Aktiviti Kokurikulum Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKKB - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, May 05, 2014

Aktiviti Kokurikulum Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKKB

Aktiviti Kokurikulum Ahli Bulan Sabit Merah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah sekian lama tak buka laptop, aku mengupdate juga blog picisan ni. Entri last pun hati seorang pengantin. Lama berzaman dah. Maaf blog. Internet tak membenarkan kita bermanja. T_T

Selesai luahan hati. Beralih lak kepada pokok dan daun ceritanya. Untuk semester 3, kami wajib menyertai badan beruniform dan kelas aku ditempatkan dalam kumpulan Bulan Sabit Merah. Aku berharap dapat masuk Pengakap sebenarnya sebab dulu aku ahli pengakap yang tak pernah join mana-mana aktiviti perkhemahan, tapi BSMM pun ok jugak walaupun baju dia singkat tapi besar. Tak abis aktiviti di IPG. Hari tu KOT2014, kali ni ada lagi. Husnudzon dalam kepenatan. Huhuu

-_-

persatuan bulan sabit merah malaysia, aktiviti kokurikulum, pbsm, bsmm

Banyak juga pengalaman baru yang aku pelajari sepanjang join BSMM. Yang paling lejen pasal nama dia. Selama ini, aku ingatkan nama dia ada perkataan 'persatuan' kat depan, rupanya tak. Namanya hanya Bulan Sabit Merah Malaysia sebab ia dinaungi oleh di Pertuan Agung kalau tak silap. Belajar pasal pertolongan cemas pun menarik. Lawak pun ada bila tengok kawan kena balut. Rupanya, balutan dan anduh pun ada banyak jenis. CPR dan mouth-to-mouth tu lain tau. Wah!

aktiviti korikulum, ahli pbsm, ahli bsmm, bulan sabit merah malaysia

persatuan bulan sabit merah, bulan sabit merah malaysia, bsmm, pbsm

Program kali ni diadakan di Sekolah Kebangsaan Parang Puting (SKPR), Bachok pada hari Rabu, 24 April 2014. Kami diwajibkan mengendalikan dan menyertai program ini untuk memenuhi sukatan pelajaran program PISMP. Lama dah buat program ni, lemau nak update je. Mulanya nak buat kat sekolah lain, tapi semua ada aktiviti termasuklah di SKPR ni. Alhamdulillah SKPR masih sudi menerima kedatangan kami walaupun pada hari tu ada aktiviti merentas desa.

aktiviti ipgkkb, kokurikulum, ahli bulan sabit merah malaysia, pbsm, bsmm

aktiviti kokurikulum, ahli bulan sabit merah malaysia, pbsm, bsmm

Sejujurnya, sekolah itu memang cantik terutamanya kawasan tepi dewan terbukanya. Teduh dan berangin. Boleh tertidur dibuatnya. Belakang tu kita boleh tengok kapal terbang berlepas sebab sekolah ni duk sebelah lapangan terbang. Tak banyAk yang kami lakukan hari tu tapi tak pelah. Mesti ada hikmahnya. Mesti ada sebab kenapa kami berada di situ walaupun apa yang kami rancangkan memang jauh daripada apa yang terjadi. Aku hanya mampu husnudzon. :D

ahli persatuan bulan sabit merah malaysia, pbsm, bsmm, aktiviti kokurikulum, ipgkkb

Sabtu lepas pulak, 3 Mei 2014, kami menyertai kursus pertolongan cemas oleh pihak BSMM. Menarik jugak. Senang kerja kami. Buat je balutan dengan cara-cara memberi pertolongan cemas, kami diberikan sijil. Insya Allah. Ilmu yang kami dapat hari tu takkan kami sia-siakan. Jujurnya, aku sendiri tak rasa teringin menghadapi situasi yang memerlukan begini sebab aku mudah panik. Sebab tu la kot Allah lencongkan aku ke bidang pendidikan dari bidang perubatan. Kih3

kursus pertolongan cemas, pbsm, bsmm, aktiviti kokurikulum ipgkkb

demostrasi pertolongan cemas, kursus pertolongan cemas, pbsm, bsmm

Bila dah lama tak menulis, bila nak start balik, rasa kekok tu memang terasa. Macam entah pape je aku tulis tapi kena tulis juga sebab aku mudah lupa. Kalau boleh aku nak sumbat semua kenangan yang ada dalam blog aku ni terutamanya saat-saat sementara tapi bermakna semasa dengan si dia tercinta. Eceyh. Tetiba berjiwang di entri BSMM. 

Have to pen off. Babai. Wassalaam. :D


5 comments:

  1. program macam ni dapat tamabh pengalaman kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. wpn kjap.. tak pela.. dpt tgk skolah pn jadilah.. hee

      Delete
  2. Bagus masuk BSMM nie, boleh blaja tangani keadaan cemas :)

    ReplyDelete
  3. Nanti sem depan masuk la pengakap pulak..best taw.boleh pegi shopping baju pengakap sekali..awak mesti xtaw kan nal beli..huhu

    ReplyDelete
  4. Dulu nad pun pbsm..rindu p camping..

    ReplyDelete