7 Sebab Perempuan Zaman Sekarang Nak Kahwin Awal - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, June 01, 2014

7 Sebab Perempuan Zaman Sekarang Nak Kahwin Awal

7 Sebab Perempuan Zaman Sekarang Nak Kahwin Awal | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Akhir-akhir ni, mood blogging aku seolah-olah dibawa lari jejaka Lombok. Tak tahu ke mana. Tapi, tetiba nak update juga sebab tertarik dengan status seseorang yang bertulis

"Ma saya kata dulu orang laki yang asyik dok gatal nak kawin, tapi sekarang ni orang perempuan lak sibuk pasal kawen, kawen, kawen. I can see the truth ma, bila scrolling news feed.. hehehe"

Tacim baca. Disebabkan aku antara yang nak kahwin awal, aku terpanggil untuk memberi komen pasal ni di blog aku. Apa barang balas di bahagian komen. Tak cool. Aku di sini hendak kongsi sebab musabab wanita zaman sekarang nak kahwin awal dari sudut pandangan aku.

7 Sebab Perempuan Zaman Sekarang Nak Kahwin Awal, kahwin awal, awal kahwin, kahwin muda
Kami nak kahwin awal. Salah ke?

1. Lelaki Berkualiti Makin Sedikit Dan Berkurangan Setiap Saat

Disebabkan lelaki berkualiti makin hari makin sedikit dan sentiasa berkurangan, wanita yang bijak akan mahu kahwin cepat sebab tidak mahu bersuamikan lelaki-lelaki yang tergolong dalam kategori lelaki-lelaki 'lebihan'. Senang cerita, rejected. Kejam? Janganlah jadi one of them. :D

Aku sendiri takut kalau aku terlepas lelaki berkualiti yang hadir dalam hidup aku tahu. Bagi aku lelaki berkualiti adalah lelaki yang beragama dan mampu menjaga aku di dunia untuk kehidupan bahagia kami di akhirat. Berkahwin untuk bahagia dalam suka dan duka, bukan gembira sementara.

2. Pengaruh Media Sosial Menambahkan Ilmu, Membuka Matanya

Apabila media sosial berkembang maju, wanita makin nampak keperluannya untuk berkahwin awal apabila banyak kelebihan-kelebihan berkahwin awal dikongsikan, menyebabkan wanita lebih bersedia berbanding wanita zaman sebelum ini.

Orang yang malas membaca macam aku ni pun ter'membaca' bila scroll Newsfeed dan alhamdulillah wujud mereka yang menggunakan Fb untuk menyebarkan ilmu termasuklah tentang lelaki dan wanita. Aku malas belek buku ilmiah. Memang aku cikgu yang tak suka membaca buku.

3. Rasa Berdosa Terlibat Dengan Lelaki Ajnabi Yang Tidak Halal Baginya

Wanita berasa berdosa apabila terlibat dengan lelaki yang bukan mahram baginya. Dia berasa tidak tenang merindui, bersalah keluar berduaan, tidak selesa bercakap lama-lama. Dia nak buat semua tu dengan berlapang dada, setelah semua halal bagi mereka. Jadi, kahwin awal penyelesaiannya.

Aku rasa tak selesa untuk ada hubungan yang tidak halal lelama. Rasa berdosa. Rasa takut dengan godaan dunia. Iman senipis kulit bawang ni. Jadi pape kang naya. Orang yang berdosa mana pernah berniat nak melakukannya. Kebanyakannya secara tak sengaja. Korang paham-paham la ye.

4. Rasa Tidak Selamat Dan Kedudukan Tergugat

Masalah paling besar bagi seorang wanita adalah rasa tidak percaya, tidak yakin, tidak selamat dengan kedudukannya di hati lelaki pujaan hati. Takut kena rampas senang citer. Selagi segalanya belum terbukti dalam perjanjian perkahwinan sehidup semati, selagi itu tiada ketenangan di hatinya.

Aku memang seorang perempuan rendah keyakinan diri. Aku selalu rasa tak layak untuk sesiapa dan tiada yang akan suka aku. Kalau ada pun, aku selalu takut dia pergi. Susah nak dihapuskan pemikiran negatif ni. Aku rasa tidak selamat dan rasa tergugat. Takut hatinya beralih. Lucu kan? -_-

5. Menjaga Maruah Dan Keselamatan Diri Daripada Tercemar

Wanita yang nak kahwin awal tahu yang dirinya sentiasa dikelilingi bahaya; godaan syaitan merata rata, dosa tercela di mana-mana. Dia sedar hanya berkahwin dapat memelihara dirinya daripada bahaya yang tak habis untuk dikira. Maruah dan keselamatan diri diutama.

Aku tinggal di sebuah pekan kecil, di mana maruah dan keselamatan diri masih menjadi sesuatu yang penting untuk dijaga dan dipelihara. Orang keliling perati je. Aku tak nak mempertaruhkan kedua-dua benda ni dengan mempunyai hubungan yang masih tidak pasti hujung pangkalnya.

6. Mengelakkan Daripada Fitnah Yang Sentiasa Sedia Untuk Dijaja

Apabila wanita dan lelaki bersama-sama dan punya ikatan hati, fitnah dikendong bersama apabila diperhati oleh berpasang-pasang mata. Fitnah akhir zaman katanya. Untuk mengelakkan ini, hanya perkahwinan jawapannya. Masa tu nak buat apa-apa pun boleh. Orang tak boleh mengata dah.

Umi pernah cakap, kalau pasangan bercinta, normallah selalu nak habiskan masa berdua bersama. Itu bahaya. Masalah besar bagi aku. Aku tak suka diperhati melakukan perkara yang macam tu. Nanti kena fitnah macam-macam. Yang kita tak buat pun orang kata buat. Nauzubillah sangat. :'(

7. Melengkapkan Lagi Fasa Dalam Kehidupannya

Setelah seorang bayi perempuan lahir, dia jadi seorang anak emas dalam keluarganya dan pada satu tahap dia akan menjadi permaisuri kepada suaminya. Kemudian menjadi pula ibu kepada anak-anaknya. Setiap fasa ini melengkapkan kehidupannya. Salah ke kalau fasa tu datang awal sikit?

Hero pertama mestilah abah aku. Tapi aku perlukan suami yang akan menggalas tanggungjawab yang pernah abah aku galas selama ini untuk jaga aku. Lelaki dan perempuan saling melengkapi. Saling memerlukan. Aku tak malu nak mengaku itu.

Seoul Garden ni memang menggoda.

Antara sebab lain orang Islam dituntut berkahwin awal adalah untuk mengelakkan maksiat dan zina, mendapatkan pahala ibadah yang berlipat kali ganda daripada ibadat orang bujang, mengembangkan dan meramaikan zuriat orang Islam, mengelakkan masalah jiwa dan kesihatan, menyatukan dua keluarga, dan macam-macam lagi.

Tak dinafikan banyak halangan, cabaran, dugaan yang akan hadir lepas kahwin tapi awal atau cepat bukan penentunya. Kahwin lambat pun ada dugaannya sendiri. Semua tu atas kita. Bergantung pada cara kita menguruskannya, menyelesaikannya. Aku harap segala yang buruk dapat dielakkan. Kalau terjadi pun, dapat diselesaikan dengan matang.

Orang yang menentang orang kahwin awal boleh kata apa saja yang disukainya tapi aku mohon jangan kutuk orang yang mahu kahwin awal. Benda baik. Molek. Jangan nak kata berlaku perkara yang buruk la kahwin awal, gatal betul nak kahwin awal. Merenyam betul nak kahwin awal.

Yang aku nak tanya sekarang, kau ke aku yang nak kahwin awal sekarang ni? Aku yang nak kahwin awat kau yang resah gelisah. Kau jelez ke? Ke kau suka aku ni? Mohon bagi komen betul ke tak nanti ye wanita-wanita sekalian. Kbai.

Wassalaam.



39 comments:

  1. Lelaki berkualiti makin sedikit... ehem.. ehem.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aniq lelaki berkualiti insya Allah.. :-)

      Delete
  2. Jom kawin ngan saya :)

    ReplyDelete
  3. yg no 4 tu kita sjibik sama ...kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan dengan insecurity.. normallah tu.. huhuu

      Delete
  4. Bestnya kalau dapat kahwin awal ni.. Saya pun nak juga >.< hehe

    ReplyDelete
  5. Kawin awal ada dugaan, kawin lambat pun dugaan buatnya..^__^

    ReplyDelete
  6. Perkara yang baik harus la kita percepatkan ye dak ;)

    ReplyDelete
  7. Awal dan berkualiti...ernmm
    Yang dok jd kematu sktrg pun dok tunggu yang kualiti. ..hihi

    ReplyDelete
  8. Org kahwin awal ni awet muda tau. Haa..jangan tak tahu. Hehe.. Tp org kawin lmbt ni ade sebab tersendiri jugak. Kan. Mybe kejar cita2 dlu baru kawin, tak pun bajet tak cukup. Kedua2nye ade baik dan buruknye. :)

    ReplyDelete
  9. hahahaha.... krik krik krik ..anonymous terbaik !!

    ReplyDelete
  10. dah ada org yg nak , jgn ditangguh baby ...

    ReplyDelete
  11. hmm... masih dalam perancangan... doa2kan ye.. :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..sentiasa persiapkan mental dan fizikal

    ReplyDelete
  13. nanti dah kawen, jgn lupa jemput tcer. heheee

    ReplyDelete
  14. kita nak kawin jugak :(

    http://cikamal.com/kawan-kawin-kita-yang-nangis.html

    ReplyDelete
  15. mungkin untuk elak fitnah org jugak

    ReplyDelete
  16. Siapalah tak risau anak dara belum disunting lagi-lagilah duduk berjauhan dari keluarga.

    ReplyDelete
  17. bak calon lelaki berkualiti sorang kat yuyu..
    macam terdorong nak kawin awal gak ni.. hehe..

    muahhh!

    ReplyDelete
  18. Dorongkan la org sekeliling utk setuju syira kawin awal..hehe

    ReplyDelete
  19. Dicadangkan berkahwin seawal 10 tahun boleh ke tuan blog? Skrg ni kes rogol bawah umur terlalu banyak dilaporkan..

    ReplyDelete
  20. I'm happy for you! Alhamdulillah makin nampak kuat jodohnya tu muja! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak nannie.. insya Allah adalah tu nanti.. amiin

      Delete
  21. hehe. saya tahu itu status siapa :p

    ReplyDelete
  22. insha allah, kite buat apa yang kita dah rancang.
    benda yang baik kena cepatkan.
    im counting days :)

    ReplyDelete
  23. nak kahwin tp duit xckup..blom kena desak dgn famili tambah beli itu ini...lain la kalau lahir2 jd ank org kaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepupu saya tak kaya pun.. dia laki.. muda dari saya.. baru start keje.. dalam kurg seminggu dia boleh kawin. dia buat skdr mampu.. yg penting.. pergi kursus.. then ujian hiv.. sedikan mas kawin semampu kita.. then akad nikah.. buat makan sesikit utk hebahan perkahwinan.. restu dah support dari keluarga mmg kena ada la... yang jadkan duit tak cukup tu sebab bnyk sgt yg kita nak.. ikutlah kemampuan sendiri. insya Allah dipermudahkan. amiin

      Delete
    2. sejutu!..haha
      mungkin owg senng x rase idup susah,,boleh la jln je.. :) maaf lain owg lain pandng..
      idup sekli..mati pun skli..kawin pun klo leh nk skali je..
      -klo da jodoh x kemana-

      Delete
  24. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

    Satu artikel yang seronok mengenai Kahwin muda. Jemput ke blog saya untuk baca mengenai mengapa lelaki takut kahwin muda? Jalalboy

    ReplyDelete