kehidupan kami sekeluarga setakat ini, alhamdulillah. Tak de la sampai bergolok bergadai untuk membolehkan kami belajar dengan selesa. Semua kelengkapan pengajian memang lengkap. Kalau memerlukan, umi dengan abah masih lagi boleh menyediakan. 

Muja rasa ramai pembaca yang masih mampu membeli kelengkapan sekolah baru setiap tahun, tetapi kita perlu sedar, yang masih ramai sebenarnya yang tidak mampu. Kita yang tak tahu. Atau kita sahaja yang selalu tidak mahu ambil tahu. Kita sahaja yang buat tidak peduli. :'(

Amir dengan abah di hari pendaftaran. Entrynya akan datang kalau rajin. :)

Jadi hari ini, Muja tergerak hati untuk memperkenalkan kamu semua dengan Rumah Amal Nur Muhammad. Rumah Amal Nur Muhammad sekarang mengadakan program Rayuan Tajaan Uniform Dan Kelengkapan Sekolah untuk sessi 2014, bertujuan untuk mendapatkan derma dalam bentuk kelengkapan sekolah daripada mereka sudi dan mampu.

Muja pasti, kita semua ada banyak kelengkapan sekolah yang sudah tidak digunakan di rumah. Seragam sekolah, beg sekolah, alat tulis, baju badan uniform, dan apa-apa jenis barangan sekolah yang tidak digunakan di rumah tetapi masih baik keadaannya. Mungkin kita dah tak mahu guna, tapi orang lain mahu. 

Daripada buat semak di rumah, hanya menyempitkan ruang, apa kata kita dermakan untuk mereka yang memerlukan di Rumah Amal Nur Muhammad ini. Mereka dapat guna. Kita dapat pahala. Penting di akhirat sana. :)


derma kelengkapan sekolah
Hubungi mereka. Mereka menanti keprihatinan kita.
Tidak semua bernasib baik macam kita hari ini dan tiada jaminan pula nasib baik kita itu akan kekal sampai bila-bila. Maka, marilah kita membantu mereka yang menunggu bantuan daripada kita dan insya Allah, Allah akan membantu kita juga kelak, kalau tidak di dunia, mungkin di akhirat. Selagi mereka menggunakan bantuan kita, menggunakan ilmu yang mereka dapat menggunakan pemberian kita, insya Allah, pahala terus menerus untuk kita.

derma kelengkapan sekolah
Mereka menanti bantuan kita untuk meneruskan pembelajaran dengan lebih selesa
Bukan sahaja bantuan kelengkapan sekolah, bantuan dari bentuk lain juga amat dialu-alukan. Moga usaha kita dapat membantu meringankan beban mereka. Insya Allah, bantuan kita tidak akan sia-sia. Bantulah seikhlas mungkin. Moga rezeki kita diberkati apabila kita menderma.

Wassalaam.

2 comments:

  1. wah best nye dapat kaka macam muja.nk jugak la kaka cm muja.sbb tb pn mmg anak sulung.skg ni kn muja memey kalo beli ape2 sume duit ngalir mcm air paip laa +__+

    ReplyDelete
  2. sama-sama membantu..alamk baju nad semua dah buat kain buruk..haha..mak la..selalu wat kain buruk

    ReplyDelete