Biskut Homemade Tercomel Tersedap - Panda Cookies - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, June 18, 2014

Biskut Homemade Tercomel Tersedap - Panda Cookies

Biskut Comel Tersedap Untuk Hari Raya - Panda Cookies | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa menghadiri majlis perkahwinan MK Syahir, aku dapat rezeki untuk mencuba Panda Cookies- biskut homemade comel tersedap untuk hari raya.

Kalau dulu kalau sebut panda, tergambar kecomelan beliau. Sekarang, bila bercakap tentang panda, teringat kes kedatangan 2 ekor panda dari negara China ke Malaysia. Apalah salah dua ekor panda tersebut dicaci maki. Eh, macam lari topik lak. Ahaks!

panda cookies, biskut homemade, biskut sedap, biskut comel, biskut panda
Pemalasnya panda sekoq ni.
Tapi yang makan Panda Cookies tak menjadikan korang malas tau. :D

Panda Cookies- Biskut Tercomel dan Tersedap


Dengar je Panda Cookies, terus teringat kesedapan dan kecomelan biskut homemade ini. Krim putih tu mencair je dalam mulut. Perghh! Nikmat dunia! Memang sedap sangat sampai menjilat jarilah. Comel pulak tu. Rasa sayang pulak nak makan. Kah2

Kalau makan depan tivi sambil menonton sinetron ataupun slot akasia yang ada Aaron Aziz tu, memang tak sedar dah banyak makan Panda Cookies ni. Tiba-tiba, tangan menggagau dalam balang, tinggal habuk je. Baru sedar. Eh, dah habis? Haaa. Mohon imagine. Huhuuu


panda cookies, biskut homemade, biskut comel, biskut sedap, biskut panda
Perghhh! Comel sungguh biskut panda ni lah! :D

Panda Cookies - Biskut Homemade Yang Dijamin Halal


Panda Cookies adalah sejenis biskut homemade tau. Bukan jenis biskut biasa yang buat kat kilang. Yakni dibuat di rumah. Panda Cookies adalah projek terbaru daripada Brado Kapak, sahabat aku jugak. Memang dijamin bersih dan halal. 

Tak payah nak ragu-ragu nak makan Panda Cookies macam makan coklat Cadbury tau. Opsss! :D

panda cookies, biskut panda, biskut homemade, biskut tersedap, biskut tercomel
Panda Cookies sedia untuk dibakar. Homemade kan? :D

panda cookies, biskut panda, biskut homemade, biskut tercomel, biskut tersedap, acuan panda cookies
Acuan yang digunakan untuk membuat Panda Cookies. Omeyyyy! ^^

Tempah Panda Cookies Sekarang Untuk Harga Promosi Hari Raya


Panda Cookies sekarang dibuka untuk tempahan. Walaupun baru je dibuka, sekarang dah masuk second batch tau. Punya laku. Punyalah orang suka sebab memang sedap gilak! Korang kena cuba. Terutamanya korang yang gila biskut. Alaa, macam aku nih. Ehemmm.. :3

Yang terbuka hati nak tempah biskut comel sedap ni, jangan tunggu sebab masa terbaik untuk korang tempah adalah sekarang sebab sekarang Panda Cookies dijual dengan harga promosi raya. Tu pun kalau korang macam aku. Ada promosi baru beli. 

Berbelanjalah dengan bijak. Macam aku. Hahahaha :P

panda cookies, biskut panda, biskut tercomel, biskut tersedap, promosi biskut panda
Belilah masa harga promosi. Baru berbaloi-baloi.

Cun juga kalau ada biskut comel gini masa rumah terbuka korang nanti. Confirm lain dari yang lain. Cool seyhhh. Harga pun tak de lah mencekit tekak dan darah sangat. Mampu milik je senang cerita. Semua mampu tampil lain di hari raya. Gittewwww....

Satu balang : purata 24 biji
Harga : RM25 termasuk kos pos laju
Ke Sabah dan Sarawak : tambah RM5

Apa korang tunggu lagi??? Tempahlah sekarang. 

Klik sini- Panda Cookies (((---

Baru korang suwit. Eh, macam aku jugak tu. Kah3

Wassalaam.


8 comments:

  1. Cookies panda? Rupa dia cam manis je kak Muja. Adudu..comel sangat rupa panda dia. Cakap panda teringat panda dari cina tuh. Adeh.. -_-'

    ReplyDelete
  2. Sayang pula hendak makan. Terlalu comel. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaah.. kalau dah ada depan mata tak peduli dah.. haha

      Delete
  3. perhhhh mst leceh nk bt ni kn

    ReplyDelete