Mujadafewa Kemalangan Di Ambang Tahun Baru Cina - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, February 05, 2014

Mujadafewa Kemalangan Di Ambang Tahun Baru Cina

Mujadafewa Kemalangan Di Ambang Tahun Baru Cina | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sedih juga di saat Muja menulis mengenangkan kerata yang umi bagi baru tahun lepas sudah cacat. Muja akui dah banyak kali nak kemalangan sepanjang menjadi pemandu amatur, tetapi ternyata pemandu berpengalaman lagi berbahaya daripada pemandu amatur macam saya. :'(

Khamis lepas, 30 Januari 2014, Muja sedang dalam perjalanan ke majlis kenduri kahwin senior SMS Tengku Muhammad Faris Petra dulu, Kak Awin. Muja patut amik Azrin di Pengkalan Chepa dari IPGKKB, tapi boleh pulak Muja terlupa tentang majlis tu, Muja ter-balik ke rumah hari Rabu dan terpaksa ke Pengkalan Chepa semula. Lepas tu, ambil Syuhaida pula di Pantai Cahaya Bulan. Tak pelah, sekali sekala berjumpa semula dengan kawan lama. Berbaloi juga.

Kemalangan Di Atas Jambatan Salor, Pasir Mas


Dalam perjalanan, di atas Jambatan Salor, Pasir Mas, tiba-tiba ada kereta langgar dari belakang dan kereta Muja pula terlanggar kereta hadapan. Muja ingatkan Muja yang buat salah. Ternyata, bila Muja keluar dari kereta, Pemilik kereta belakang bagitahu yang kereta di belakang dia yang langgar dulu. Orang Cina. Alamak! Nasib baik kereta masih boleh gerak dan kami keluar dari jambatan. :'(

kemalangan di ambang tahun baru cina, kemalangan, mujadafewa kemalangan
Kereta Muja, myvi ungu. Myvi putih langga kereta Muja. Kereta bawah sekali penyebab segalanya :'(

Lepas tu kami pun gi balai polis untuk buat laporan. Si Pak Cik Cina itu tidak ada. Masa kami berhenti lepas keluar dari jambatan tu pun, pak cik tu tak mintak maaf langsung. Katanya nak buat laporan keesokan harinya, laporanlah sangat hari Tahun Baru Cina tu ye. Booo untuk pak cik! 

Buat Laporan Kemalangan di Balai Polis Pasir Mas


Mula-mula, polis kat situ cakap laporan kena buat di balai polis di pengkalan chepa sebab kawasan kemalangan tak masuk kawasan Pasir Mas, tapi bila kami nak balik, datang polis trafik cakap yang dorang dari tempat kejadian dan memang masuk dalam kawasan. Aik, polis tak tahu kawasan sendiri? Memang pelik la sebab Jambatan Salor memang di Pasir Mas. -_-

Selepas kejadian ditipu online, ini kali kedua Muja buat laporan di balai polis. Geram betul dengan tukang taip tuh. Dok sengih-sengih. Dia rasa lawak ke kita accident nih? Bila kita tanya, dia sengih perli. Haissyy. Saya mana tahu awak dah tulis sampai mana dah skrin komputer awak tu bertentangan dengan saya. Nasib la dia polis. Sakit betul hati tittew. :@

Majlis Kahwin Kak Natasya Azwin Selepas Kemalangan


Lepas dah buat report, kami teruskan pula perjalanan ke rumah Kak Awin. Cantik sangat Kak Awin hari tu. Jelas sangat kebahagiaan pada hari itu. Sape tak suka dapat kawin hoih. Tittew pun mesti suka jugak. Ahaks! Suami dia tinggal dekat rumah je. Belajar sama sama kalau tak silap. Puas hati kena langgar bila dapat jumpa balik dengan Kak Awin yang sangat sweet. 

Kak Awin ni memang baik sesangat. Rahsia luar dan dalam pun banyak yang Kak Awin simpan sebab Kak Awin memang pendengar yang setia untuk ramai orang. Dia kan Pembimbing Rakan Sebaya sekolah. Memang sesuai sangat. :D

mujadafewa kemalangan di ambang tahun baru cina
Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Syurga

mujadafewa kemalangan di ambang tahun baru cina
senior FIVERS 2007 yang Muja sempat jumpa

mujadafewa kemalangan di ambang tahun baru cina
Azrin, Muja, Kak Awin, Syuhaida dan my beloved junior, Fadilah.

Buat Kak Awin tersayang, semoga pernikahan korang berdua kekal sehingga syurga, dilimpahi dengan kebahagiaan yang tidak terhingga dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah yang Maha Esa. Mosa ukhuwah yang terjalin antara kita kekal sampai bila-bila. Tak terhapus dek masa. Amiin.


15 comments:

  1. kereta masih boleh di baiki, syukur Muja masih selamat :)

    ReplyDelete
  2. takpe muja..ada hikmahnya tu kot..:D

    ReplyDelete
  3. kita berhati-hati macam mana pun, selagi ada orang careless gitu susah lah. .. take care dear :)

    ReplyDelete
  4. orang cina tu dah contact balik lom?

    ReplyDelete
  5. hurmm dah beli kereta baru lah ni kiranya? mintak laa orang yang spoil tu ganti. hihi

    ReplyDelete
  6. xpa muja.. sabar ek.. kena masukkn laa cik myvi muja kat "hospital" ni.. huhu. yg pntg muja okei, takda apa2.. sometime kn, kita dah carefull atas jalan raya tp pemandu lain xcarefull thats why laa tetap tjadik kmlaangan.. ~.~

    ReplyDelete
  7. nasib baik tuan punya kereta ok..suruh pacik cina tu bayor kos beki kete..hehhe

    ReplyDelete
  8. xpe yg pntg muja selamat.... then smpt tgk wedding k.awin muja....

    ReplyDelete
  9. claim insurans dan check baik2 tau muja claim proses tu. Kadang2 kita berhati, then orang sekeliling cuai pun payah jugak. Nasib kereta muja tak teruk sangat. Tak macam Aima dulu depan belakang kena bantai, sampai at last jual dah kereta tu. Yang penting muja tak papa.
    Haa, utk kak Awin tahniah.. semoga lepas ni perjalanan hidup mereka akan lebih indah dan dalam perlindunganNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak gi anta bengkel hari ni aima,, moga ok la semuanya,, tq for your concern :'(

      Delete
  10. Lain kali perlu berhati-hati. Kemalangan tidak berbau samada berpunca dari kita atau dari orang lain.

    ReplyDelete
  11. Salam muja . Na tny price utk muja baiki bumper dpn tu brp ? and muja ketuk je or tkar bru ? Sbb sya eksden jd mcm tu jgak .

    ReplyDelete
  12. Mesti pandu ngan cemat dan selalu berhati2 apabila kereta sedang jalan di jalanraya.

    ReplyDelete