Perang Dulu Kini dan Selamanya - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, January 08, 2014

Perang Dulu Kini dan Selamanya

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Perang dari dulu kini dan selamanya di dunia
Setiap masa setiap perang ini banyak berbeza
Satu yang pasti kesan pada manusia masih sama
Masih hanya mendatangkan sakit dan sengsara

Dulu perang dengan penuh rasa semangat di dada
Harga diri sentiasa dijulang tinggi walau kalah di sana
Takkan sekali berlawan bersenjata dengan dia yang tak punya
Menang dan kalah sentiasa dengan rasa bangga

Sekarang perang bagaikan si penakut lawan si teraniaya
Peluru dihantar dari jauh beribu batu takut diri sendiri terkena
Yang berhati murni tanpa dosa mati pergi begitu sahaja
Mana pergi perikemanusiaan sekalian manusia

Perang tiada faedahnya wahai khalifah di muka bumi
Tidak cukup lagi caci memaki kena pula bunuh membunuhi
Sudah cukuplah sudah mata ini menjadi saksi
Saksi penderitaan yang bila akan berakhir tak pasti

Jom aman wahai dunia
Katakan tidak pada perang tanpa berguna

No comments:

Post a Comment