Lirik Lagu Aduh! Oleh Ajai - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, March 12, 2014

Lirik Lagu Aduh! Oleh Ajai

Lirik Lagu Aduh! Oleh Ajai | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rasa macam dah lama tak tulis lirik lagu di blog aku nih. Few days ago, terdengar room mateku Ain pasang lagu Aduh! ni. Sedap pulak lagu ni. Memang mangsa nak buat masuk blog aku nampaknya. Kih3

Mulanya ingatkan lagu Indonesia, rupa-rupanya lagu Aduh! ini adalah nyanyian komposer terkenal Ajai. Rasanya dah lama Ajai tak menyanyi. Lagu yang aku ingat tajuk Keliru, hasil duetnya dengan bekas isteri. Model dalam video rasmi lagu ni memang seksi dan hot! Ajai pun hensem overdose dalam video tu. Heran aku. Sejak bila pulak si Ajai ni hensem dengan kaki kasut lipat ke atas.

Huhuuu

lirik lagu aduh oleh ajai, ajai aduh, aduh ajai, ajai, aduh

Lirik Lagu Aduh! nyanyian Ajai

Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat kuperlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan

Sudah tiba masanya kuharus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan

Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu kita tak sehaluan

Walaupun kutahu kan separuh mati merindui kamu
Namun kuharus cuba tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu
Ku tak cintamu

Aduh sayang, aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah, aduh engkau
Cuba kembali padaku

Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah, aduh engkau
Cuba kembali padaku
Kerna aku dah tahu apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu kita tak sehaluan

Walaupun kutahu kan separuh mati merindui kamu
Namun kuharus cuba tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu
Ku tak cintamu

----------------

Aku setuju sangat dengan lagu ni. Kalau dah orang tu memang tak nak dekat kita, kita tidak perlu terhegeh-hegeh dengan dia. Ramai dan banyak lagi yang single menanti. Kalau orang tu dah buat macam-macam yang menyakitkan hati kita, kita tidak perlu nak maafkan diri sampai kali ke sejuta.

Cinta tidak kesampaian itu biasa. Kalau orang tu dah benar-benar menguji kesabaran kita, sampai satu tahap, aku mohon; Berhenti Bersabar dengannya. :D


11 comments:

  1. sejak dia modify hidung nampak smart tue kot..
    hehe..
    mmg lagu ni best.
    tambh pulak dgn pelat ajai tu mmg masyuk ler layan :)

    ReplyDelete
  2. lagu ni agak best kan.. makin hebat sentuhan komposer ajai ni.. makin femes lak tu...

    ReplyDelete
  3. Bru tw psl ni..dgr ex yg nyanyi..tringat smpai skg..die yg thegeh awl2 pstu die wt hal..elok xyh lyn mle2

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki mmg kebanyakannya macam tu la,, mmm,, sabar jela mampu,,,

      Delete
  4. Modify hidung... hahaha... ingat kalau x silap dia ada kater ada sinus teruk... kena operate..

    ReplyDelete