Kembali Berkhidmat Sebagai Askar Wataniah Berjaya - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, January 31, 2014

Kembali Berkhidmat Sebagai Askar Wataniah Berjaya

Kembali Berkhidmat Sebagai Askar Wataniah Berjaya | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah rekrut wataniah setahun lebih yang lalu, Muja jarang sangat hadiri kem bulanan Askar Wataniah. Mesti ramai askar kat sana rindukan tittew kan? Kof3

Tak de sebab lain pun sampai Muja jadi Askar Wataniah pemalas ni. Semuanya gara-gara uniform askar yang Muja tak alter. Opps! Bukan tak alter, tapi terhantar kat tukang jahit pemalas yang untuk alter. Menyesal sungguh hantar kat situ. Hancus RM30!

Dia cakap boleh jahitkan dan buatkan nama. Bila dah dapat, macam harem! Nama tak buat! Dia just jahit ikut jahitan sementara yang Muja buat masa rekrut dulu. Masa tu kurus! Kalau gitulah kerjanya, buat apa kau amik measurements aku hari tu??? Tak bukak balik pun. Deng! Dah la esoknya nak guna. Nak cakap bangang pun tak boleh, orang tua. Ni mesti kerja pekerja dia. Cis.

askar wataniah, kembali berkhidmat, askar
Hamidi, Muja dan Syikin. Kenangan terbaru di kem 506 pengkalan chepa.

Satu hari tu, Muja kena sound dengan askar kat situ sebab guna nama sementara yang kitorang dapat masa gi rekrut dulu. Faham-faham la askar kalau bercakap. Tacim cek. Tula yang Muja tak pergi latihan tempatan lama tu. Semua gara-gara uniform yang koyak rabak dan besar gedabak. Padahalnya, kedai alter baju yang betul ada dekat-dekat kawasan Pengkalan Chepa tu je.

Bagi tahun 2014, Muja berazam tak nak tinggalkan satu pun kem bulanan yang ada. Baju pun dah siap dialter. Harga RM100 untuk dua pasang. Tak pelah mahal sikit asalkan puas hati. Tukang jahit ni bagus. Dia bukakan balik jahitan sedia ada dan jahit balik. Jauh beza dengan tukang jahit pertama hari tu. Choooi. Kerja cincai. Kau dah hilang seorang pelanggan tahu tak????

So, minggu lepas, for the first time for the year 2014, Muja hadiri semula latihan tempatan askar wataniah. Memang excited sangat sebab rindu sangat dengan suasana di kem latihan 506 pengkalan chepa. Walaupun agak sedih sebab ramai kawan askar wataniah yang tak leh datang. Qaiyah gi rumah bakal mertua, Balqis demam, Zita pulak ada ujian lesen memandu. T_T

Bulan depan, insya ALLAH. Ramai-ramai kita pergi ye kawan-kawan. :)

12 comments:

  1. goodluck mujaa.. carefull there.. ^^

    ReplyDelete
  2. Wah didalam kelembutan ada kekerasan. Tabik spring. Toing! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya ada jugak yang mengakui kelembutan tittew :')

      Delete
  3. peh. awek askar. takutnya titew..

    ReplyDelete
  4. kat ipsah dulu pun ade jugak.
    every friday morning mesti diorang kawad.
    tapi utk pismp je..tesl xde pun :(

    ReplyDelete
  5. bestnya muja. fyna teringat time ayah fyna berkhidmat sebagai askar.

    ReplyDelete
  6. fuiyooo, muja jadi askar. kalau lelaki kita panggil mat terap, kalau pempuan... hehehe, cantik la muja berUniform ni

    ReplyDelete