'Program Jalinan Ramadhan 1435H' Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, July 10, 2014

'Program Jalinan Ramadhan 1435H' Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

'Program Jalinan Ramadhan 1435H' Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor- Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rasa diri sebagai blogger tidak puas selagi tidak menulis tentang Ramadhan. 

Pasal hal dunia ligat je jari jemari tak berapa runcing menaip. Bila datang bab keagamaan, kemanusiaan, kenapa rasa berat bebenor. Asyik tangguh je. Rasa sangat loser diriku ini. :'(

Jadi hari ini, tanpa mahu berlengah lagi, di saat internet masih menjadi, aku ingin mengwar-warkan kepada korang Program Jalinan Ramadan 1435H yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor. 

jalinan ramadan 1435H, program kebajikan, amal ibadat

Program ini bertujuan untuk membantu golongan target termasuklah keluarga mualaf, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal. Amat diharapkan agar program bermakna ini akan mendapat sambutan ramai dan mencapat matlamat yang telah digariskan.

Apa salahnya melabur saham di akhirat yang terjamin tidak akan rugi dengan rezeki Allah bagi yang berlebih-lebihan itu kan? Tambah-tambah dalam bulan Ramadan ni. Masa nilah kita nak jadi orang yang tamak. Tamakkan harga akhirat, tamakkan pahala. :)

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui 

Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8

Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340

Untuk lebih info tentang Program Jalinan Ramadan 1435H ini, korang bolehlah pergi ke Blog Jaymiee.Com sebab disitu akan diterangkan dengan terperinci tentang butir-butir program.

Ps- Jangan lupa juga doakan saudara seIslam kita di Gaza, Palestin. Mereka memerlukan 'senjata khas Muslim' ini untuk meneruskan perjuangan mereka yang sebenarnya mewakili kita semua. Inilah pertolongan yang paling kecil bermakna besar yang boleh kita berikan untuk mereka. :'(

#prayforgaza #pray4gaza



1 comment:

  1. Nice sharing k.muja. Kita ni tak mampu kerah tenaga bantuan utk gaza. Just mampu berdoa je. :'(

    ReplyDelete