Perempuan. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, November 27, 2014

Perempuan.

Memang tak ada yang suruh
Perempuan suka bergaduh
Bukan sebab dia kepala bodoh
Hatinya tu yang sudah lenguh

Mungkin dia dah tak ada lain cara
Untuk tenangkan ruang kepala
Serasa sudah dicuba sejuta daya
Nampak yang ni je macam berjaya

Perempuan suka perhatian berlebihan
Sejurus merajuk mengharap pujukan
Makin dibiar makin meroyan fikiran
Sangat berbeza lelaki dan perempuan

Kerna pendek akalnya
Mudah panik tak tahu nak buat apa
Kerna rendah yakin dirinya
Selalu fikir dirinya tak berharga

Pada malam kebasahan bantalnya
Menyeka tiada henti tangisannya
Semua yang diusaha tiada berjaya
Lain yang diharap lain yang tiba

1 comment: