Tip Blogging- Cara Autopos Entri Blog di Google Plus - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, April 11, 2014

Tip Blogging- Cara Autopos Entri Blog di Google Plus

Tip Blogging - Cara Autopost Entri Blog Di Profile Google Plus | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah sekian lama Google mewujudkan laman sosial sendiri iaitu Google Plus, masih ramai blogger tidak menggunakannya dan ia sangat merugikan.

Mengekalkan widget Follower lama itu tidak menjadi masalah, tapi kalau letak Google+ Followers lebih banyak kelebihannya. Entri yang keluar di Dashboard blog hanya sekadar memberitahu Followers yang entri sudah dikemaskini tanpa sebarang nilai seo seperti Google+. Rugikan? :D

Jadi, bertukarlah ke Dashboard baru dan gunakan Google Plus untuk pengalaman blogging yang lebih indah dan mengasyikkan. Jangan tak tahu Google+ mempunyai fungsi Hashtag dan kita juga boleh tag pengguna G+ dalam entri blog. Contohnya +Nurmujahidah Ismail  . Eh, tertag diri sendiri pulak. Ahaks! :P

Kelebihan Autopos Entri Blog di Google Plus 

  • ada nilai seo pada entri yang dishare di sini tambah-tambah kalau dapat G+ banyak
  • dapat mengumpul follower blog dan profile Google+ sekali gus
  • entri yang dikongsi dilihat oleh pengguna serata dunia, bukan follower kita sahaja
  • setiap G+ akan menyebarkan entri tersebut ke profile orang yang klik butang G+
  • sikit-sikit dah la. korang discover la sendiri. :P
Walaupun Google+ masih kurang mendapat tempat di hati para pengguna internet di Malaysia, kita tidak boleh menafikan kelebihannya apabila Google+ ni adalah produk Google sendiri, iaitu enjin carian yang paling popular di dunia. Mesti ada kelebihannya yang tidak ada pada produk lain. 

Pengguna internet luar negara dah lama gunakan Google+ dan kelebihan Google Plus sebagai medium berbisnes juga semakin jelas merujuk kepada artikel di Wangcyber. Community Google Plus juga dikatakan lebih berkualiti daripada group Facebook walaupun agak ketat peraturannya.

Cara Autopos Entri Blog Ke Google Plus


Untuk memudahkan kita mengongsikan entri blog ke Google Plus, kita kena tukar profile blogger lama kepada profile Google+. Jangan rasa takut ke rugi. Lama-lama korang akan rasa selesa dengan dashboard baru. Kekok mula-mula je. Lepas tu, korang ikut langkah di bawah:
tip blogging, cara autopos entri blog di google plus, autopos entri, google plus

Bukak Posts then klik Google+ diikuti dengan profile Google+ kemudian tik pada Automatically Share After Posting. Entri itu akan dikongsi secara automatik di Google Plus. Senang sangat. Cuma, kalau guna cara ni, di post yang korang share tu, takkan ada caption. 

Kalau korang jenis rajin nak tulis caption, korang boleh tik Prompt To Share After Posting. Untuk yang ni, akan keluar pop-up window untuk share ke Google Plus, dan korang boleh letak caption apa yang korang nak. Bagus gak cara ni. Boleh letak fungsi hashtag. Lagi mesra seo. :D

Setakat ni aku hanya aktif di profile Google Plus. Page Google Plus pulak aku donokan aja sebab tak reti sangatlah. Nanti aku rajin, aku godek, aku kongsi ngan korang. Sekarang masih tak berkesempatan. Lusa test subjek LGA, mohon doakan aku. Hehehe

Ps- Setelah sekian lama bercuti daripada tulis blogging tips, siap gak entri ni. Sekarang guna Automatically Share. Nak guna yang Prompt To Share la pulak. Ahaks! :D

Wassalaam.

29 comments:

  1. Setakat nie masih berjinak-jinak dengan G+ . Banyak lagi yg x tau...

    Apa pun I wish u luck untuk test nti... Chayok! chayok! :)

    ReplyDelete
  2. Tip yang bagus.. kalau pasang google comment pun, secara tak langung entry ini akan terkongsi di google plus jgk kan muja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, tapi muja tak suka kelembapan dia,,, plus, tak leh guna url blog untuk komen,,

      Delete
  3. Zumal pun sentiasa share post kat G+, memang peratusan visitor tu bertambah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, best gak g+ ni. kalau tolak kelmbapandia,, hehe

      Delete
  4. Info yg bagus terutamanya pengguna blogspot..

    http://www.adibsite.com/

    ReplyDelete
  5. info yg bagus muja. yumida pun sering sharing entry di g+. aah..ramai jugak pembaca baik hati kasi klik g+1 entry. nak tag blogger utk segmen/ga pun senang, xperlu nak copy manual, terus ke hastag nama blogger.

    ReplyDelete
  6. Okay nice tips. Memang buat cara ni pun.

    ReplyDelete
  7. kadang2 jer jenguk g+ ni . lepas ni nak try bw guna g+ lak ...

    ReplyDelete
  8. 2 kali baca entri nih baru faham. Ahh lembab nya saya. Haha. Thanks infonya ^^

    ReplyDelete
  9. Lama dah buat. Tapi hr ni baru tahu kegunaan n manfaatnya.... ahaks...
    Thanks sharing ya Muja :D

    ReplyDelete
  10. A blogger friend of mine gave me a paid domain for my blog. Wordpres domain. Free. It still active till this day. But I don't really maximized its usefulness to generate income. Don't know and don't care.

    Hehe.

    ReplyDelete
  11. Oooo.. oke ! Nk buat mcm tuuuu !! Thnks mujaaa.. btol2 info yg bmanfaat =D

    ReplyDelete
  12. thanks share. baru tau ada nilai SEO jugak. kak muja ni pakar SEO jugak ke eh? :)

    ReplyDelete
  13. tips yang membina. akak pun selalu gak share di G+

    ReplyDelete
  14. bila la ceq nak rajin ni hey!
    nak post kat G+ pun malas haih :D

    kita singgah sini naa... smlm xon9 guna lappy :D

    ReplyDelete
  15. tapi nad punyer entry selalu dh post dekat google secara sendiri.hehee

    ReplyDelete
  16. Bagus betul tip ni. Sesuai lah bagi pengguna Gmail yang suka blogging. tapi rasanya tak ramai yang guna benda ni lagi. Moga nanti lebih ramai yang sedar kepentingan Google+ dalam SEO.

    ReplyDelete
  17. saya punya g+ dah kene suspended sbb byk share kt community google+ . byk sgt syaratnya leceh! baik share kt fb x de kecoh2 . padahal sy share info berguna utk pembaca. skrng ni gmail sume pun dh x leh guna geram!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. muja pun pernah dapat email warning,, sekarang jadi takut lak nak share kat community,, share gak,, jenjarang jela,, tu pun dekat community malaysia je,, omputeh suka report,, huhuu

      Delete
  18. Ilmu yang berguna. Salah satu alternatif untuk share entri. Terima Kasih Muja.

    ReplyDelete
  19. Saya newbie..lau ad y xpaham blh x nk mintk tnjuk ajar??

    http://seindahcintawanie.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Terima kasih Muja berkongsi info tentang google + ni. Moga banyak memberi manfaat kepada blogger-blogger baru.

    ReplyDelete