Jangan Salahkan Kami Kalau Kami Salahkan Kamu Nanti - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, February 22, 2014

Jangan Salahkan Kami Kalau Kami Salahkan Kamu Nanti

Jangan Salahkan Kami Kalau Kami Salahkan Kamu Nanti | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Selamat hari Jumaat. Penghulu hari ni tau. Aku rasa tak aman betul hidup sekarang, sebabnya aku berasa sudah mula dewasa pada umur 22 tahun. Before aku lupa, mohon mereka yang wish lagi, wish di bahagian komen. Kalau yang dah wish, boleh dah gi cari hadiah. Boleh pos, pm for alamat. Bagi masa SBB2014 pun okay gak. ^^

Aku rasa aku sekarang dilanda fobia untuk berkahwin. Eceyh. Mentang-mentang umur 22 dah sekarang. Pasal kawin lak jadi keutamaan. Tapi memang betul. Semakin hari semakin aku rasa otak aku disumbat dengan perkara negatif untuk berkahwin. Parasit sungguh kenegatifan ini. :'(

Aku Takut Nak Kawin Kalau Semua Orang Galak Nak Bercerai!!! :'(

Nak cakap tak nak kahwin pun tak boleh, Rasulullah SAW tak nagku umat sebab kita tak nak buat sunnah Baginda. Kengkadang terdetik juga. Cepat-cepat aku istighfar dan memohon dijauhkan daripada pemikiran sedemikian rupa. Seksa berperang dengan diri sendiri. :'(

Mana taknya. Di TV, Facebook, dinyatakan pasal pernikahan yang berakhir dengan penceraian. Tambah-tambah artis yang selalu diangkat jadi idola. Takut. Pada saat ini aku mengaku aku takut. Aku takut jadi janda di usia muda. Kiri kanan bergaduh. Seram menggigil-gigil gitu :'(

suami isteri bahagia, kadar penceraian yang meningkat menakutkan
Suami isteri. Saling melengkapi. Saling memperbaiki. Biar sempurna hidup di dunia ini. Di akhirat berbahagia lagi. :')

Alhamdulillah sekarang, kalau aku gaduh ngan ngan parents and adik beradik, aku dah boleh turunkan ego untuk bertegur balik dan alhamdulillah juga adik aku pun begitu. Orang tak kahwin lagi, famili jelah contoh yang aku boleh bagi. Terima jelah. Macam ada kaitan je :)

Dulu aku bergaduh ngan kawan baik aku sendiri, memang aku akui aku ego dan dia boleh datang mintak maaf. Ada sorang lagi tu, walaupun dia tak datang mintak maaf, dia datang berbicara dengan aku dan aku tahu itu adalah cara dia untuk meminta maaf. Setiap orang ada cara masing-masing.

Di: Aku mintak maaf Muja
Aku: Aku pun. (Peluk2)
How are things gonna be as simple as this when egoism and satanic advice are taken as big matters???

Yang pelik sekarang, orang dewasa yang lebih dulu makan garam, lebih matang, lagi mementingkan ego daripada kami yang muda. Bergaduh makan tahun, putus saudara, rumah sebelah menyebelah pun didirikan tembok besar china, bila si A datang, si B angkat bontot memblahkan diri. Dahel?

Bukankah bergaduh lebih daripada tiga hari itu berdosa???

A: Eh B dah datang. Aku chow dulu.
C: Kau dah kenapa????
C jadi mangsa. Tersepit di tengah-tengah antara dua manusia kesayangannya. Tak kesian ke? 
:'(

Yang paling menggerunkan bila institusi kekeluargaan tidak lagi utuh seperti dulu. Masa bercinta bagai nak rak, upload gambar di media sosial 5 minit sekali, rindu membelenggu, masa berkahwin grand bagai nak gila, dapat anak kemain gembira. Kenapa bila ada masalah sikit, semua nak dilupa?

Nak ngorat bukan main payah, nak kawin bukan main susah, nak dapatkan anak, kesakitan tak terkira. Bila semua dah ada biarkan roboh begitu saja? Apakah? Betullah kata somebody; Sekarang, kita hidup dalam zaman masalah untuk dielakkan, bukan lagi masalah untuk diselesaikan. :'(

isteri amanah suami, keluarga bahagia, kadar penceraian
Isteri amanah suami. Isteri amanah suami. Isteri amanah suami.

Terlalu banyak institusi kekeluargaan runtuh hari demi hari. Kadar penceraian meningkat. Kadang-kadang, ketidakmatangan di usia dewasa menjadi-jadi. Cemburu buta yang membara, rasa tanggungjawab yang tiada. Kisah peribadi dijaja. Nak salahkan siapa? Kerajaan juga? :P

Bak kata my lecturer, salahkan diri sendiri dulu yang tak tahu cara nak betulkan segalanya. Tilik diri dulu, baru tengok orang lain. To err is human, to forgive is divine. Tak salah buat salah. Salah membiarkan yang salah kekal salah. Bukankah begitu?

Kalau tahun 2014 pun sudah begini keadaannya, macam mana pula dengan tahun kami nanti? Yang selalu dihadapkan dengan keadaan di mana hubungan kekeluargaan seolah-olah tiada nilai lagi. Perceraian tidak lagi dirasakan perkara besar sebab di mana mana sahaja berlaku.

Jangan sampai satu masa, perceraian itu terlalu dianggap biasa. Macam makan nasi saja. Korang orang dewasa selalu kami pandang tinggi, selalu kami jadikan contoh, jadikan teladan. Kalau beginilah gamaknya sekarang, layakkah kamu? :'(

Di saat tu, akan terdetik, "Kalau mereka boleh bercerai, mengapa tidak aku?" Nak ke kami sampai fikir macam tu? Cuba bayangkan apa perasaanya bila kamu mendengar perbualan seperti di bawah:

Perbualan ngeri kerana menganggap perkahwinan itu satu mainan biasa.

Suami: Aku ceraikan kamu kerana kamu tidak masukkan sambal belacan dalam menu hari ini.
Isteri: Takkanlah sebab tu abang nak ceraikan saya?
Suami: Eh, bukankah cerai itu sudah perkara biasa?

Lagi perbualan ngeri kerana harta:

Isteri: Abang, ceraikan saya sekarang juga!
Suami: Kenapa sayang? Anak kita macam mana?
Isteri: Sebab abang tak boleh belikan rantai sepanjang yang Mak Bedah jiran kita punya. Anak hantar rumah anak yatim. Kan banyak.

Macam mana pulak kalau jadi begini kepada anak-anak?

Anak: Saya tak mahu lagi tinggal di rumah yang membingitkan telinga ini!
Isteri: Abah kau tu yang salah! Bla bla bla. Dia ada perempuan lain. Mesej memalam.
Suami: Aku ceraikan kamu!

Walaweh! Aku yang menulis ni pun seram. Aku tak mahu begini, hidup dalam dunia yang tenat. Aku mahukan pernikahan di dunia berkekalan hingga ke akhirat. Di sana aku bidadari. Melihatkan situasi hari ini, mampukah kita? Mampukah aku? :'(

Saat perkahwinan berlaku, syaitan menderita, terseksa. Syaitan berteriak sekuat hati, kerana kerahmatan, kenikmatan, dan segala kebaikan yang bakal pasangan itu miliki. Mereka menyesal tidak mencuba lebih kuat dan tidak berjaya mengalahkan kita, tup tup musnah cam tu je???

syaitan kecewa, jangan bercerai kerana syaitan
Syaitan kecewa bila umat Islam berkahwin. Bukankah bagus itu? :3

Can you imagine how happy syaitan will be bila dia berjaya meruntuhkan segala yang dibina selama ini? Menyebarkan fitnah merata. Betapa sukanya mereka memikirkan nasib anak yang bakal kehilangan kasih sayang ibu bapanya? Hilangnya segala nikmat yang Allah beri. Alangkah rugi. :'(

Buat orang dewasa,
Aku mohon jadilah panduan yang baik untuk kami, anak muda yang masih tak tahu apa-apa. Masih hijau dalam melalui onak duri ini. Masih belum melalui saat pancaroba melanda, masih mentah dalam mengharungis saat-saat derita. Andalah yang kami ada untuk dijadikan petunjuk, menjadi contoh, menjadi panduan masa kami dalam situasi memilih antara A dengan B. :')

Paling penting, Jangan Salahkan Kami Kalau Kami Salahkan Kamu Nanti.

Buat orang muda-muda baru nak up,
Sama-samalah kita membijakkan diri untuk memilih, yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana boleh dipakai dan yang mana boleh dibuang. Semoga kita tak jadikan keadaan zaman moden yang menggila ini sebagai alasan untuk kita pun jadi gila sekali.

Berusahalah, lepas tu tawakkal. Kalau terjadi juga perkara yang tidak diingini, redhalah. :'(

Kalau dah tahu sesuatu benda tu salah, nak ikut jugak buat apa?

Harapanku,
Semoga dunia ini akan disemaikan dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Semog kita selalu ingat kita semua bersaudara. Semoga setiap keluarga bahagia di samping ahli-ahlinya. Semoga pernikahan yang terbina sentiasa membahagiakan sehingga syurga. Semoga kebencian melebur, hilang dibawa arus hidup. Semoga perceraian takkan menjadi sesuatu yang biasa. Amiin. :'(

Ps- moga aku berkahwin cuma sekali dalam hidup ini. amiin. :'(


9 comments:

  1. aien pown takut dengan sekeliling.. kadang kala terfikir jugak macam yang muja fikir... mampukah aku menahan andai badai melanda.. nak mncari calon pown rasa takut.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi fobia,, takut segala2,, tak yakin dengan mereka yang datang pada kita. btul tak? takut ditipu, takut jadi janda muda. nauzubillah :'(

      Delete
  2. perjalanan hidup setiap orang itu tak sama . begitu juga dgn ujian yg Allah beri . Jgn sesekali rasa takut atau fikir yg bukan2 kerana ianya blh jadi nyata . apa yg ada dlm hati serta percakapan , Allah blh makbulkan . serahkan segala - galanya pada Allah . Yang ptg lakukan sebaik mungkin disepanjang perjalanan hidup kita ... insha Allah .

    ReplyDelete
  3. kita xbleh nak fikirkan perkara negatif dalam hal kahiwn ni..sebab ada banyak lagi kebaikan berkahwin ni..lagipun sunnah kan...sebagai muslim kita kena lah tahu cara dan ilmu yg betul sebelum berkahwin..sebab dugaan memang ada..janji kita kuatkan diri untuk mengharunginya...

    ReplyDelete
  4. Kenal sesorang tu, dah berbelas tahun hidup bahagia dan dikurnia cahaya mata kerana sedikit perasaan tidak puas hati minta dicerai. Kasihan anak2 jadi mangsa.

    ReplyDelete
  5. belum sampai jodoh lagi..
    jangan putus asa, terus mencari..huhu
    sebab tu la in relationship kena ade give and take.
    ego kena buang..x kira la lelaki/perempuan.
    kawen bukan sehari dua..tapi selamanye.

    ReplyDelete
  6. segala galanya bergantung kepada diri sendiri.

    memang byk kes cerai, tapi ramai lagi yang berbahagia hingga hujung nyawa. cumanya manusia cenderung untuk melihat bahagian yang negatif shj.

    ReplyDelete
  7. Melangkah ke alam perkahwinan mbuka 1001 pi tu rezeki dear.. zara kawen umo 21.. Alhamdulillah. . Still in ♥ until now dan semoga kekal hgga ke jannah. Pabila kita rasa xyakin, was2 dalam saatu2 pkara.. kita minta ptunjuk dari Yang Maha Esa. Kita bkahwin ntuk keredhaan Allah.. jadikn itu asas mbina rumah tgga. Dan kena yakin pada diri, tnyaa hati kita adakah sudah bsedia ntuk mgalas tggjwb sbg suami/isteri. Kalo kita lakukan demi mperoleh rahmat Allah.. insyallah.. urusan kita akan bjalan lancar. Sb tu sblm kawen..kita kena padatkn ilmu agama di dada. Andai agama di dahulukn, insyallah..pceraian itu dpt di elakkan. Pnjg lebar pula pkongsian zara ni.. hehe.

    ReplyDelete
  8. pikir secara positif muja.sebab itu semasa hendak kawin kekuatan mental dan fizikal kene kuat..buakn senang nak kawin..lepas kawin banyak tanggungjawb..semuanyer terletak pada diri ita..kalau kita bermesar pandai jaga tatasusila..pandai layan in shaa allah semaunyer akan baik

    ReplyDelete