Mujagirl, Blog Jiwang Mujadafewa - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, April 05, 2014

Mujagirl, Blog Jiwang Mujadafewa

Mujagirl, Blog Jiwang Mujadafewa | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Jarang-jarang sekali, seorang Nurmujahidah beradi di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu pada hujung minggu. Gara-gara kereta yang sudah sekian lama sakit dihantar untuk dirawat, di sinilah aku pada ini minggu. Suka tau kena prank jadi pemain gamelan semalam. Tup tup senior yang main. Well done! :D

Setelah sekian lama, akak anon kesayangan aku datang menyerang aku lagi malam semalam. Gara-gara aku tulis entri aku dengan 'tunangan'ku. Opss tunangkah? Foyo jek. Kah3. Tak mengapalah menyampah pun, asalkan sentiasa menyudikan diri untuk singgah di teratakku ini. Komen memilukan hati? Oh jangan risau. Tiada yang peduli. Kalau senang komenlah lagi. Aku di sini, kan selalu menunggu. Opss. Ter Mr. Arrogant pulak. Ahaks. :D

Setelah sampai ke perenggan ketiga ni barulah aku nak kenalkan korang dengan blog Inggeris aku yang aku namakan Mujagirl. Kenapa Mujagirl? Sebab di masa galak chatting dulu-dulu, orang nampak je nama Muja, dorang selalu tanya aku ni lelaki ke perempuan. So, aku jadi malas nak jawab banyak kali, terus aku letak girl di belakang dengan harapan aku tak ditanya begitu lagi and guess what, masih ada rakyat Malaysia yang tak tahu Girl tu ape. Tak pe, aku penyabar. -_-

mujagirl, blog jiwang, blog Inggeris Muja
Apalah yang korang akan baca kalau korang klik gambar ni kan... Mmm..
Terima kasih buat akakku yang tercinta Sheda Ucu, template designer termasyhur abad ini, yang dah sudi untuk menghadiahkan blog picisan kedua aku ni seketul header yang sangat cool dengan gambar mulut muncung aku ni. Dalam banyak-banyak gambar, gambar ini terpilih. Amazed ittew. Kakak Sheda suka ek?  Nak tutorial gambar mulut muncung terhebatkah? Haha. ^^

Asalnya aku buat blog ni khas untuk mengumpulkan blog di satu bloglist. Lama kelamaan aku rasa rugi pulak kalau buat blog semata-mata untuk itu. Jadi aku jadikan blog ini sebagai blog yang akan diisikan dengan kandungan berjiwangan yang ditulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dengan harapan my haters tak paham apa aku tulis. Dorang bukan bijak sangat. Tahu melukakan hati je. Kah3. Aku gak ada angan-angan nak target Google Adsense tapi macam harapan tinggal harapan je.

Sobssss. -_-'

Lastly, aku harap juga aku bolehlah mengasah skil menulis dalam bahasa Inggeris aku. Selalunya, tunggu musim esaimen atau exam baru nak perah otak menulis. Kalau tak, mulalah nak tanya, eh, esei tu apa? Betapa noobnya. Tak boleh jadi. Kena ada jugak ruang aku menulis dalam English language. Maklumlah, bakal English teacher dan insya Allah bakal wife English teacher. Ehem. Amiin. 

*Berangan itu percuma. Kbai. Wassalaam.

23 comments:

  1. Laa... ada blog lain rupanya... X bg tau.. uhu :D

    ReplyDelete
  2. Hebat penagan airtangan kakak sheda ni..
    Adik muja pn hebat gak dlm pnulisan..
    Bruntung dpt knal kamu bdua.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sukanya bila tahu org suke entri kita.. hehe.. tq awk :-)

      Delete
  4. hahaha i loik ur statement yang kata diorang ni bukan bijak sngt pun tahu mnyakitkan hati je hahaks

    ReplyDelete
  5. nantikan haters awak mesti guna google translate dulu masa nak baca.
    berterabur la maksud jadinya..tak faham rupanye.
    pastu komen maki-maki orang.
    biarkan je..yg penting pv blog naik sbb diorang..hahah

    ehem2..bakal wife English teacher rupanye : )

    ReplyDelete
  6. pernah masuk blog mujagirl ritu :)

    ReplyDelete
  7. Muja, kau buat entry ni dengan buat ayat haters kau tak reti English, aku rasa makin penuh la comments kau dari haters tu. Hahaha.

    Oh why not kau buat satu blog khas untuk para haters. Kau buat entry yang akan bikin mereka sentiasa hot dan panas dan akan sentiasa melancarkan peluru-peluru perkataan mereka pada kau. Mesti best kan?

    Hahahaha.

    ReplyDelete
  8. tp mmg ada yg pernah marah sbb guna bi di fb status and blogpost tau. i do hope i get brilliant haters but they are proven not to be @ non existence. wakaka. mm cadangan yg baik gk tu tata. buat persatuan haters sedunia kah3

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. Dengan harapan haters tak tahu apa yg ditulis yea? Ok juga tu.. Ok, nak visit blog lagi satu tu.. :p

    ReplyDelete
  10. Haters will always be haters sis. Haizzz

    ReplyDelete
  11. ohh..sudah bertunang rupanya ye..

    ReplyDelete
  12. keep on writing..hater tu bm dia pun terabur, apatah lg bi. wakaka :P
    eh future wife of english teacher rupanya. sape ntah english teacher tu kan. ish ishk ishk

    ReplyDelete
  13. cikgu bii. nanti ajar kita cakap omputeh bolehh. hahaha. bi kita bersepah dan berterabur lagi. bhahaha :P

    ReplyDelete