Kegagalan Dalam Hidupku Yang Menjadi Racun - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, July 19, 2014

Kegagalan Dalam Hidupku Yang Menjadi Racun

Kegagalan Yang Menjadi Racun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bila aku scrolll Facebook news feed, aku tengok banyak pulak yang meluahkan perasaan mereka yang kecewa apabila mereka berasa gagal melakukan sesuatu atau perkara buruk berlaku.

Then, aku tengok pula banyak quotes yang cakap kegagalan tu sepatutnya jadi satu batu loncatan untuk berjaya. Aku setuju sangat. Perkara ini sebenarnya positif je. Gagalnya kita dah tunjukkan yang kita dah buat. Dah cuba. Nak buat macam mana kalau tak berjaya.

Kalau nak berenti, ok berenti. Tapi lebih baik lagi kalau teruskan saja alang-alang dah buat. Jangan la mudah putus asa. Macam bertentangan sangat sifat positif yang ada pada sebuah kegagalan dengan reaksi manusia apabila mereka gagal.

Hari ni aku nk cakap pasal kegagalan yang menjadi racun. Racun?? Scary gak tuh.

kegagalan, hidupku, pelari, kegagalan dalam hidupku, racun, gagal itu racun
Aku bukan atlet zaman sekolah rendah
Dah cuba banyak kali tapi gagal
Tapi sebab aku cuba sedaya upaya sepanjang tahun
Sampailah aku pernah pecahkan 3 rekod larian jarak atas 800m kat sek men
Sekarang mungkin junior aku pula yang dah pecahkan rekod aku
Tapi aku cukup-cukup puas hati. :')
----------------------

Kegagalan Menjalankan Fungsi-fungsi Dalam Kehidupan

Dalam kehidupan kita, tanpa kita sedar, kita menjalankan banyak fungsi. Ada fungsi yang kekal dan yang tidak. Pada saat kita dilahirkan, kita berfungsi sebagai hamba Allah. Apabila besar sedikit, kita jalankan fungsi sebagai anak, seterusnya sebagai pelajar, suami, isteri, ayah, ibu, dan sebagainya.

Banyak fungsi yang tak dapat aku jalankan dengan sempurna terutamanya sebagai hamba Allah. Apabila aku berasa gagal melakukan semua fungsi-fungsi ini, ia jadi racun.

Kegagalan Mengawal Emosi Keterlaluan

Satu lagi kegagalan yang menjadi racun adalah gagalnya mengawal emosi yang keterlaluan. Contoh paling jelas sekarang pastinya kes perempuan mengamuk apabila keretanya dilanggar. Aku yang tengok pun memang sedih sangat sebab perempuan bertudung turut mewakili aku.

Lepas emosi dah reda, dah boleh kawal, akibatnya kekal. Itu yang kita selalu lupa. Menyesal akhirnya. Aku pun lemah bab ni. Aku senang menangis, terasa hati, marah. Sadis tol aku nih!

Kegagalan Memahami Orang Tersayang

Kalau bab ni, aku juara. Aku memang lembap dalam memahami orang tersayang. Yang aku tahu hanyalah aku menyayangi mereka tapi aku ragu-ragu dorang sayang aku ke tidak apabila aku terluka sebab mereka. Padahal apalah sangat setakat mengata tudung aku dah ramai orang pakai.

Biasalah tu. Bukannya aku tak pernah sakitkan hati dorang. Sengaja pulak tu. Saje-saje. Bosan. Aku pernah baca, 'sehebat mana pun kita cuba, kita akan tetap menyakiti orang yang kita sayang.'

Kegagalan Menerima Akibat Daripada Keputusan

Aku sangat bergantung pada orang lain untuk memutuskan apa-apa sahaja berkaitan hidup aku dan aku selalu juga terfikir kenapa dan kini aku tahu jawapannya. Aku sebenarnya takut dipersalahkan sekiranya akibat buruk yang diterima akibat daripada keputusan aku.

Aku tidak mahu menjadi penyebab jika perkara yang tak diingini terjadi. Aku penakut. Pengecut.Lebih mudah aku cakap, aku tanpa sedar mencari orang lain untuk dipersalahkan. :'(

Kegagalan Menerima Kenyataan Yang Perit

Ya, kenyataan dan kepahitan ni, bunyi dia macam seakan-akan kan? Asal dengar je perkataan kenyataan, yang timbul di benak fikiran adalah ia sangat perit. Padahal, kenyataan yang manis selalu mengelilingi kita. Bukankah kenyataan kita masih bersama-sama keluarga itu manis?

Bukankah kenyataan kita masih mampu bernafas untuk beribadah kepada Allah juga kenyataan yang manis? Tapi biasalah, kita kan manusia. Tidak menghargai selagi masih ada.

TAPI KITA HARUS INGAT!

Kegagalan yang aku cakap kat atas tu HANYA AKAN MENJADI RACUN jika kita terus biarkan kegagalan itu terpahat dalam hidup tanpa usaha mencari penawar, tanya usaha yang betul-betul bersungguh-sungguh untuk berjaya. Dok ulang benda sama walaupun sudah ternyata gagalnya. 

Be flexible. Adjust la kat mana-mana yang kita rasa perlu. Jangan risau. Ada jalannya. 

Ps- tulis entri untuk diri sendiri, tetapi lebih baik benda baik tu apabila dikongsi. :')


3 comments:

  1. betul3.. setuju.. :)

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. pergh. mohon jadi kaunselor yuyu.. :D

    ReplyDelete
  3. Betul tuh. Thanks share kak Muja. Jangan kita jadi orang yang gagal. Jadikan kegagalan sebagai pengajaran dalam hidup. :)

    ReplyDelete