Kegagalan Yang Menghancurkan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, February 25, 2014

Kegagalan Yang Menghancurkan

Kegagalan Yang Menghancurkan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Muja bermadah lagi. Mohon jangan ada yang benci. Kalau mahu juga mohon berhenti pembacaannya di sini. Blog ini juga punya hati. Pastinya ia juga ingin disayangi.

nurmujahidah, mujadafewa, kegagalan yang menghancurkan, bangkit dari kegagalan
Jenjarang Guna Camera 360. Nak gak try. Kah3


Kegagalan yang menghancurkan
Aku selalu gagal dan membiarkan kegagalan itu menghancurkan
Macam orang tak sedar diri pulak aku ni
Macamlah ada orang yang nak hulur tangan tarik aku naik
Hoi Muja, itu semua dalam drama TV!

Kegagalan yang menghancurkan
Kehidupan seakan tidak memihak, ada saja yang bagai lempar kahak
Takde manusia yang mahu gagal dalam seluruh hidupnya
Sape nak hidup macam game Angry Bird
Bila kalah, muncul beberapa ekor babi menggelakkan kita
Sapelah yang gila nak kena gelak dengan babi? Cer citer.

Kegagalan yang menghancurkan
Manusia yang sukakan kemewahan dan kekayaan
Semua nak hidup kaya, senang dan selesa. 
Manusia tipikal itu
Tanpa sedar, mungkin juga terlupa
Setiap kejadian ada hikmahnya
Tinggal intai tengok, hikmahnya mungkin terang 
Mungkin juga tersorok di balik batu bata

Kegagalan yang menghancurkan
Minda negatif manusia selalu saja mendominasi
Memakukan rasa yang gagal sekali membawa kepada berkali-kali lagi 
Gagal yang tiada henti
Diikuti usaha gigih mula pudar, nasib mula diratapi
Takdi mula disalahkan

Hey manusia! Kegagalan itu berfungsi! 
Fungsi untuk kita bangkit kembali!

12 comments: