5 Perbezaan Gula Dan Rokok Buat Noobies - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, August 07, 2014

5 Perbezaan Gula Dan Rokok Buat Noobies

5 Perbezaan Gula Dan Rokok Buat Noobies | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Muja memang anti satu benda dalam hidup ni. Sejak kecil lagi, memang aku cannot go dengan benda ni. Benda itu adalah rokok.

5 perbezaan gula dan rokok, gula, rokok, bahaya rokok, rokok berbahaya, kempen anti-merokok, nnnmi
Kami benci rokok. Ini serius.

Korang can go ek? Untunglah korang. Cool je bernafas dalam asap. Cool je dalam karbon monoksida. Memang hebat. Aku tak boleh. Aku bernafas guna oksigen je sebab aku manusia biasa.

T_T

Aku memang bencikan rokok, tetapi tidak bermakna aku bencikan si perokok. Bencikan perbuatan buruknya, bukan dirinya. Lebih senang menuturkan daripada melakukan. Banyak sebab yang aku rasa menghalalkan aku membenci rokok.

Haa. Jangan tak tahu, banyak ketikanya, kita boleh membenci sesuatu benda dan sesuatu perkara. Antaranya adalah rokok. Jujurnya, aku selalu terekspresikan kebencianku terhadap sesuatu perlakuan yang aku tidak senangi terhadap si pelaku. Inilah kelemahan aku. Terimalah, boleh?

Contohnya, aku menutup hidup apabila muncul asap di persekitaranku. Apa lagi orang lain akan fikir selain aku membencinya sedangkan aku sekadar mengambil langkah keselamatan daripada terhidup asap yang berbahaya bagi paru-paruku. Salah ke?

Ada satu kali tu, aku ada share pasal pengharaman rokok oleh pihak JAKIM di facebook. Aku memang harap sangat perokok sedar yang merokok itu sudah diharamkan di sisi Islam.  Tup tup timbul manusia yang membandingkan rokok dengan gula and I was like;

'Are you that dumb for real??? Takkanlah sebab gula boleh menyebabkan diabetes jika diambil berlebihan kau nak samakan gula dengan rokok? Hey, get a life!'
(Cakap dalam hati sambil istighfar. Huhuhuuu)

Tapi aku cool je. Aku kan bakal cikgu. Walau setidak lojik mana pun sesuatu soalan yang ditanya oleh pelajar, aku kena anggap ia sebagai suatu proses pembelajaran.

Jadi, aku senaraikan di bawah ini 5 perbezaan ketara gula dan rokok.


  1. Gula itu bahan makanan yang membuat makanan jadi lebih sedap. Rokok itu bahan bakar yang pahit. Sama?
  2. Gula itu pembekal glukos, sumber tenaga dalam badan. Rokok itu pencemar dan perosak organ dalam badan. Sama?
  3. Gula itu tidak mencemarkan alam sekitar. Rokok itu mencemarkan udara, air dan tanah. Sama?
  4. Gula hanya menyebabkan penyakit apabila diambil berlebihan oleh seseorang individu. Rokok menjejaskan kesihatan perokok dan orang sekelilingnya.
  5. Gula itu tidak menyumbang kepada Israel. Rokok itu antara penyumbang utama dalam ekonomi Israel.

Kebencian aku begitu membuak-buak pada masa aku terpaksa mengutip puntung rokok dalam longkang. Terus terbayang air liur si perokok yang aku terpaksa pegang sebab dia suka merokok. Kotor dan sangat menggelikan dan aku masih terpaksa buat sebab kewujudan rokok dan perokok.

Berganda-gandalah kebencian aku pada rokok. Sedih pun ada jugak dengan kesan-kesan merokok. Kenapalah ada manusia yang tidak sayangkan hidupnya. Tidak kisah hidup dengan risiko kanser. Suka hidup terbatuk-batuk. Tidak peduli bibir gelap, gigi kuning. Tak masuk lagi mulut berbau. Heranlah aku orang tak sayang nyawa. Bukankah nyawa itu berharga dan perlu dijaga? Grrrr

perbezaan gula dan rokok, gula dan rokok, gula, rokok, rokok berbahaya, bahaya rokok


Nasib baiklah tunang aku ni tak merokok. Bibir pun lagi pink daripada aku. Comel. Kami cikgu dan merokok bukanlah sesuatu yang kami ingin tunjukkan di hadapan pelajar kami. Contoh buruk je merokok ni. Kami sentiasa support kempen anti-merokok. Eh. Hahaha. Alhamdulillah.

Ps- Nanti-nantilah aku share pasal hari pertunangan kitorang hari tu ek. Kih3

14 comments:

  1. Same ah. Benci rokok. Tak tau ape yang bestnye merokok.

    ReplyDelete
  2. Opss..tertinggal ayat. Btw cantik gambar tuh. Ehem ehem. Semoga selamatlah keduanya dan berpanjangan jodoh sampai bebila.

    ReplyDelete
  3. nasib baik jugak ler shark bukan dari golongan perokok,
    selamat paru-paru,
    sempat lagi promote gambar atas tue:)
    tahniah yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kalau macam tu,, tak yah la merokok,, bakar duit je,, ehekkk,, toceyy,, :P

      Delete
  4. yaaa .. betul betul ... serius ! memang tak suka kalau ada orang merokok. dan rokok dan gula itu memang tak sama . berbeza sesangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la kenapa ada gak orang yang tanya,, huhuu

      Delete
  5. Rokok macam bakar duit aje... Perokok nie buat la camne pun tetap nak merokok...

    ReplyDelete
  6. Saya salah seorang anti rokok... Benci gila -_-
    sebab rokok lah saya jatuh sakit selalu...
    Dan statement paling buang tebiat adalah seperti yang muja cakap tu lah, boleh pulak dia bandingkan rokok dengan gula...
    -_- tadi pun terjumpa 1 komen kat facebook aman palestine..
    geram betul kat lelaki tu.. sumbat rokok banyak2 dalam mulut dia, pastu bakar dengan dia2 sekali, baru sedar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak faham la anirah oiiii,, tak tahu la bila nak sedar,,

      Delete
  7. Potensi dapat kanser dan membakar wang sendiri..huhu

    ReplyDelete
  8. Cutting down your cigarettes?

    Saya ada cara utk berhenti merokok dgn mudah. Harga rokok pun dah melambung2. Baik guna duit tu utk beri reward pada anak2 ke, utk bawa isteri candle light dinner ke, htr mak ayah g umrah ke, derma kat tahfiz ke, bayar zakat ke.....kan....

    So, siapa nak berhenti merokok boleh contact saya 01137007328 Azah

    ReplyDelete