Aku Ni Berbakat Jugak Jadi Pelukis. Kah3 - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, August 10, 2014

Aku Ni Berbakat Jugak Jadi Pelukis. Kah3

Aku Ni Berbakat Jugak Jadi Pelukis. Kah3 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Buat pengetahuan semua, aku ada amik subjek Seni dalam Pendidikan untuk semester 4 yang memaksa aku untuk melukis. Siyesly, melukis tu bukan jiwa aku weh.

Masa tingkatan 2 dulu, kalau kertas lukisan yang dihantar kat cikgu tak cukup satu helai, haa, lukisan aku la tu. Memang tak pernah hantar. Mesti kecik ati giler kot cikgu ngan aku. Siyes menyesal. T_T

Kali ni aku berazam untuk melukis dengan penuh jiwa raya. Hari tu pensyarah aku mintak kitorang lukis something bertemakan alam benda. Then, yang datang ilham kat aku hanyalah gambar tunang aku yang ni. Macam senang je nak lukis.

Tapi bendakah beliau?? Huh, aku kesah ke? Janji gambar ni je aku rasa nak lukis.
Oklah bagi beginner macam iols ni kan?? Adalah jugak rupa Nik Nashram kan??
Mohon fikir leklok before jawab kalau tak nak menyesal. :P
Bila orang lain dah start mewarna, aku still terkial-kial. Lastly, dok hitam putih situ jugak sampai habis kelas. Bazir je water colour memahal beli. Mana taknya. Dok betulkan rambutla, hidung tak cukup mancunglah, bibir terlebih teballah. Itu yang namanya usaha tahu???

Kesian jugak kat tunang aku ni kena pedajal ngan aku. Kening terlebih jongket. Telinga tak reti nak lukis. Rambut tak cukup lebat. Ye, aku tahuuuu. Tapi ketahuilah wahai abang, aku sudah cuba sedaya upaya. Sobss. Helloo, hargailah effortku ini. :'(

Aku ada mintak pensyarah aku betulkan mana yang kurang betul, bukan TAK betul hokay. Tapi beliau tak nak. Katanya aku buat barulah ada perasaan. Ceyh. Jiwang karat gak yang tukang ajar puuun. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Jiwang dia tuh dah tumpah kat aku gamaknya. -_-

Haaa. Tu jelah aku nak update hari ni. Menyesal ke baca? I'm sorry. :P


2 comments:

  1. Ok juga lukisan tu walaupun tak nampaj macam sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,, yela yela,, tak iras pun,, sobss :P

      Delete