Minyak Wangi Murah Tahan Lama oleh Waris De Parfum - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, May 08, 2014

Minyak Wangi Murah Tahan Lama oleh Waris De Parfum

Minyak Wangi Murah Tahan Lama oleh Waris De Parfum | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Perempuan dan minyak wangi memang tidak boleh dipisahkan.

Sejak aku kenal dengan tunang aku, sebenarnya, lelaki ngan perfume lagi rapat perhubungannya. Pantang minyak wangi habis, terus panik. Akulah yang selalu curi yang dalam kereta dia tu. -_-'

Kewangian adalah suatu yang sangat menyenangkan. Penting untuk kita mengelakkan daripada badan berbau kurang menyenangkan kerana ia memberi kesan kepada banyak perkara termasuklah hubungan dengan orang di sekeliling.

Tidak hairan kalau kita ada mendengar permohonan kerja ditolak kerana badan berbau atau pinangan tidak diterima kerana masalah bau badan. Sebab tulah perfume tu penting. Nanti tak masal putus sebab bau badan. Mahu? Ekekeke

minyak wangi murah, minyak wangi tahan lama, waris de parfum, perfume, parfum

Excited sangat nak perkenalkan minyak wangi murah tahan lama daripada Waris De Parfum. Minyak wangi daripada Waris de Parfum adalah minyak wangi 'inspired by' yang patinya berasal dari UK.

Sejujurnya, aku kurang sikit dengan minyak wangi ni diharamkan dibawa ke sekolah masa aku muda-muda dulu. Aku kan pengawas sekolah berdisiplin. Memang jarang sekali langgar peraturan. Tapi selama aku dok kat Faris Petra, tak de lagi yang pengsan tetiba bila dekat ngan aku. 

Kira husnudzon dan berharap pada bedak talkum jelah. Plus, mandi dengan harapan bakteria tak menghasilkan bau akibat perpeluhan sebab peluh sebenarnya tak berbau.

Bakteria yang hasilkan bau yang tidak menyenangkan itu. Tapi bila dah besar ni, minyak wangi jadi satu perkara yang sangat penting hingga tersenarai sebagai barang wajib dalam beg tangan wanita.

Hukum Memakai Minyak Wangi


minyak wangi murah, minyak wangi tahan lama, perfume murah, parfum murah

Aku pernah terpengaruh dengan pendapat memakai minyak wangi itu haram bagi perempuan. Ada juga yang mengatakan minyak wangi boleh dipakai hanya untuk menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan.

Tidak boleh menghasilkan bau harum yang lain. Alah, kecil lagi masa tu. Mudah percaya. Bila besar baru tahu perempuan pun boleh pakai selagi tak keterlaluan.

Memakai minyak wangi juga harus hukumnya dalam solat. Boleh baca di entri e-fatwa tentang penggunaan alkohol dalam solat. Cuma, bagi perempuan, haruman perfume yang digunakan haruslah yang sederhana supaya tidak menarik perhatian dan menaikkan shahwat para ajnabi. Berlainan pula apabila berada dengan suami. Guna lebih sikit tak lagi elok. Siap dapat pahala lagi.

Minyak Wangi Murah Tahan Lama Itu Penyelamat


minyak wangi murah, minyak wangi tahan lama, perfume murah, perfume tahan lama

Aku memang kuat berpeluh. Duduk sesaja pun berpeluh. Jadi, aku menganggap minyak wangi sebagai penyelamat di saat aku rasa aku dah berpeluh dengan hebat dan badan aku mula mengeluarkan bau yang tak menyenangkan.

Rasa melekit dan rasa yang diri kita berbau bukan sahaja memalukan, ia juga menurunkan kenyakinan diri aku. Sedih woo jadi orang yang tak biasa dengan minyak wangi. Pernah gak aku kena kutuk tau. Sekarang, tidak lagi. Perfume Gucci Floral ni kan ada. :D

Senarai Minyak Wangi oleh Waris De Parfum


Untuk Lelaki
  • Dunhill Desire
  • Burberry
  • Aqua Di Gio
  • CK Eternity
  • Ralph Lauren Ralph
  • Mont Blanc Legend
  • Hugo Red
Untuk Wanita
  • Issey Miyaki
  • Apple Blossom
  • DKNY Fresh Blossom
  • Gucci Floral
  • Amor-amor
  • Salvatore Feragamo
  • Paris Hilton Siren
  • Marc Jacob Daisy
Istimewa Dari Waris De Parfum
  • Waris 2 in 1
  • Waris Sweet Memory

Membeli Minyak Wangi Sambil Menderma


minyak wangi murah, minyak wangi tahan lama, perfume murah, perfume tahan lama, parfum

Apa kata korang kalau sambil korang membeli minyak wangi, korang dapat juga menjana amalan untuk akhirat. Jika korang beli perfume Waris De Parfum ni, RM2 akan dikumpulkan untuk didermakan. Perghhh. 2 dalam 1. Minyak wangi dapat, saham di akhirat pun dapat. Eh, nak buat hantaran pengantin pun boleh gak ni. Ehem. :3

Harga minyak wangi Waris De Parfum TERMASUK kos penghantaran:

10 ml- RM35
30 ml- RM70
50 ml- RM106

Sesapa yang yang nak boleh hubungi aku di
Email- mujagirl92[at]gmail.com
Whatsapp/Wechat- 001 2694 7035
---------

Moga entri ni bermanfaat. Wassalaam.

9 comments:

  1. Niat mmg nak beli kt kak Muja. Tp kat almari ade selonggok lg stok minyak wangi. Hihi. Bazir pulak beli tp x guna2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe.. nnti dh habis pn boleh order lg.. heee

      Delete
  2. Hari Jumaat camni sunat kita memakai wangian :)

    ReplyDelete
  3. Samalah dengan ena. Dulu amsa zaman sekolah, pakai pewangi ketiak je. Tapi bila dah besar ni, kalau tak pakai perfume kalau pergi memana rasa tak selesa. Malah duduk dalam rumah pun ena mesti pakai. Nanti perfume ena dah habis, nak order kat muja je

    ReplyDelete
  4. Awok, awok keno tag ni -> http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html . Thanks :))

    ReplyDelete
  5. Ok muja..nanti akak infirm muja je eh..mcm berkenan plak bila tgok inspired list tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti best baunya,kecil dan senang dibawa plak tu..

      berminat tul nak dapatkannya..

      Delete
    2. Bau best.

      Kecil dan mudah dibawa ke mana-mana la..

      boleh menderma plak tu..memang menarik pakej ni...:)

      Delete
  6. Nad jrang pakai minyak wangi..pakai deodorant je..hahhah

    ReplyDelete