Rahsia Bisnes Printing Tanpa Modal- Jana Pendapatan Lumayan Dari Rumah - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, September 05, 2014

Rahsia Bisnes Printing Tanpa Modal- Jana Pendapatan Lumayan Dari Rumah

Rahsia Bisnes Printing Tanpa Modal- Jana Pendapatan Lumayan Dari Rumah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kalau korang nak tahu, hidup sekarang memang perlu sangat ada pendapatan sampingan. Kurang boleh untuk hidup selesa mengharapkan gaji bulanan semata. Tambah-tambah lagi bagi orang yang baru nak up atau baru nak start kerja. 

Contohnya tunang aku. Dia baru habis belajar dalam 2 tahun. Baru beli kereta. Baru mula dapat gaji. Baru fikir nak kahwin ngan aku. Fuuh! Banyak benda beliau kena fikir. Semua nak guna duit. Aku yang mulanya tak terfikir langsung pasal menyimpan duit ni, start fikir dah untuk tolong beliau. 

Tapi macam mana? Aku student yang mengharapkan elaun kerajaan yang cukup cukup makan tu je. Kan best kalau boleh buat kerja sambilan best yang lumayan, tapi tak perlukan modal, dan sesuai dengan hidup aku sebagai pelajar, yakni boleh buat ikut jadual sendiri.

Eh, bukan ada ke? Haaa. Sebenarnya ada. Aku je slow. Bisnes printing tanpa modal dah lama wujud. Menyesal betul lambat sangat tahu pasal kewujudan bisnes tanpa modal ni. Kalau dah tahu lama dah aku boleh start saving untuk majlis kahwin aku nanti. Ahaks. :D

Rahsia Bisnes Printing Tanpa Modal Secara Online dan Offline


Ramai orang menganggap semua bisnes nak kena ada modal besar dan susah nak mula. Persepsi buruk macam inilah yang buat kita cepat putus asa sebelum mencuba walaupun kita cukup berminat. Itu semua sebelum mereka mengetahui tentang bisnes printing tanpa modal secara online ni. 

Tanpa sedar, dengan teknologi dan perubahan zaman, kita dah tak perlukan modal pun kalau setakat nak buat bisnes printing. Aku sendiri ada kawan yang buat bisnes printing semasa belajar. Bolehlah korang baca entri pasal bisnes printing beliau. Aku je buat tak tahu. Padan muka aku. Huhuu.

bisnes printing tanpa modal, bisnes printing, cara mulakan bisnes printing, kerja sambilan di rumah
Bagaimana jana pendapatan lumayan di rumah melalui bisnes printing tanpa modal.

Pernah juga berasa pelik macam mana dia yang sedang belajar di UITM boleh berbisnes. Rupanya, dia lebih dulu tahu yang bisnes printing tanpa modal ni wujud dan juga tahu kelebihan bisnes printing ni awal daripada aku. Ceh.

Kenapa Bisnes Printing Tanpa Modal Ini Tiada Risiko?


Jujur aku cakap, mulanya aku kurang percaya dengan frasa 'bisnes tanpa risiko'. Macam cliche. Tapi dengan pembacaan dan pengalaman sendiri, bisnes macam ni sebenarnya wujud.

Contoh paling jelas, bisnes blogging. Blogging bagi aku juga satu bisnes. Guna platform blogspot, guna default url, buat khidmat pengiklanan, dapat duit. Bukan ke ini dah buktikan yang ada bisnes yang tidak memerlukan modal? Paling teruk pun, habis duit bayar internet je. Tapi tak semua suka berkongsi dan rajin menaip macam aku. Jadi, alternatif lainnya adalah bisnes printing.

Sama je konsep blogging dengan bisnes printing ini. Dedua bisnes tanpa modal. Bisnes printing ini juga tiada risiko sebab ia adalah sebuah bisnes:
  • tanpa modal - tak de duit? pun boleh buat bisnes.
  • tanpa beli mesin - tak payah risau mesin rosak.
  • tanpa simpan stok - tak perlu bilik lebih.
  • tanpa kedai - tak payah bayar sewa.
  • tanpa pekerja - tak payah bayar gaji.
  • tanpa kemahiran teknikal- tak reti cara nak print pun tak pe.
  • tanpa pinjaman - tak payah bayar bulan-bulan.
  • tanpa pengurusan tempahan - orang lain tolong buatkan.

Macam Mana Bisnes Printing Ini Boleh Dimulakan Tanpa Modal?


Bisnes printing ini boleh dimulakan tanpa modal sebab bisnes ini boleh dijalankan secara online dan offline. Boleh buat kat rumah dan mana-mana yang kita suka. So, bisnes ini:
  • tidak memerlukan mesin
  • tidak memerlukan bayaran sewa kedai
  • tidak memerlukan pekerja
  • tidak memerlukan pengalaman 
 

Apa Kelebihan Bisnes Printing Tanpa Modal?


Banyak kelebihan bisnes printing tanpa modal ni. Kalau tak, tak denye kawan aku berkecimpung dalam bisnes ni since dia masih belajar lagi. Antara kelebihan dia yang memang jelas tanpa ragu-ragu lagi:
  • bisnes dimiliki oleh diri sendiri 100%
  • boleh diwarisi dan dijadikan bisnes keluarga
  • boleh pilih untuk buat separuh atau sepenuh masa
  • boleh dijalankan dalam keselesaan di rumah
  • permintaan yang tinggi setiap masa
  • tidak perlu tahu banyak sangat tentang produk, rekaan dan sebagainya
  • keuntungan lumayan milik sendiri bagi setiap produk

Betul Ke Bisnes Printing Tanpa Modal Ni Boleh Jana Pendapatan Lumayan?


Of course la betul. Takkan nak tipu pulak. Ok. Kehidupan aku sebagai pelajar IPGKKB sebagai contoh. Hampir setiap event dan persatuan yang aku join memerlukan tshirt seragam rasmi. Di mana nak dapatkan? Daripada syarikat percetakan.

bisnes printing tanpa modal, bisnes printing di rumah, kerja sambilan di rumah, pendapatan lumayan dari rumah, tshirt printing
Tshirt seragam ko-kurikulum kitorang.
Dalam setiap event itu juga, kami memerlukan bunting. Barulah nampak majlis rasmi. Sebagai contoh, bunting untuk Program Bina Insan Guru ni. Di mana kitorang tempah bunting tu? Daripada syarikat percetakan.

bisnes printing tanpa modal, bunting printing, kerja sambilan di rumah, jana pendapatan lumayan secara online
Bunting rekaan sendiri tapi dicetak di syarikat printing.
Teringatlah masa aku join SBB2014 hari tu. Antara perkara penting yang aku sediakan untuk kembangkan blogging network aku adalah menempah kad bisnes. Eceyh. Aku pun perlukan khidmat syarikat printing untuk blogging business card aku nih.

bisnes printing, bisnes printing tanpa modal, mulakan bisnes tanpa modal, jana pendapatan dari rumah, kerja sambilan di rumah
Kad bisnes blogging sempena SBB2014 dulu.
Tak lama lagi pulak aku nak kahwin. Antara benda yang aku perlukan untuk majlis kahwin aku mestilah kad kahwin. Mungkin aku boleh mereka sendiri kad kahwin aku tu tapi macam mana aku nak cetak banyak-banyak? Daripada syarikat percetakan.

Selain tu, banyak lagi la benda yang memerlukan khidmat daripada syarikat printing. Flyers, banners, stickers, cover phone, mug, buku dan semuanya sentiasa in demand. Bila in demand, order insya Allah tak putus dan consequently, kita dapat jana pendapatan lumayan. Proven. :D

Kalau Semua Tak Perlu, Apa Yang Perlu?


Apa yang kita perlukan hanyalah ilmu dan rahsia bagaimana memulakan bisnes ini dari rumah dan ilmu yang sangat berguna dan berbaloi sebagai langkah permulaan. Then, korang duduk depan laptop, aplikasikan segala ilmu yang ada, jana pendapatan sampingan.

Sambil berfacebook pun dah boleh berbisnes sekarang ni. Bagaimana nak dapatkan ilmu ini? Tentunya dengan DVD Rahsia Bisnes Printing Tanpa Modal. :D


bisnes printing tanpa modal, jana pendapatan lumayan dari rumah, bisnes printing, dvd bisnes printing tanpa modal, tshirt printing
Segala ilmu bisnes printing dalam sekeping DVD.

Kandungan DVD Bisnes Printing Tanpa Modal

DVD Bisnes Printing Tanpa Modal mengandungi pakej lengkap tentang segala perkara yang kita perlukan untuk memulakan bisnes printing. Dari A to Z. Kita tinggal tiru je. Ia termasuklah:
  • video panduan langkah demi langkah cara memulakan bisnes printing tanpa modal
  • e-Book manual rahsia bisnes printing tanpa modal
  • maklumat lengkap produk printing
  • maklumat lengkap lubuk supplier harga murah
  • strategi pemasaran online dan offline
  • softcopy dokumen perniagaan (invois, do, resit, quotation, dll)
  • softcopy profile dan rancangan perniagaan printing

DVD Tambahan Bonus Koleksi Gempaq Bisnes Printing

Dengan setiap pembelian pakej utama di atas, kita juga akan dapat DVD 10 Bonus Koleksi Gempaq Bisnes Printing sebagai ilmu dan tool perniagaan tambahan supaya perniagaan printing kita ni nampak lebih professional dan lebih dipercayai. Barulah manjang sale masuk. :D

bisnes printing tanpa modal, bisnes printing, bisnes di rumah, bagaimana memulakan bisnes tanpa modal
Ilmu tambahan untuk bisnes printing yang lebih masyuk.

Kandungan DVD 10 Bonus Gempaq ni pun tak kurang hebatnya. Antaranya:
  • video montaj promosi di laman sosial seperti youtube dan facebook
  • koleksi design produk printing yang boleh diedit
  • tutorial menghasilkan artwork
  • e-Katalog
  • budget kit template
  • perisian akaun perniagaan mudah
  • senarai harga pasaran produk printing
  • pakej panduan membina website secara percuma
  • maklumat daftar perniagaan
  • maklumat pinjaman dan bantuan perniagaan
Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk kita jana pendapatan sampingan untuk kehidupan yang lebih selesa. Takkan la nak makan gaji sampai bila-bila. 

Dapatkan DVD Rahsia Bisnes Printing Tanpa Modal (-- klik)  sekarang ! Plus, dengan segera! :D

Wassalaam.

11 comments:

  1. Terbaik ah! Camni pun boleh kan. :)

    ReplyDelete
  2. DVD ni mmg terbaekkk....memang membantu saya buat duit dari rumah...

    ReplyDelete
  3. Eh sudah bertunang ke? Awat Bro xtau pun nie

    ReplyDelete
  4. Time jadi student baru terfikir nak cari side income kn. sama mcm kita :)

    ReplyDelete
  5. Siapa yang memang tak ada lagi lubuk nak buat duit, kena try benda ni.

    ReplyDelete
  6. terbaikla..time ni cara nk buat duit

    ReplyDelete
  7. guna mesin apa untuk cetak card kendri

    ReplyDelete
  8. Bisnes printing ni memang tak perlu takut sebab memang semua orang perlukan banner / flyers semua ni kan. Tiap masa ada je permintaan. Memang patut ambil peluang ni :)

    ReplyDelete
  9. Headline bisnes tanpa modal..hmm..suma perniagaan perlukan modal..RM1 tu pun modal gak kan..nk beli dvd ni pun kuar modal gak..poyo la statement..baik bg free je dvd tu..baru la ckp x perlu modal..

    ReplyDelete