Muhammad Amir Masuk Sekolah Menengah Dah :'( - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, January 16, 2014

Muhammad Amir Masuk Sekolah Menengah Dah :'(

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Muhammad Amir Masuk Sekolah Menengah Dah | Tahun ni merupakan tahun yang agak menyedihkan untuk keluarga kami. Tak tahu kenapa apabila Amir, adik Muja yang dapat 5A UPSR hari tu mula memasuki sekolah berasrama, hati kami begitu sedih sekali. 

Amir memang nakal dan memang selalu buat orang marah tetapi sekarang, melihat tempat di selalu main game komputer pun boleh menggamit kehadirannya.

Ceritanya macam ni. 1 Januari 2014 bermula kehidupan baru Amir di Sekolah Menengah Agama Tok Bachok, Bachok, Kelantan. Sebelum tu, kalut ribut kami sekeluarga membuat persiapan untuk Amir masuk sekolah berasrama itu. Anak lelaki ni lain macam sikit. Semua perkara dari A ke Z kami yang uruskan. Untunglah Amir ada kakak-kakak yang sayang. Sila bangga. :D


Walaupun tidak berstatus Sekolah Berasrama Penuh, sekolah agama yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Tangok ini mewajibkan semua pelajarnya tinggal di asrama. Yang Muja tak puas hati pasal sekolah ni satu je, hari melawat dia adalah pada hari Sabtu. Pelik. Biasanya hari melawat hari Jumaat. Umi pun cuti hari tu. Sedih.

Jom layan gambar yang sempat ditangkap semasa hari pendaftaran Amir ke sekolah baru beliau. 

Dok tengok senarai barang keperluan rasanya ni.
Helo Huda, apa yang lawak sangat tu?

Kami dah la dok tengah sedih kena hantar kucing kesayangan kami kat rumah orang lain, Amir pulak masuk asrama. Rasa hiba sungguh tahun ni. Kalau Muja yang muda ni boleh rasa sehiba ni, bagaimana agaknya rasa umi ngan abah bila satu persatu anak mereka tiada di rumah. Satu persatu merantau mencari ilmu. 

Inilah sebabnya anak mereka yang paling dekat wajib balik tiap minggu. Hahaha. Bijak tak alasan Muja untuk balik rumah? Jangan jeleeyyy :P

Abah, umi dan amir. All three are my beloved. :')
Dulu, aku masuk asrama, tak de pun yang amik gambar. Sekarang, ambooii kemain,, -_-
Mereka memang rapat. Amir boleh dikatakan paling rapat ngan umi. I know how hard it is for them to separate :'(
Sementara Amir ngan umi duduk dalam dewan untuk mendengar taklimat, kami yang pantang dengar ceramah terus kematu bontot ni terus merewang. Mula-mula dok bergambar tak hengat dunia dekat kereta je. Amir yang masuk sekolah baru, kami yang melebih-lebih bergambarnya. Laki ke, perempuan sama ja. Kah3


Tak lama lepas tu, abah dah mengajak kitorang semua pergi ke Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok. Universiti ni terletak belakang Sekolah Menengah Agama Tok Bachok je. Cantik sungguh. Lapang selapang-lapangnya. Ada banyak haiwan juga dah macam zoo. Ada burung unta, rusa. Hebat. Muja suka. Yang pasti kawasan tepi pantai kurang baik untuk mereka yang suka bertudung bawal. Asyik keronyok je. Sila jadi seperti dahku. Ahem..

Di Kafeteria Universiti Malaysia Kelantan
Bila sudah termasuk ke kawasan Universiti Malaysia Kelantan yang memang nyaman ni, Muja rasa nak kongsi entry khas pulak ngan korang. Suasana yang jauh dari bunyi kenderaan pembingit telinga. Angin dari laut yang bertiup. Memang indah la dunia kalau boleh belajar kat sini. Nantikan k. Korang yang nak sambung belajar, jangan segan-sengan apply uni ni. Boleh date ngan Muja. Awwrr :3

universiti malaysia kelanta, hantar adik
Bergambar itu suatu hobi. Berdrama juga -_-
Lastly, buat adikku Muhammad Amir Bin Ismail, jaga diri di sana. Bertabahlah dengan segala cabaran dan dugaan yang menimpa. Jangan cepat putus asa. Umi ngan abah selalu saja kirimkan doa. Jaga makan minum semua. Belajar rajin-rajin ngan ralit nak bercinta. Jaga solat amal ibadah sentiasa. Kami semua sangat Amir di sana. Tiap-tiap minggu umi ngan abah datang lawat jangan risaulah ya.

Terimalah seketul gambar kakakmu yang diedit dengan penuh jayanya ini. Buat penemanmu di kala kau berduka. Biar kau ditentang satu dunia. Ingatlah yang kakakmu yang comel lagi cun ini masih ada. Kah3

muja, mujadafewa, nurmujahidah
Sempoi tak gua? Hantar adik pakai baju Ekspedisi Gunung Tebu je. :')
Wassalaam.

4 comments:

  1. Kalau dia x masuk asrama sia-sialah usaha dia dpt keputusan baik... sedih2 dulu, gumbira2 kendian huhuhu skrg zmn moden boleh contact dimana saja bila2 masa kan :P

    ReplyDelete
  2. hensem tu..siapla awek sekolah menengah abis dia nak tackle..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. haahaaa.. tp skolh agama ni.. tak leh kot.. hahaha

      Delete