Marilah Mari, Mari Mengundi - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, February 18, 2014

Marilah Mari, Mari Mengundi

Marilah Mari, Mari Mengundi | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Macam biasa. Awal tahun membolehkan kami pelajar IPGKKB mengundi calon-calon Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk berbakti untuk kami. Dengan cara apa? Wallahu a'lam.

Yang pasti, kami selaku warga kampus IPGKKB sangat bersemangat hari ini terutamanya pelajar TESL sebab tahun ini, ramai pelajar TESL yang bertanding merebut jawatan sebagai ahli JPP. Dulu kami biar pelajar kursus lain menguasai.

Alhamdulillah. Akhirnya, ada juga pelajar TESL yang rasa punya tanggungjawab itu. Bila aku tidak mempopularkan diri untuk turut bertanding, ramai pula yang bertanya;

Mereka: Muja, kenapa tak bertanding? 
Mereka: Muja, saya nak vote for Muja.
Mereka: Laa, awak tak bertanding?
Aku: Malas. -_-

Bukan calang-calang orang mampu mendukung sesebuah tanggungjawab. Aku takut aku tak terjawab di akhirat. Aku takut aku tak mampu tunaikan segala manifesto yang tercatat. Aku takut tidak tertunaikan janji yang tersurat.

Aku tak bertanding sebab aku dah banyak tanggungjawab tahun ni, tak rasa layak, tidak cukup bertanggungjawab, tidak suka setiap hari bermesyuarat, tak nak aktiviti blogging aku tersekat, tak nak selalu habis duit, selalu lupa, dan tak nak orang benci. Boleh gitu?

Ahad: Mesyuarat AJK
Isnin: Mesyuarat AMT
Selasa: Program amal bla bla
Rabu: Lawatan bla bla

And the list will go on and on and on. Hey JPP, I salute you for being that strong! :D

Lagipun, manalah tahu pensyarah penasihat JPP nanti tak suka aku. Masak hangit aku nanti. Dorang mana boleh gegel degil suka langgar peraturan macam aku nih. Naya weh. Kebajikan diri sendiri perlu dipentingkan sebelum kebajikan diri. Yeahhh. Call me selfish as I dont care. ^^

hari mengundi jpp ipgkkb
Para pelajar yang sangat teruja untuk mengundi. Cantikkan blogger Ell Jan berbaju kurung merah tu? Jelez tau :3

Harapan aku sebagai pelajar di IPGKKB dan sebagai pengundi untuk para JPP tahun ini sememangnya besar agar segala kelebihan dikualitikan dan segala kelemahan dihapuskan. Semoga peraturan di sini menjadi semakin rasional dan para pelajar akan lebih dipercaya.

Semoga segala manifesto yang diutarakan dapat dilaksanakan agar JPP tidak jadi bahan gurauan dan ejekan seperti yang aku pernah dengar selama ni. Aku percayakan rakan-rakan aku yang telah sanggup untuk berbakti kepada kami dan semoga kepercayaan yang diberikan ini tidak disia-siakan.

JPP adalah penghubung antara pensyarah dan pelajar. Memang susah untuk puaskan hati semua tapi jangan pula JPP hanya menurut sahaja kata-kata mereka, sampai para pelajar yang telah mengamanahkan kebajikan kami kepada JPP ini terabai. Kami percayakan kamu! :D

Nurmujahidah, mujadafewa.my, mari mengundi jpp
Macam lama je tak tepek gambar diri sendiri. Nah, amik la seketul buat sarapan pagi esok :P

By the way, tajuk pos ni sebegitu gara-gara lagu PRU13 yang dipasang di kawasan mengundi. Ceh.



11 comments:

  1. Replies
    1. muja tak bertanding,, takut orang lain kalah pulak,, hehe

      Delete
  2. Ahaha.tq :-) Sy pn ingat kn muja join bertanding td.

    ReplyDelete
  3. selamat mengundi..!!

    http://www.norainyusoff.com/2014/02/makanan-yang-menarik-di-tawau.html

    ReplyDelete
  4. Zara bca entry ni siap nyanyi..hahahah.. "jom kita mgundi..jom kita mgundi" haha.. lagu Spr tuu. Hoho

    ReplyDelete
  5. kat uum dulu pun ade mengundi..hahaa..masa tu first time..hehe..rasa lain macam je

    ReplyDelete