Universiti Malaysia Kelantan Yang Cantik Dan Menenangkan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, January 19, 2014

Universiti Malaysia Kelantan Yang Cantik Dan Menenangkan


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Universiti Malaysia Kelantan Yang Cantik Dan Menenangkan 

Sambungan daripada kisah melawat Amir di Sekolah Menengah Agama Tok Bachok, Muja dengan partners in crime pergi melawat Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok yang terletak di belakang sekolah Amir.

Dekat sangat je universiti ni tapi tak sempat nak jelajah sepenuhnya masa hari pendaftaran Amir. Curious juga bila Kelantan ada universiti. Nak jugak tengok rupanya macam mana. Hebat tak hebat. Jom kita tengok.

universiti malaysia kelantan bachok, umk, gambar umk
Logo Universiti Malaysia Kelantan
Universiti Malaysia Kelantan adalah sebuah universiti yang mempunyai 3 kampus iaitu kampus Bachok iaitu kampus utama, kampus Jeli dan kampus Pengkalan Chepa. Kampus di Pengkalan Chepa tu yang Muja selalu hadap tiap-tiap hari sebab di sana, bangunan Universiti Malaysia Kelantan ni berhimpitan dengan deretan kedai di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa.

Untunglah pelajar UMK di Pengkalan Chepa. Senang je nak pergi makan dan beli barang sebab ada Pantai Timur Hypermarket. Muja pun selalu terserempak dengan pelajar Universiti Malaysia Kelantan bila pergi sana. Best tengok cara pelajar universiti. Boleh pakai santai je pergi kelas. Tapi tak pe, Muja suka jugak duduk kat IPG. Time tu la nak berlatih pakai baju kurung. Takkan nak pergi mengajar pakai tshirt ngan track bottom kot. 

universiti malaysia kelantan bachok, umk
Fakulti Teknologi dan Kreatif, Universiti Malaysia Kelantan.

Kalau ada antara korang, blogger yang belajar di Universiti Malaysia Kelantan yang bosan dok asrama tu, bolehla roger Muja. Muja pun bosan jugak terperap macam ikan pekasam di IPG ni. Muja suka sangat kalau dapat jumpa blogger tau. Sebab kawan-kawan Muja kat sini tak ramai yang minat blogging. Kalau cakap ngan dorang, dorang cepat bosan. Kalau cakap ngan blogger jugak, boleh sama-sama bincang naikkan blog dan maximise pendapatan dengan blog. Bestnya!!! :D

pejabat pembangunan infra dan perkhidmatan, universiti malaysia kelantan bachok, umk
Pejabat Pembangunan Infra dan Perkhidmatan, Universiti Malaysia Kelantan.

Kalau bukan kat UMK pun, kalau korang yang duduk sekitar KB or PC ni, kalau nak teman makan-makan pun boleh tau. I dont know why, sejak jumpa Nina dan Mastura Rara dengan Hazanis, Muja rasa addicted nak jumpa blogger. Minat sama. Topik banyak nak dibualkan. Kegemaran berjimba, berposing, menulis. Seronok sungguh berada dalam kalangan yang sama minat dengan kita. Tak rasa terasing. Rasa diterima dan dihargai. Lain sungguh perasaan itu.

universiti malaysia kelantan bachok, umk
Rasanya ni bangunan pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan. Tak pasti.

universiti malaysia kelantan
Kafeteria, Universiti Malaysia Kelantan.

Dalam banyak-banyak tempat yang ada di Universiti Malaysia Kelantan kampus Bachok ni, kafeteria dia jadi kegemaran Muja. Best sangat! Sapa la yang tak suka tempat makan kan? Tempat menjamu selera adalah tempat yang sangat membahagiakan. 

Sebahagian kafeteria di UMK di bawah bumbung dan sebahagian lagi tiada bumbung. Tak de berhimpit sangat bila orang ramai. Suka! Angin pantai pun bertiup. Romantik ni kalau makan sama-sama dengan pasangan. Hailahhh. Ke situ pulak dah dahku. -_-

padang hijau, universiti malaysia kelantan bachok
Padang rumput dan tasik di Universiti Malaysia Kelantan

Masuk je dari pintu masuk Universiti Malaysia Kelantan ni, kita boleh tengok tasik buatan yang cantik sangat. Dikelilingi rumput yang menghijau. Tenang je duduk kat sini. Boleh riadah sekali. Bagus sebenarnya kalau kita selalu tengok kehijauan alam ni. Baik untuk mata tahu. Jangan main-main. Buat photoshoot kat sini pun okay ni. Jom? :D

Satu lagi yang Muja suka sangat pasal UMK ni adalah sebab di sini ada burung unta dengan rusa. Mungkin digunakan oleh pelajar pertanian. Ceh. Memandai je tittew. Tapi tu la. Muja ingatkan boleh jumpa haiwan rare dan lejen ni di zoo saja. Rupa-rupanya, di Universiti Malaysia Kelantan pun ada. Cayalah. Hebat jugak universiti di sini ye. Bangga jadi oghe Kelate. Gittew... :P

burung unta, universiti malaysia kelantan bachok, umk
Burung unta di Universiti Malaysia Kelantan. Kah3

Yang Muja excited tengok burung unta ni sebenarnya Muja teringat cerita kanak-kanak popular Kampung Boy. Ada satu episod yang burung unta dibawa balik ke kampung dorang untuk dijadikan haiwan ternakan. Habis huru hara satu kampung sebab burung unta tidak sejinak ayam dengan itik kita di rumah. Lepas tu, kawan si mat tu selesaikan masalah dengan menggunakan kilauan duit. Rupanya burung unta sangat tertarik dengan benda berkilat. Tamat.

Tak masal masuk citer Kampung Boy kau ni Muja!!!! Hahahaha

umk, universiti malaysia kelantan bachok, rusa makan rumput
Rusa di Universiti Malaysia Kelantan
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT dengan apa yang dikurniakan untuk setiap dari kita. Muja sebagai anak Kelantan sejati memang sangat berbangga dengan apa yang ada di Kelantan sekarang. Memang membangun. Terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang telah banyak membantu menaikkan setiap negeri yang ada di Malaysia terutamanya negeri tittew sebab tittew tinggal dan menetap kat sini. Keh4

Sebelum terlupa, korang dah join GENIE SSP dan H12 MEDIA ke belum? Kalau belum, join cepat. Masyuuuuuuuukkk. Tekan nama dorang tu then apply ok. Thank you and happy earning. :D

Sekian dulu. Wassalaam.

2 comments:

  1. Bila dah habis nnt, UMK adalah antara uni pilihan utk kerja. better than any established uni yg ada skrg. Lgpon barang di kelate kan murah2 :)

    ReplyDelete