Pelajar TESL Belajar Muzik - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, January 13, 2014

Pelajar TESL Belajar Muzik

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Alhamdulillah. Semester ini kami pelajar TESL 2 berpeluang belajar muzik sebagai subjek minor. Mulanya rasa takut juga sebab dengar pasal tak baik main alat muzik. Lepas tu, kawan Muja cakap jangan sampai melalaikan.

Contohnya, sebab main muzik kita tinggalkan solat atau terus lupakan segala kewajipan kita yang lain. Senang cerita, apa apa sahaja yang melalaikan adalah tidak baik. Pandai pandailah kita mengawal kehidupan kita.

Apabila belajar muzik, Muja betul betul rasa seperti diberi peluang untuk meluahkan perasaan. Pensyarah cakap, zaman dia sekolah dulu, muzik pun dia belajar bersungguh sungguh. Itulah masanya untuk melupakan sekejap tekanan belajar dalam diri.

Lain dengan sekarang. Masa muzik atau pendidikan seni dikorbankan untuk mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan utama. Murid hilang masa untuk bermain padahal zaman kanak kanak adalah masa untuk mereka menjadi kanak kanak. Bukan ditekankan untuk menjadi alat naikkan taraf sekolah.

Semoga pendidikan muzik yang Muja pelajari akan bermanfaat nanti. Amiin.

Ps- gambar ni masa kami masuk bilik muzik buat pertama kali. Muja suka. Boleh menyanyi sepuas hati lepas ni. Kih3

10 comments:

  1. amboih.. sukanya dia masuk kelas music yea.. cer nyanyi lagu siti sikitt.. heee

    ReplyDelete
  2. bagus la..belajar yang sama macam saya..cuma saya sepenuh masa tentang muzik :D

    ReplyDelete
  3. memang kebanyakkan student nak jadi guru ni akan ambil kelas muzik. hoho..

    ReplyDelete
  4. belajar instument sekali ke muja? amik gitar la leh buat cover album youtube..hehehe

    ReplyDelete
  5. best masa beljr muzik dulu..time tu la ditunggu-tunggu..haha

    ReplyDelete
  6. uish nad 3 kali sehari makan..haha..pagi tegahri dan malam..haha

    ReplyDelete