Secret Laxing by Legacy Secret - Boleh Ke Kurus Dengan Produk Ni? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, August 28, 2014

Secret Laxing by Legacy Secret - Boleh Ke Kurus Dengan Produk Ni?

Secret Laxing by Legacy Secret - Boleh Ke Kurus Dengan Produk Ni? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kalau korang selalu follow blog aku nih, korang mesti tahu yang aku tengah berusaha keras nak kurus. Tak nak la nanti aku nampak lagi besar daripada tunang aku di pelaminan. Sobsss T_T

Sebelum ni aku ada share cara aku bersenam dan 5 alasan wajib elak untuk kurus. Kali ni, aku nak share pulak dengan korang produk yang aku guna untuk percepatkan lagi proses nak kurus ni. Produk ni aku anggap macam booster or catalist untuk aku kurus. Aku bukan penyabar. Siyes. Huhuu.

Secret Laxing by Legacy Secret La Yang Aku Guna


Secret Laxing, Legacy Secret, produk kurus
Nampak bahagianya bila dapat bff baru, si Secret Laxing. Kih3

Secret Laxing by Legacy Secret. Dah lama aku dok dengar je pasal keohseman produk Legacy Secret nih. Produk ni bagus sebab dia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Tak de lah risau sangat nak minum sebab tak de bahan kimia berbahaya bersarang dalam tubuh bam bam aku nih.

Bahan-bahan yang digunakan termasuklah
  • madu
  • prune pekat
  • delima pekat
  • bunga dandelion
  • sirih
  • acai beri
  • ekstrak anggur
Semua bahan yang dorang taruk dalam Secret Laxing ni memang terkenal dengan kebaikan yang sangat banyak. Yang paling buat aku tertarik mestilah part madu tu. Madu kan penawar segala penyakit. Sunnah tu. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Tak racist produk ni. Kih3

Secret Laxing ni sesuai sangat diambil seawal usia 18 tahun. Boleh terus minum sampai umur 50tahun. Senang sangat sebab tak perlu bancuh pun. Boleh minum terus dari botol. 20 ml dua kali sehari. Tapi, ibu hamil atau menyusu dilarang mengambil Secret Laxing. Takut kesan daripada perubahan hormon ke hape. Orang hamil dan menyusu ni sensitif tahu.

Kebaikan dan Manfaat Secret Laxing by Legacy Secret


secret laxing, legacy secret, produk kurus
Emosi bercampur baur mendapat penyelesaian masalah berat badan katanya.
  • membakar berganda-ganda lebih kalori. kurang kalori bermaksud kurang lemak. kurang lemak bermaksud kurus. yahoo!
  • meningkatkan metabolisme. makin tinggi metabolisme, semakin cepat lemak ditukarkan menjadi tenaga. tiada lemak adalah kurus. yahoo!
  • apabila lemak ditukarkan kepada tenaga, kita akan berasa lebih segar dan kuat untuk melakukan aktiviti harian
  • apabila lemak tiada lagi, maka saiz badan pun mengecil. kurus jawapannya. yahoo!!! :D

Tips Untuk Meningkatkan Lagi Keberkesan Secret Laxing


Walaupun Secret Laxing ni terbukti bagus, usaha diri sendiri untuk kurus jangan lupa. Usaha kita tu akan buat Secret Laxing ni lagi berkesan. Senang cerita, kita tolong dia untuk tolong bagi kita jadi kurus. Understood? Ok. Ini yang korang perlu buat.
  • elakkan daripada makan secara berlebihan. makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
  • hindari minuman bikarbonat dan beralkoho.
  • banyakkan meminum air putih dan buah-buahan untuk meningkatkan sistem metabolisme. 
Kalau korang buat yang dilarang dan tak buat yang disuruh, jangan salahkan produk pula kalau hasil yang diidamkan tidak dicapai. Tu salah sendiri tau. Haa.

Cara-cara Mengenalpasti Label Asli Legacy Secret


Apabila sesuatu produk tu bagus, mulalah si muka tak tahu malu pedajal produk tu untuk kepentingan diri sendiri. Jadi, kita memang kena tahu cara untuk mengenalpasti originaliti sesuatu produk sebelum menggunakannya terutama produk yang kita makan atau minum.

Kesan sampingan bahana produk tiruan tidak boleh buat main. Silap beli, naya seumur hidup.  Jangan sesekali ambil mudah. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ingat tu.

secret laxing, legacy secret, produk kurus berkesan, cara mengenalpasti keaslian produk legacy secret

1. Pengesahan Secara Visual

Korang cari gambar yang macam kat bawah sebelah kiri. Then korang condongkan botol. Kalau produk tu original, korang akan nampak huruf "LS" macam dalam gambar sebelah kanan.
secret laxing, legacy secret, produk kurus berkesan, cara kenalpasti produk tiruan legacy secret

2. Pengesahan Secara Sentuhan

Logo pada gambar yang dilukis kotak merah di bawah ni dicetak secara timbul. Kalau korang sentuh dan boleh rasa macam kasar dan timbul, memang sah produk itu produk Legacy Secret yang asli.

secret laxing, legacy secret, cara mengenalpasti label legacy secret yang asli

3. Pengesahan Melalui Kod QR Wechat.

Canggihkan? Guna Wechat pun boleh untuk periksa originaliti produk Legacy Secret. Korang buka scanner kod QR Wechat dan scan kod QR pada botol. Nanti dia bagitahulah.

secret laxing, legacy secret, produk kurus berkesan, cara kenalpasti produk legacy secret yang asli

Kalau korang tak faham lagi, korang boleh klik link di bawah untuk melihat video cara-cara membezakan produk Legacy Secret yang asli dengan yang tiruan

Produk Lain Keluaran Legacy Secret

Legacy Secret ni mengeluarkan banyak lagi produk kesihatan khusus untuk kita. Selain Secret Laxing untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan, terdapat juga produk Harum Malam yang diformulasi khas untuk wanita dan Wira Malam untuk lelaki.

Ada banyak lagi produk bagus daripada Legacy Secret yang lain. Korang boleh tengok di link di bawah.

secret laxing, legacy secret, produk kurus berkesan
Secret Laxing, penyelesaian masalah berat badan anda. Eceyh.

Gunakan tanpa was-was. Wassalaam.

11 comments:

  1. salam. wahhh..berkesan ke? bole try da lepas ni...

    p.s perlu bersenam jugak ke dear? sebab sy ni jenis yg pemalas nk bersenam haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. supplemen ni sbg booster.. jaga pemakanan dengan senaman kena selalu istiqamah sentiasa.. hee

      Delete
  2. dan rajin-rajinlah gi bersenam ye.

    ReplyDelete
  3. Hai secret laxing mmg berkesan.jom beli pada saya hanya rm 35 free postage whtsapp 0102444830.sy agent secret legacay 😄

    ReplyDelete
  4. Sis, kalau tak bersenam blh tk? Sebab saya kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. for me kan sis.. produk kurus apa pun.. dye hanya akan tolong je untuk kurus.. tp usaha drp kawalan pemakanan dan bersenam mmg tak boleh nak elak

      Delete
  5. Sis kalau tak bersenam brhasil tak sbb sy kje

    ReplyDelete