Pertama Kali Lawat Amir Dan Servis Kereta - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, January 17, 2014

Pertama Kali Lawat Amir Dan Servis Kereta


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Pertama Kali Lawat Amir Dan Servis Kereta | Setelah sekian lama terjadi baru nak update. Macam biasalah, bila nak update benda ni, teringat benda ni tak update lagi. Ada gak time yang nak update, lupa benda apa nak update. -_-

Alkisahnya, 3 Jan 2014 yang sudah lama lepas, Muja melawat Amir yang di sekolah menengah baru dia. Padahal baru 2 hari Amir dok kat situ lepas hari pendaftaran, kakak-kakak beliau dah menggeletis nak melawat. Lagipun, Faizah dah nak balik Kolej Professional Mara di Johor 9 Jan. Alasan kukuh untuk berjalan. Keh3

tudung hijau
Shawl daripada Manja Abdullah (Klik) yang sangat cantik! Lawatla, banyak shawl lain lagi tau :D
Sebelum ke Bachok, kami isi perut di Pasir Puteh sambil tunggu giliran untuk servis kereta. Ada ke patut abah biarkan kami yang gegel ni pergi??? Dah la pertama kali. Time makan tu, Huda menonong ke Syarikat Muda Osman. Kalau bab perabis duit, bagi je kat beliau. Confirm capai matlamat. Licin. Habis. Apa benda la yang dia beli. Muja pun study gak kat IPG. Tak de pun gitu.

Dah siap makan, pergi tukar bingkai cermin mata si Amir. Huh. Letih sungguh melayan kerenah adik-adik ni. Sabar jela bila kita yang sulung ni terpaksa jadi pemandu tak bertauliah. Bila gi lagi tempat servis kereta, menunggu lagi sebab kena lintas ngan orang. Dekat dua jam tunggu baru siap. Hailaahhhh. Lepas ni, Muja kena gi kul 9 pagi. Baru dapat giliran pertama. :'(


mom and daughter
Umi dan Muja. Sekarang Muja tahu kenapa Muja comel. Ahaks! ;)
Kali ni Muja pergi asing dengan abah. Muja pergi dulu. Kami culik Amir dari sekolah lepas tu bawak di Pantai Irama. Sementara tunggu big boss sampai pekena makan kat kedai situ. Extra sedap bila makan tepi pantai nih. Angin sepoi sepoi bahasa. Orang ramai. Tengok ada yang mandi laut. Lejen sungguh perasaan itu. Eceyh.

lawat adik, makan makan
Semua ni naik kereta Muja. Yang belah kanan sekali tu my auntie. Ajar Muja bawak kereta dengan betul. Kih3
Masa tunggu abah ngan umi sampai Amir sibuk je dok cerita kehidupan baru kat sekolah tu. Excited la mula-mula ni. Muja pun suka Amir sekolah agama. Tak de lagi dalam adik beradik Muja jadi Ustaz. Mana tahu lepas ni Amir boleh jadi wakil kitorang. Belajar kat luar negara ke. Boleh Muja melawat negara orang. Eceyh. Tinggi betul harapan si kakak terhadap adiknya. :')

air kelapa, lawat adik

makanan gorengan

pasangan romantik

Lepas dah siap makan, sesi fotografi tak hengat dunia. Macam tak pernah datang Pantai Irama pulak. Sebenarnya jarang-jarang je boleh berkumpul macam ni. Dulu, berkumpul pun, tak de kamera nak snap. Sekarang, kalau tidak handphone Faizah, handphone Muja. Alhamdullillah, banyak memori boleh disimpan sekarang. Tak macam dulu-dulu. Hilang begitu saja. :'(

gambar keluarga

Dah siap melepaskan rindu lepas 2 hari berpisah kengkononnya dengan Amir, kami tak terus pulang tau. Kami merewang ke satu tempat yang sangat lah cantik. Memang cantik sangat. Banyak benda yang tempat lain tak de tapi tempat ni ada. Tunggu..

padang hijau, universiti malaysia kelantan
Teaser untuk tempat yang Muja pergi. Teaser pun dah menghijau. Kih3

11 comments: