Rindu Yang Membawa Padah - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, November 07, 2014

Rindu Yang Membawa Padah

Rindu Yang Membawa Padah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku akui sepanjang tempoh pertunangan kami, memang banyak sangat dugaan yang kebanyakannya datang daripada akulah. Aku kan perempuan.

Aku seksa giler jauh ngan tunang aku. From the date we got engaged sampailah tarikh dia nak balik tak lama lagi, lebih kurang 4 bulan kitorang tak jumpa and this missing-my-fiancee-so-much thing really tortures me a lot. Mulala nak meradang kalau tak jawab call, tak reply SMS.

Aku kalau dah rasa seksa sangat, pemikiran aku mula kreatif dengan benda-benda negatif. Bayangan dia curang, dia ada orang lain, dia dah lupakan aku, dah tak sayang aku, dah tak peduli pasal aku, aku dah tak penting bagi dia, mula menyerang otak kanan dan kiri. Siyesly aku tension giler.

Nasib baik aku sekarang ada Fariena, my new best friend. Aku consider dia best friend sebab I feel comfortable with her. Kalau dia tak rasa aku ni best friend dia pun tak pe. Huhuu. Fariena selalu bagi support kat aku and always be the positive charge when I am negative.

You should thank her, my fiancee.

Fariena and Aku. Ye, dia lagi cantik. Sobsss

Terutama pasal hubungan aku dengan tunang aku. Biasalah, orang tu lebih berpengalaman. Huhu

Katanya, aku jadi macam ni sebab kami lama sangat berjauhan. Aku sengaja cari alasan untuk cipta pergaduhan sebab aku rindu and aku akan dapat perhatian yang aku nak dengan cara itu. Bila aku fikir balik. Betul gak yang dia cakap. Aku jadi gini sebab rindu, rindu yang membawa padah.

Sebab ulser gaduh, sebab sms gaduh, sebab berat badan gaduh, sebab burger gaduh. And semua aku la yang start gaduh. Mula la nak mintak putus. Aduh, kalau aku fikir penyebab penyebab gaduh ni, rasa nak lempang diri sendiri. Hello Muja, tu je pun perkaranya.. Hohemjeyyy sangat. Kah3

Teringat dating sesenyap dulu. Nakal gak kami nih. Hahaha.

Nasib baik la aku dapat tunang penyabar petala kelapan. Aku tak dapat nak imagine kalau aku dapat tunang macam aku. Memang malapetaka plus memang tak ke mana la hubungan kaminya. Confirm. Sebab tu kot Allah cipta kami sangat berlainan.

pS- missing you is torturous. i am seriously tortured. :'(


4 comments:

  1. hmmm aura negatif sgt pesat membangun.. banyakkan solat sunat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan bertunang,, dugaan hasutan syaitan,, :'(

      Delete
  2. haishh jauhkan aura negatif sayang..jangan pikir bukan2..habiskanmasa dengan kawan-kawan..nanti pejam celik dah dekat hari bersejarah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan bertunang menguji sungguh.. sedeyh laaa...

      Delete