Akademi Penerbangan dan Hospitaliti, Olives Academy- Nak Join Cabin Crew Tak? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, December 24, 2014

Akademi Penerbangan dan Hospitaliti, Olives Academy- Nak Join Cabin Crew Tak?

Akademi Penerbangan dan Hospitaliti, Olives Academy - Nak Join Cabin Crew Tak? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa kecik, aku pernah gak terpesona dengan penampilan cabin crew. Nampak cool je tarik beg ada tayar keluar airport. Bila dah besar, tengok pula drama Awan Dania, terdetik gak nak jadi cabin crew, tapi ditakdirkan aku bakal jadi cikgu. Korang yang bercita-cita nak jadi cabin crew macam Dania tu, boleh baca entri ni dan bertindak secepatnya.

Peluang bagus tak datang banyak kali dalam hidup tau. :D

olives academy, akademi penerbangan dan hospitaliti, jadi pramugari, macam mana nak join cabin crew

Apa Yang Ada dengan Olives Academy?

Olives Academy (1100079-W) adalah sebuah syarikat bumiputera   berdaftaryang ditubuhkan untuk menyediakan latihan dalam Aviation dan Hospitality atau dalam bahasa Melayunya; penerbangan dan hospitaliti. Olives Academy menyediakan tempat praktikal kepada pelajar setelah selesai belajar tertakluk kepada terma. Tempat latihan di Olives Academy juga boleh disewa. 

Maksudnya, dalam tempoh tak de buat pape masa cuti lepas habis diploma or ijazah, korang boleh join kursus yang ada di Olives Academy. Tak de la duduk buat taik mata dengan ternak lemak je kat rumah. Macam aku dulu-dulu. Join kursus ni ada juga faedah. Daripada menganggur tak tentu arah.

olives academy, kelas cabin crew, join cabin crew, sertai krew kabin, akademi penerbangan dan hospitaliti, cara nak jadi pramugari
Suasana kelas di Olives Academy yang sangat selesa.

olives academy, join cabin crew, akademi penerbangan dan hospitaliti, kelas cabin crew
Kemudahan lengkap di dalam kelas Olives Academy


Di Olives Academy, mereka percaya yang pembelajaran yang berterusan, perkongsian pengalaman dan demonstrasi skil adalah rahsia untuk mencapai cita-cita. Mereka sangat komited untuk membantu mengembangkan lagi bakat yang ada untuk mereka yang berpotensi mampu melihat peluang besar dalam hidup. Mereka sangat menghargai mereka yang betul-betul bersungguh-sungguh dan mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya tidak kira apa jua halangan yang mendatang.

Apa Yang Ditawarkan di Olives Academy?




Di Olives Academy, banyak kursus yang sangat penting dan berguna diprogramkan untuk membuka peluang pekerjaan yang luas untuk semua yang berminat. Antara peluang pekerjaan yang sesuai dengan kursus di Olives Academy termasuklah; krew kabin, juruterbang, peruncit dan perhotelan.

Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
  • Kursus Krew Kabin (Cabin Crew)
  • Kursus Skil Temuduga (Interviewing Skills)
  • Kursus Skil Khidmat Pelanggan (Customer Service Skills)
  • Kursus Skil Penyeliaan (Supervisory Skills)
  • Kursus Kecantikan dan Imej Diri (Grooming and Personal Image)
  • Kursus Skil Kepimpinan (Leadership Skills)

 Siapa Yang Patut Menyertai Olives Academy

Mereka yang patut menghadiri kursus di Olives Academy adalah mereka yang
  • mahu berjaya dalam kerjaya yang dipilih
  • mengimpikan pendapatan sehingga RM10000 atau lebih sebulan termasuk elaun
  • mahu melihat potensi dalam diri dan mencapai target peribadi
  • ingin mengetahui tanggungjawab dan pekerjaan krew kabin
  • muda, dinamik, mesra dan berani.
  • mahu melihat dunia dan menjelajah dunia
  • mahu mencapai cita-cita dalam industri penerbangan
  • percaya bahawa dapatan ilmu tiada pengakhiran
Para peserta sangat digalakkan untuk memakai hijab sepanjang tempoh kursus. Added value di situ kan? Usaha yang bagus untuk menyedarkan kepentingan hijab dalam bidang pekerjaan profesional yang glamour oleh Olives Academy. I am a proud fan of yours. :)

Untuk Mereka Yang Berminat Menyertai Olives Academy

A. Kursus Cabin Crew selama 3 bulan- Bermula dari 16 Februari 2015 

B. Bengkel Sempena Musim Cuti Sekolah Di Olives Academy

 

1. Bengkel Kecantikan dan Imej Diri untuk pelajar- 24 atau 26 atau 27 Disember 2014


2. Bengkel Teknik Temuduga untuk pelajar- 28 atau 29 Disember 2014

Kenali Puan Zaiton, Ketua Jurulatih di Olives Academy


Puan Zaiton telah bekerja dalam bidang khidmat pelanggan dan hospitaliti selama hampir 19 tahun. Beliau juga sangat berpengalaman dalam pengurusan projek, pengurusan operasi, skil manusia, rekrutmen, pengambilan pekerja, latihan dan pembangunan, penjualan dan pemasaran, dan strategi perniagaan.

Puan Zaiton memperhebat skil dan kemahirannya semasa terlibat dengan Malaysia Airlines, Starbucks Coffee (UK), Caffe Nero (UK, Shah Alah), Concorde Hotel (KL), Air Asia, Hard Rock Hotel (Penang), Emirates Resort Hotel (Dubai), CWA Financial Advisor Leadership Development Forum and Eaglex Air Charter (KL dan Jeddah). Produk luar negara dan dalam negara jugak beliau ni tau. Jangan memain.

Jadi, korang tak perlu ragu-ragu dengan jurulatih yang akan melatih korang. Yakinlah dengan jurulatih di sana. Puan Zaiton memang seorang yang pakar dan berpengalaman dalam bidang ni. Jangan lupa korek rahsia dan tip semaksimum mungkin daripada beliau sepanjang kursus nanti tau?

Siapa yang nak join Kursus Cabin Crew 3 Bulan untuk bulan Februari, hubungi


Direct Message: Facebook Muja
Whatsapp: 01126947035
Email: mujagirl92[at]gmail.com
------------------

Semua maklumat penting aku dah bagi
Sekarang korang berhentilah goyang kaki
Takkanlah nak duduk saje saje tak bergaji
Jom ramai-ramai join Olives Academy. :D

ps- kalau aku bukan seorang bakal guru.. mmm.. pramugari kot. hehee :P

No comments:

Post a Comment