Shape Up Sports and Fitness Center- Gym Rasmi The Red Warriors - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, November 09, 2014

Shape Up Sports and Fitness Center- Gym Rasmi The Red Warriors

Shape Up Sports and Fitness Center- Gym Rasmi The Red Warriors | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kesinambungan daripada kisah aku yang tengah berjuang untuk kurus, aku mula menjejakkan kaki ke gym. Yes, Cik Epal dan Jofliam memang idola aku sekarang.

Jadi aku mula mencari gym yang sesuai dengan aku, yakni harga yang berpatutan, selesa, tidak menyerabutkan dan dekat dengan IPGKKB. Alhamdulillah, aku jumpa Shape Up Sports and Fitness Center. Terletak di Padang Tembak, kawasan perindustrian. Dekat sangatlah dengan IPG aku. Tq umi for my Myvi you gave. Senang kak nak gi gym. Hehehe.
shape up, gym rasmi red warriors, fitness center, gym pengkalan chepa, gym kelantan
Curi daripada fb Zainal Zuhry.
shap up sports and fitness center, gym rasmi the red warriors, gym pengkalan chepa, gym kelantan
Aku bila selfie sambil mengayuh. -_-

Kalau sebelum ni aku dah berjaya membeli Dumbellina dan tunang aku dah hadiahkan aku yoga mat, sekarang aku dah berjaya menjejakkan kaki ke gym pulak. Seriously, I am dying to lose my weight. Alhamdulillah. Aku berjaya turun 3kg dari tempoh aku bermula. Bukanlah angka yang besar tapi hanya orang yang tengah usaha macam aku tahu bermaknanya setiap kg yang berjaya dihapuskan.

shape up, gym rasmi the red warriors, gym best kelantan, gym pengkalan chepa, gym padang tembak
Aku kalau bersenam, memang excited macam ni. -_-
shape up sports and fitness center, gym rasmi the red warriors, shape up gym, gym padang tembak, gym pengkalan chepa, gym kelantan
Tendang, tarik. Tendang, tarik. Then snap gambar. Lol -_-

Aku suka workout di Shape Up sebab facilities banyak, pendingin hawa, luas dan tak menyempitkan pernafasan, boleh bersenam ramai-ramai, privasi, and ada blogger batman yang sudi membantu. Tak kurang juga boleh cuci mata tengok the Red Warriors workout kat sini. Hari tu sempat aku naik treadmill sebelah one of them but aku tak kenal sape. Aku bukan peminat bola sepak pun. Tapi sempat bangga gak lah. :3

shape up sports and fitness center, gym rasmi the red warriors, gym shape up, gym pengkalan chepa, gym padang tembak
Yang treadmill ni paling aku suka. Setengah dok lari je aku nih. Semput gak.
Selain workout kat gym, aku pun ada ambil Secret Laxing untuk kurus. Memang berkesan nampaknya bila aku dah berjaya turunkan berat badan aku ni. Dulu pun aku exercise gak, tak turun pun. Mungkin gak sebab aku tak jaga pemakanan. Kita kena ingat, untuk kurus, 70% tentang pemakanan dan hanya 30% bersenam. Mana lebih besar kesan dia tu? Sendiri mahu ingat na..

Shape Up Sports and Fitness Center- Gym Rasmi The Red Warriors, Nurmujahidah
Benda ni aku sebagai pemberat untuk letak kat peralatan. Aku suka sebab dia warna warni. Kih3
Setiap peralatan bersenam mempunyai fungsi masing-masing dan aku hanya tahu guna tapi nama dia aku tak ambil kira. So, mohon tengok jelah aku menggila di sana. Harap harap kegilaan aku tu menambahkan tenaga dan keefektifan aku kurus. Kalau nak lagi privacy boleh naik tingkat atas. Peralatan dia lebih kepada untuk perempuan. Kalau kat tingkat bawah lagi banyak alat dia.

gym kelantan, shape up gym, gym pengkalan chepa, gym padang tembak
Yang ni paling tak best sebab tersentak-sentak sikit. Tak smooth aku buat.
shape up gym, gym rasmi pemain bola kelantan, gym pengkalan chepa, gym padang tembak
Kenal tak yang kat tengah tu? Dialah Blogger Darkbatman. Blogger yang akan buat come back. Insya Allah.
Yang best laginya, kat sini ada sauna. Seriously, kau masuk dengan suhu kau yang sejuk, and ko keluar dengan peluh menjejer keluar. Korang boleh masuk ramai-ramai dalam 15 minit. Jangan over takut nanti korang dehidrasi. Aku consider sauna secara berjemaah ni sebagai social networking. Masa bersauna, banyak bebenor keluar cerita. Ada yang segar ada yang basi. Tak kisahlah. Asalkan tak rasa bosan dalam proses membakar lemak dalam kotak sauna tu.

sauna, gym shape up, gym rasmi the red warriors, shape up gym
Kotak sauna di Shape Up Sports and Fitness Center
gym shape up, shape up gym, gym rasmi the red warriors
Aku tengah buat sit up macam nilah. -_-
Bayaran untuk masuk ke Shape Up Sports and Fitness Center ni hanyalah RM10 per entry untuk walk-in. Korang boleh masuk dari buka sampai tutup dalam sehari. Tapi dia ada sediakan pakej-pakej tertentu. Maybe aku nak amik pakej ni tahun depan sebab nak amik sekarang macam dah terlambat. Aku nak bercuti dah tak lama lagi. Malas pulak jari aku nak menaip. Korang tengok gambar jelah.

shape up gym, gym shape up, gym pengkalan chepa, gym padang tembak
Ni pun alat jenis tendang tendang jugak. Aku agak untuk shape kaki lah.
shape up gym, gym shape up, gym kelantan, gym pengkaln chepa, gym padang tembak
Yang ni memang banyak gunanya. Aku je malas nak guna. Sebab laki banyak kawasan ni.
gym padang tembak, gym pengkalan chepa, shape up, gym rasmi the red warriors
yEahhh! You can do it Muja!
shape up gym, gym shape up, gym rasmi the red warriors, bersenam untuk kurus
Peace no war. I am gym-ing. ;)
gym shape up, shape up gym, gym rasmi the red warriors, gym kelantan, gym pengkalan chepa, gym padang tembak
Kalau berjaya buat yang ni, memang satu kejayaan besar bagi aku. Haha.
gym shape up, shape up gym, gym rasmi the red warrior, gym kelantan, gym pengkalan chepa
Teman segym aku.
Honestly, aku terdorong untuk jaga badan ni sebab tunang aku lah. Bila pasangan kita suka jaga badan, kita pun akan terpengaruh nak jaga badan jugak. Takkanlah nak biarkan dia handsome badan ketak-ketak, sedang kita lemak sana sini. Bahaya ter. Posisi aku ter. Risau jugakkan. 

Aku nak dia tahu aku support dia dari belakang dan aku suka jugak benda yang dia suka. Benda ni pun elok untuk kesihatan aku. Aku pun sebenarnya takut gemuk dan sangat tak mahu jadi gemuk. Nauzubillah sangat. T_T

After all, kami akan kongsi hidup yang sama in future. Apa dia makan, itu yang aku makan and aku nak berusaha ke arah adapting to that new world dari sekarang. Insya Allah. Tapi yang pasti, aku tak de keazaman macam dia. Dia punya azam sangat menakutkan. Kalau dia nak yang tu, akan usaha sampai dapat. Seram gak, BUT at the same time, aku bangga ngan dia.

Semangat aku pula macam ada butang on off. Kadang on, kadang off. Kalau time off tu, aku selalu cari alasan untuk berhenti which is never good. :'(

Ps- ada 9kg lagi untuk capat berat ideal idaman aku. korang macam mana?

Wassalaam.



2 comments:

  1. Hehehe dah bertahun2 saya workout tapi buat yg sama lah... amik gambar jer.. sudahnya sampai sekarang ni lah badan tak cantik2... harap tahun depan boleh lah start balik dengan penuh konsentrasi

    ReplyDelete