10 Perkara Yang Buat Orang Tak Suka Aku - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, June 19, 2014

10 Perkara Yang Buat Orang Tak Suka Aku

10 Perkara Yang Buat Orang Tak Suka Aku | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari tu aku aku ada tulis senarai 5 perkara yang aku benci. Kali ni aku tulis pula 10 perkara yang buat orang benci aku, atau tak suka aku, atau kurang selesa dengan aku, atau yang sama maksud dengannya.

Aku gabungkan sekalilah dalam entri ni. Barulah tertunai janji aku hari tu kan? Orang sukakan kalau seseorang tampil lemah. Meh aku sukakan lagi hati korang. Ketahuilah betapa lemah dan banyaknya kelemahan aku. Sukalah kan? Tak pe. Normallah tu.

1. Terlalu Skema, Senang Kena Tipu, Lurus, Lambat Tangkap


Skema dari zaman muda-muda dulu lagi.
Ni masa aku jadi story teller.
Cerita Si Tanggang.

Aku seorang yang skema dan sangat lurus. Kalau tak percaya, tanya tunang aku. Jarang aku dapat tangkap kalau orang tengah bergurau dengan aku. Pernah sekali, Nik cakap nak berhentikan kereta, nak culik anak kambing, aku percaya dalam 2 saat. Lepas tu, baru aku tahu dia tak serius. -_-

Tapi, aku selalu pula kantoi kalau kengkadang aku buat kes disiplin. Selalu tepat pada masanya. Time aku tak buat, kawan-kawan aku selamat. Asal aku ada je, terus terkono. Nasib aku agak malang dalam aspek melakukan kes disiplin. Sedihkan? So, aku terpaksa kekalkan keskemaan aku.

2. Selalu Terlepas Cakap alias Outspoken


Ye, sebab mulut aku, ramai orang tak suka aku. :'(

Aku bukan tidak berusaha menjaga pertuturan, tapi apa aku cakap selalu salah, tak kena masa. Contohnya, aku pernah tanya,"Cikgu jugak ke?" Masa tu aku memang sekadar nak tanya itu tapi orang yang mendengar teranggap aku memperkecilkan dia, konon dia tak layak jadi cikgu. -_-'

Korang paham kan situasinya macam mana? Aku nak tanya lain, nak cakap lain, tapi orang faham lain. Lepas dah cakap, baru aku terfikir yang perkataan dan intonasi yang aku gunakan tak sesuai dengan apa yang aku nak sampaikan, apa yang aku nak orang faham. Jadilah selalu salah faham.

3. Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain


Aku yang selalu bergantung pada orang lain. :'(

Aku manusia yang kononnya berdikari sebagai anak sulung tetapi secara tak sengaja menjadi terlalu bergantung pada orang lain. Kebergantungan ini pula sudah menjadi kebiasaan yang susah benar aku ubah. Menjadikan aku selalu tidak mengambil berat sebab aku tahu ada orang lain akan tolong.

Kalau pasal kehidupan di IPGKKB, aku terbergantung kepada roommate aku. Selalunya, Ain memang tahu banyak perkara. Aku pun tak tahu macam mana dia buat. Dia terlalu caring. Kalau bab memilih atau membuat keputusan, aku selalu bergantung pada bakal suami aku. Sian dia. :'(

4. Tidak Pandai Bergaya Sesuai Dengan Masa


Percaya atau tidak terpulang.
Faktanya, ini adalah alas kaki yang aku guna keluar dengan Nik.
Sadisnya dapat isteri macam aku kan?

Suatu ketika dulu, aku selalu rasa yang kawan-kawan aku akan dapat terima aku dengan seadanya tetapi aku sedar aku salah apabila adik aku sendiri pernah cakap yang dia malu jalan dengan aku. Minyak wangi pun baru berjinak pakai, tu pun selalu terlupa.

Betapa teruknya pemakaian aku dan gaya aku. Dulu, orang panggil aku lelaki sebab cara jalan ang 'perkasa' benar. Pakai tudung pun senget benget. Banyak tudung aku yang nampak over di kala aku berusaha bergaya feminin. Banyak juga yang kata pelik. Nasib baik je Nik tersuka kat aku ni.

5. Selalu Terlupa Perkara-perkara Penting Dan Mudah Panik


Muka aku panik lagi teruk daripada ni. Sila percaya. :'(

Aku menjadi terlalu bergantung sebab aku terlalu mudah lupa. Banyak yang terjejas disebabkan sifat pelupa. Masa sekolah dulu, aku siap list satu persatu jadual harian aku sebab selalu terlupa dengan tugasan aku sebagai pengawas sekolah. Tu pun masih lupa.

Pernah juga aku kena basuh kaw kaw dengan senior. Masa aku bertugas jadi pengerusi perhimpunan mingguan, aku dah hancurkan sebuah majlis. Memang aku terlalu panik dan cepat nervous. Ada pengawas senior jerit dari bawah sebab perbuatan memalukan aku tu. Sedih. :'(

6. Terlalu Sensitif Dalam Pergaulan


Beliau yang selalu tahu betapa sensitifnya aku.

Orang selalu ingat orang outspoken macam aku boleh dibuat main dan boleh terima apa sahaja yang orang kata tapi realitinya tidak. Aku seorang yang tersangat sensitif. Aku yakin aku lebih sensitif daripada kau. Yup, kau yang tengah baca entri ni. Bila aku terluka, mudah pula menangis. -_-

Sapa tak tacim orang kata cara berpakaian kita teruk? Ada ke yang kebal untuk tak rasa apa-apa bila orang kata kita lembap? Tak cukup dengan itu, cakap aku gemuk, pendek. Ye, benda biasa tapi aku sangat terasa dan aku tak pandai nak sembunyikan semuanya. Sebab tu orang tak suka aku.

7. Minat Perkara Yang Lain Daripada Orang Lain



Aku selalu menongkah arus. Orang keliling aku tak suka tulis blog, aku suka. Orang suka cerita dan lagu Korea, aku suka filem dan lagu Tamil. Aku suka tomyam, orang lain suka McDonalds. Orang lain suka gadgets, aku tak tahu apa-apa pasal iPhone. Aku suka bersukan dan jarang orang suka.

Benda ni buat orang sekeliling aku macam kekurangan topik yang sesuai nak cakap dengan aku. Pernah seseorang berterus terang cakap bosan dengan topik yang aku cakapkan. Jujur benar.. Sorang je yang aku pasti suka cakap ngan aku tanpa henti, Nik Nashram. :')

8. Selalu Berlainan Pendapat Dengan Golongan Majoriti


Aku lain sebab aku askar Wataniah. Boleh ke gitu?

Aku selalu berlainan pendapat dengan golongan majoriti. Orang lain tak suka perempuan menggedik cakap nak kahwin awal, aku pula berusaha kahwin awal. Aku tahu, disebabkan kepelikan cara aku berfikir dan memberi pendapat, orang jadi tak suka aku, tak selesa dengan aku.

Sebagai contoh, aku rasa satu kewajipan turun latihan rumah sukan, tapi orang lain rasa dorang boleh ponteng sebab senior sebelum ni pun ponteng dan junior kami pun akan ponteng. Aku rasa aktiviti klik-klik iklan tu salah, tapi ada je yang up status marah bila aku beri pendapat aku. Hehe.

9. Selalu Menunjuk-nunjuk Walaupun Tak Berniat


Nak menunjuk ni. Aku pernah makan pavlova tau. ;)
Daripada aktiviti aku sebagai seorang blogger, orang patut boleh tahu betapa aku suka berkongsi, tapi tetap saja yang fikir negatif. Tak kiralah yang baik atau buruk, perkongsian yang aku buat selalu sahaja menjadikan aku seorang yang dianggap suka menunjuk-nunjuk.

Siyes, aku tak berniat. Ia cuma satu hobi. Bukanlah nak kata hobi menunjuk, cuma hobi berkongsi sebab dalam hidup aku, aku memang seorang manusia yang hampir tiada rahsia. Mulut tempayan pun aku juga jadi janganlah cerita apa-apa kat aku. Aku pulak yang risau. Takut tak amanah. :'(

10. Aku Ternyata Lebih Baik Daripada Si Pembenci


Daripada subtopic korang dah faham. Tak nak komen panjang.

---------

Aku terlalu menunjukkan kelemahan aku kan? Kalau aku suka tunjuk aku bagus, mesti tak terhasil dah entri ni. Sedar-sedar je dah tulis semuanya dan rasa sayang teramat untuk aku padam. Macam bodoh amat je tindakan aku nih, tapi aku nak juga semua orang tahu yang aku tak sempurna.

Daripada senarai ni, aku harap tak de lah yang cakap aku bajet bagus lagi sebab aku memang terlalu sedar akan kelemahan diri. Kalau nak senaraikan semua kelemahan, memang tak cukup satu entri. Berderet lagi. Sekadar mahu memberitahu seseorang yang aku tak rasa pun aku bagus. Percayalah.

Aku benar-benar berharap aku mampu menghapuskan kelemahan aku ni or at least mengurangkan tahap keseriusannya. Terutamanya sekarang bila aku dah semakin hampir untuk melangkah ke fasa baru kehidupan aku sebagai perempuan.

Kalau sudi, doakanlah untuk kebaikan aku ye. Sangat berharap. :')

Ps- abang, terima kasih sebab terima saya walaupun saya datang dengan pakej, saya dan kelemahan-kelemahan saya. :'(

Wassalaam.


15 comments:

  1. muja, sy teringt sesuatu lah, masih main jari lg ke...teringt zamn sekolah dlu, muja selalu main jari2 mase cikgu duk ngajr kat depn tuh, tgh borak pon jari tu duk pulas2 tu.....memang habit smpai sekarang ke muja....hahaaaa...miss u ...miss semua kenangan skbj1 dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dah.. bab main jari dah normal dah sikit.. :-)

      Delete
  2. Orang selalu anggap budak skema cam takde kemajuan kan? Ana dulu lagi skema kot. Huhu. Cume da besar ni cam terlebih nakal pulak. Sampaikan klu jumpe kwn2, semua cam tak caye ana yg dulu ngan skrg. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. skema pun kena cop budak yang suka melanggar peraturan jugak muja ni.. sobssss

      Delete
  3. Zumal rasa zumal lebih skema dari Muja kot. Rasanya tak salah jadi skema ^_^

    ReplyDelete
  4. setiap kelemahan boleh diperbaiki bersama selagi ada azam.

    ReplyDelete
  5. asal ko comel sgt jadi tanggang!!!

    ReplyDelete
  6. Manusia boleh berubah. Dan tidak semestinya jika skema semasa kecil , bila besar tetap skema...

    ReplyDelete
  7. Bagusnya kalau dah akui Dan faham kelemahan diri...senang nk perbaiki Dan fahamkan rakan sekeliling yg selalu bersama...tak cakap org lain tak tau plk nanti...

    ReplyDelete
  8. HEHEHE .. INGT LAK TIME KAT HOMESTAY MASE SBB TU :p KELAM KABUT JE DIK MUJA ..

    ReplyDelete
  9. Aku x suka ko sebab ko dah berpunya haha

    ReplyDelete
  10. sayang, do not worries what others think of you.
    just be who you are n say what you feel.
    no matter what you go through, you always have me.
    through all the ups and downs.
    love you :)

    ReplyDelete
  11. hahaha muja, kau sama la macam aku, suka tengok filem tamil, best ooo time dia bergaduh, sekali tumbuk berpuluh2 penjahat tercampak, sekali nyanyi 10x tukar baju

    ReplyDelete
  12. Suka orang mcm you tapi sayang dah berpunya

    ReplyDelete