Laman Autoping Untuk Blogger- Kartikel.Com - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, June 27, 2014

Laman Autoping Untuk Blogger- Kartikel.Com

Laman Autoping Untuk Blogger- Kartikel.Com | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Disebabkan internet yang sangat terhad di IPGKKB, yang kejap ada kejap tak de, nampaknya aku hanya mampu mengemaskini blog kesayanganku ni seminggu sekali ketika di rumah. Aku tahu ada yang rindu. Ye ye. Nak update la ni. *wink wink

Hari ni aku nak kongsi sebuah laman autoping yang sangat berguna untuk kekita. Iye, kekitalah blogger berjaya. Mari kembangkan blogging career. Eceyh. Nama dia, Kartikel.Com bukan kartika.com mahupun cikkiah.com tau. Benda baik kenalah kongsi. Ye dak?

Kartikel.Com- Sebuah Laman Autoping Istimewa Untuk Para Blogger


Kartikel.Com adalah sebuah laman autoping di mana semua blogger boleh menggunakannya untuk bertukar-tukar artikel dengan blogger lain sebagai salah satu langkah promosi blog. Kita hanya perlu meletakkan kod autoping di blog masing-masing untuk membolehkan blog kita diluluskan.

Jadi, entri kita akan berada di banyak blog lain dan entri mereka ada di blog kita. Baru adil dan saksama ye dak? Tinggal berdoa je banyak-banyak biar ramai orang yang berminat dengan artikel kita itu. Bila tengok je, terus nak bukak. Tu pentingnya tajuk artikel yang menarik. :D

kartikel.com, laman autoping, ping blog, ping entri, promosi blog
Ada ruang Submitter Hari Ini untuk lebih trafik ke blog kita.

Kartikel.Com - Apa bezanya laman ping dengan laman autoping? 


Kalau menggunakan laman ping yang biasa tu, kita kena copy, paste dan submit url entri secara manual. Kalau ada 6 laman ping, 6 kalilah korang kena buat. Jenuh kan? Itu dulu. Sekarang, zaman kecanggihan teknologi, kita main autoping pulak. Jimat masa. Kan masa it emas. Ehem. :3

Laman autoping ini pastinya sangat sesuai untuk blogger yang acah-acah sibuk sampai tahap tak sempat makan. Letak je kod autoping di blog korang. Biar kat situ untuk blog korang dapat promosi percuma, sambil korang makan buah koci sambil goyang-goyang kaki tengok tivi. Tak ke heven???

Kartikel.Com - Cara Daftar dan Meletakkan Kod Autoping Kartikel.Com


1. Pergi ke Kartikel.Com (klik) dan klik Daftar.

kartikel.com, laman ping blog, promosi blog, tempat kongsi entri


2. Pilih sama ada korang nak daftar secara manual dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan atau klik je Facebook atau Twitter untuk lebih senang.


kartikel.com, promosi blog, kongsi entri blog, laman autoping blog

3. Untuk blog korang diluluskan, korang wajib memasang kod widget di blog korang (Rujuk kotak kuning). Senang je. Korang klik  Autoping Trafik Widget.

kartikel.com, laman autoping blog, promosi blog, kongsi blog, ping entri

4. Klik Tambah Blog.

5. Pastekan url blog korang di ruang Alamat Url dan pilih Kategori blog. Kalau blog aku, aku pilih kategori Peribadi. Klik Hantar.

kartikel.com, promosi artikel, share entri, promosi blog, laman autoping blog

6. Pilih jenis Widget Blog serta jumlah paparan entri yang korang suka. Aku pilih yang Melintang dengan 5 Jumlah Artikel sebab aku nak letak widget ini di bawah entri. Then, korang copy kod dalam kotak merah tu dan paste di ruangan Add A Gadget di blog korang.


kartikel.com, laman autoping blog, promosi blog, kongsi artikel blog

Dah siap! Kartikel.Com pun dah boleh trace korang punya entri. Paparan widget Kartikel.Com akan kelihatan seperti gambar di bawah. Jangan risau. Ia takkan buat blog korang nampak serabut atau menjadi terlalu berat malah akan nampak lebih profesional dan berinformasi. Percayalah. ^^

kartikel.com, laman autoping blog, promosi blog, ping entri, kongsi artikel blog

Wassalaam.


7 comments:

  1. Nice sharing k.muja. ^_^ ade time insya-Allah boleh laa buat kemudian..hehe

    ReplyDelete
  2. Dah daftar cuma tak tau bila nak letak. :) Bolehlah gantikan ping guablog yang dah tak memberhentikan servis ping.

    ReplyDelete
  3. tu la semalam nak ping guna cara manual
    terkezut nengok ada ayat kat line merah
    rupanya kena letak
    baik tuan..nak pi letak skrg. lbh bgs lg cara mcm ni. dah mcm ping busuk. automatik

    ReplyDelete
  4. asal aku tk nmpak yg auto ping ko kt blog ni?

    ReplyDelete