Setelah 4 Bulan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, December 07, 2014

Setelah 4 Bulan

Setelah 4 Bulan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah 4 bulan kami bertunang, barulah jumpa balik sempena cuti sekolah. Tambah pula seminggu tunggu untuk jumpa. Giler tak lama? Giler tak ngamuk? Padahal I know he has valid reasons to do that. Biasalah, girls are always right, remember? Perempuan kan? :P

Dah baca entri Nik Nashram Datang Merisik?

Nasihat aku untuk korang, kalau boleh elak pjj, mohon elak. Perit bebenor. Lama tak ada kisah jiwang aku di blog ni. Agak fobia bila pernah ada blog yang kritik aku berjiwang. Sekarang jiwa dah kental sikit so back to normallah pulak sekejap. Aku just nak share my life in my blog with my readers. Nanti aku sambung cerita yang tak berapa jiwang k. Bagi can kat aku pliz?

Konon tak rindu.. Fuiii

Aku ada mencipta hashtag #pjjituindah di Instagram aku, tapi percayalah, pjj ini tak berapa nak indah sebenarnya. Tambah-tambah kalau sorang annoying, sorang sensitip. Dalam tempoh 4 bulan ni, dah berapa perang dunia dah aku dengan tunang aku nih. Nasib baiklah aku setia, tunang aku penyabar. Kalau tak? Korang memang takkan dapat baca dah entri ni. Memang haru. T_T

Bila dah bertunang ni, aku terpaksa akui apa yang orang cakap selama ni,'tempoh bertunang itu banyak dugaan' yang selama ini aku ragui. Selama ini aku tak percaya. Aku sendiri tak tahu kenapa. Kalaulah tahu macam ni, kawin terus jelah senang. Mohon jangan contohi aku. Tempoh bertunang tak indah mana. Dugaan banyak. Mungkin macam yang adik aku cakap lebih kurang macam ni;

'Syaitan tengah usaha untuk gagalkan usaha membina masjid sebab perkahwinan ini terlalu banyak hikmahnya. Sabarlah'. 

Terima kasih sangat my sister. Selalu rasa engkau ada walaupun engkau jauh. :')

My hobby: We both take a selfie. :3
Tambah-tambah kalau sampai the time of the month. Ada je benda yang buat aku annoyed dengan dia. Kengkadang kesian juga but I just can't help it. Sama ada aku piyed buat aku sakit hati, atau dia sentiasa pilih untuk menyakitkan hati semasa aku piyed. Aku tak nak. Siyes. Tapi kan, rasa perit berpjj ni memang tak tertahan. Banyak je negativiti menyerang. Banyak je sebab aku nak nangis. :'(

Kalau tak nampak gembira lagi tak tahulah tu. Hik3

Thanks a lot my fiancee for being so patient with me, for trying to adapt with my behaviour. Sorry for hurting you. Salu mintak break off padahal dalam hati tak nak, sambil berdoa you won't agree. Hahaha. You really keep your promise. Ingat tak saya ada mintak abang janji takkan setuju kalau saya mintak putus? Saya buat macam tu sebab saya memang suke abang pujuk saya. Hehehe.

Excited giler cari baju dengan skirt sebab dia nak balik. Bila jumpa, 'Eh, macam baju nurse' Tak annoying lagi ke cenggitu??

Sebenarnya aku nak tepek gambar usaha damai aku dengan tunang aku ni je. Takut laptop masuk virus ke hape, tak de la menyesal mana. Ekekekee :P

ps- Tak tahu la kenapa aku rasa entri ni macam ada yang tak kena. Mmm. Korang rasa?

4 comments: