Kau Yang Selamanya Sahabat - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, July 11, 2014

Kau Yang Selamanya Sahabat

Kau Yang Selamanya Sahabat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Disebabkan kerinduan melampau terhadap sahabat aku yang tanpa sebab kukuh tiba tiba diam membisu, aku nukilkan sajak ini untuk dia. Tak tahulah dia baca ke tak. Tak kisahlah. Hmmm :'

kau yang selamanya sahabat, nurmujahidah
Harap kita kekal selamanya.
Jangan jadi macam dia ye? :'(

Kau Yang Selamanya Sahabat


Aku terpaksa mengaku aku sebenarnya rindu
Rindu padamu yang terlalu
Redahi saja lorong masa pemisah itu
Kau selamanya sahabat

Kenapa kau berdiam diri
Apa salahku tidak mampu kau maafi
Apa kau tidak tahu kau kurindui
Kau yang selamanya sahabat

Aku juga tidak mahu apa yang berlaku ini berlaku
Alam seakan sunyi, semuanya bagaikan kaku
Tiada kedengaran lagi bait bicara manismu
Kau selamanya sahabat

Sebegitu dugaanmu begitu berat
Kegelapan memenuhi ruang penuh sarat
Di hatiku pula bergolak hebat
Yang jauh kuharapkan mendekat

Walau tangan tidak berjabat
Walau hati berdendam hebat
Walau jiwa luluh sarah
Kau selamanya sahabat

9 comments:

  1. doa lah muja :) in sha allah nanti dia terbuka hati nak berkawan semula :)

    ReplyDelete
  2. Sahabat selamanye.. Bestnye ade bestfriend. :)

    ReplyDelete
  3. AMIN~ semoga berkekalan berkawan shingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  4. uwaaaaaaa...
    nangis baca..
    I miss you sooooo much kak muja! :'(

    ReplyDelete
  5. jagalah persahabatan selagi masih boleh...amin

    ReplyDelete
  6. jagalah persahabatan selagi masih boleh...amin

    ReplyDelete