Homestay Murah Di Kota Bharu, Kelantan - RF Homestay - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, April 10, 2014

Homestay Murah Di Kota Bharu, Kelantan - RF Homestay

Homestay Murah Di Kota Bharu, Kelantan - RF Homestay | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Perhatian semua. Aku ada pengumuman yang nakkan perhatian. Sempena dengan Visit Malaysia Year 2014 ni apa kata korang melawat ke negeri aku yang indah lagi permai ni? Eceyh, sapa lagi nak promosikan negeri ini kalau bukan rakyatnya sendirikan? :P

Jom aku bawak korang melayari keindahan Kelantan jap. Antara tempat menarik yang korang boleh lawati di negeri Kelantan yang diberi jolokan negeri Serambi Mekah ni adalah Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur yang terkenal dengan pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang murah. Syurga dunia bagi mereka yang suka membeli belah. Itu pasti! :D

wakaf che yeh, kelantan
Pemandangan malam di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan
suasana di rantau panjang, kelantan
Suasana di Rantau Panjang, Kelantan
pengkalan kubor, kawasan bebas cukai
Pengkalan Kubor, syurga membeli belah di Kelantan
Seronok bukan datang bercuti di Kelantan? Aku tak tanya pun memang korang tahu kan? Memang seronok pun. Jadi, untuk memudahkan korang semua yang berminat untuk datang bercuti atau sekadar melawat negeri kelahiranku yang tercinta ini, aku ingin memperkenalkan korang dengan homestay murah di Kota Bharu, Kelantan yang pastinya akan membuatkan korang bercuti dengan keselesaan di rumah! Teruja tak? Aku teruja nih. Ekekeke.

hubungi rf homestay
RF Homestay, homestay dengan bayaran penginapan yang sangat berpatutan.
Homestay murah Kota Bharu yang aku maksudkan adalah RF Homestay yang semakin dikenali dan menjadi pilihan orang ramai yang datang bercuti di Kelantan. Lokasinya yang strategik dan pelbagai kemudahan yang boleh dikatakan lengkap, membuatkan semua yang menginap di RF Homestay ini selesa dan dapat lebih menikmati percutian di Kelantan. Percaya please. Kih3

Lokasi dan alamat RF Homestay

RF Homestay terletak di sebuah lokasi yang sangat strategik iaitu di antara Wakaf Che Yeh, Kota Baru dan Zon Bebas Cukai; Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur. Semua hot spot memang berdekatan dengan homestay ini.

124-A Lorong Surau Kota 1,
Kampung Masjid Kota,
15100 Kota Bharu.
Peta lokasi RF Homestay (Klik)

Dua pakej menarik di RF Homestay:

1. Pakej homestay berpatutan
2. Pakej kawasan majlis perkahwinan atau kenduri

RF Homestay menyediakan pakej homestay ini bagi memudahkan percutian para pelancong di negeri Kelantan yang terkenal dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang ini. Homestay ini mempunyai dua unit rumah semi-D dengan keluasan 1500kp.

Kemudahan yang disediakan di setiap unit

1. Ruang tamu
2. Ruang dapur
3. Tiga bilik tidur (Dua dengan pendingin hawa)
4. Dua bilik air dengan pemanas air
5. Televisyen
6. Tuala
7. Tilam tambahan
8. Garaj kereta
9. Peti sejuk
10. Balkoni
11. Kereta sewa

Puas hati dengan kemudahan yang disediakan? Lengkap kan? Sampai kereta sewa untuk memudahkan pergerakan korang pun disediakan tau. Sangat convenient dan lengkap. Okay. Now, jom kita tengok pulak keadaan dalam RF Homestay. Sangat selesa itu pasti. :D

Bilik

bilik homestay murah kota bharu kelantan

bilik di homestay murah kelantan

contoh bilik di homestay kelantan

Tangga

homestay murah di kota bharu

Dapur

dapur homestay murah di kelantan

Ruang Tamu

ruang tamu homestay murah di kelantan

Bilik air

bilik air homestay murah di kelantan

bilik air, homestay murah kelantan

Okay kan? I know, terlebih okay. Pada mereka yang sedang merancang untuk honeymoon, bercuti atau melawat negeri kesayangan hamba ini, jangan segan-segan untuk menginap di RF Homestay, homestay bajet murah dengan keselesaan di rumah.

Bagi mereka yang berminat, boleh la merujuk keterangan di bawah:

Encik Roslan - 012 954 4658
Puan Faridah - 012 929 3553
 
Fanpage RF Homestay  
Borang tempahan RF Homestay

PS- Kalau dulu aku perkenalkan Homestay Regalia untuk mereka yang ingin menginap sementara di Kuala Lumpur, kali ini homestay untuk korang datang melawat aku pulak. Ahaks! ^^

Wassalaam.

29 comments:

  1. Cantiklah homestay ni. Boleh la menyewa kat sini nanti bila ena datang kat sana. Nice

    ReplyDelete
  2. Cantik menarik tertarik plak.. Hehe.
    In shaa Allah satu hr nti sampai Kelantan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat2,,, sebelum muja lak keluar dari kelantan :P

      Delete
  3. Dik muja tunggu cik akak datang sana ok ..hihi

    ReplyDelete
  4. Zumal suka pergi Kelantan, terutama ke PCB :)

    ReplyDelete
  5. Wow, serius rumahnya sangat modem ala-ala hotel gitu. Kat tempat aku sini ada homestay. Ramai yang datang mostly dari Korea and Jepun. Tapi homestay masih mengekalkan ciri-ciri yang memang sangat kampung. Tengok aktiviti diorang memang seronok. Pergi sawah, memancing di bendang, makan nasi ambeng. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. homestay moden. cantik lengkpa dan murah. hee

      Delete
  6. cantik tempatnya ^_^ ala hotel ..boleh lah kalau ke sana nanti jumpa saie2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la,, lengkap gituuu.. kalau datang mhon lawat ittew ye,,, :D

      Delete
  7. Ambo saye negeri ambo. Heee :D

    -www.aimanaziz.com-

    ReplyDelete
  8. RM170/night ? 3 bilik siapa nak bagi. Untuk family mmg terbaik.

    ReplyDelete
  9. negeri ambo ni..datang bagi sen di sini

    ReplyDelete
  10. tunggu cek datang sana la..berhoneymoon..hehee..nak jumpe muja sgt2

    ReplyDelete
  11. laa.. orang senegeri rupanya kita.. duk kat kampung mana dik?

    ReplyDelete
  12. this is superb dear...susah nak dapat homestay yang complete mcm ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kat homestay muja g sebelum ni pn xde sebagus yg ni..

      Delete
  13. rumah kawe blkg pasar tu jah..jalan puteri saadong..slalu perasan homestay ni..tiap kali musim cuti msti ade je org sewa n buat mjlis..dekat sgt ngn masjid..terbaikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. haisy.. kena duduk sini sekali.. hehe

      Delete
  14. Salam.. Utk 9-11 hb ni msh ada ksg tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hubungi nombor dalan entri untuk tempahan ye. :)

      Delete