Tip Membeli Barang Secara Online Oleh Abbang- Apa Nak Buat Sebelum Bayar? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, December 17, 2014

Tip Membeli Barang Secara Online Oleh Abbang- Apa Nak Buat Sebelum Bayar?

Tip Online Shopping Oleh Abbang- Apa Nak Buat Sebelum Bayar? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Online shopping memang best dan buat kita teruja. Tengok gambar, bayar, dapat barang. Senang. Sambil golek-golek atas katil pun boleh shopping. Tapi, membeli barang secara online-lah yang menyebabkan beribu-ribu mangsa ditipu setiap hari.

Aku pun pernah tergolong dalam senarai mangsa tersebut. T_T

Kita nak pengalaman shopping yang memuaskan hati and tak hingin kena tipu secara online kan? Jangan jadi macam aku masa noob dulu. Jadi bacalah tip oleh abbang ni secara detail dan apply dalam kehidupan seharian. Aku tak nak bias kat mana-mana pihak sebab I am both a seller and a buyer.  Yang penting tip online shopping daripada my beloved tunang ni dulu. Okay? :D

Baca- Testimoni Muja Guna Vitamin C Pahang Pharmacy 

Tip Membeli Barang Secara Online, tip online shopping, tip shopping online, tip membeli barang atas talian
Yang baju hijau tu pun giler beronline shopping. Cemana dia nak save money cer gitau dia! :@

Tip Memberi Barang Secara Online- 

Berhati-hati Adalah NOMBOR 1!

Situasinya, kita dok scroll Intagram or Fanpage sebuah online shop. Barang dia memang yang kita dah idamkan lama. Termimpi-mimpi.  Gambar dengan harga barang tu memang menarik. Yelah, testimoni dia kebabom sangat. Perghh! Cantik giler. Pandai photographer dia . Mesti cuba nih. Macam mana nak order ni. Ok scroll lagi. Dapat contact number. Yes! :D

But wait before you simply give money to the sellers!!!

Duit bukan senang dapat. Usaha bagai nak rak. Jangan sesenang bagi kat orang yang kita tak kenal. Jadi, before korang contact penjual tu, korang kena ikut tip kat bawah ni. Kata nak shopping. Shopping kena sampai puas hati tau. :D

Baca- Testimoni Muja Guna Krim Herba Kemboja

  1. Fikirkan bajet berapa yang kita mampu laburkan untuk produk tersebut. Kalau tak mampu, cari produk lain yang lagi murah. Atau dari kedai lain. 
  2. Fikirkan dulu sama ada ia adalah keperluan atau kehendak. Kalau keperluan, beli. Kalau kehendak, pastikan ianya berbaloi untuk dibeli. Dua-dua berakhir dengan beli. :P
  3. Cari maklumat tentang barang; harga, testimoni, review, kelulusan, cara penggunaan, tanya pengguna sebelum ini. Tanya peniaga? Opkosla dia bagi yang positif je.
  4. Pilih online shop yang dikehendaki- paling bagus kalau berdaftar dengan SSM, ada bukti penghantaran dan penerimaan barang (gambar, Screen shots, komen pelanggan sebelum ini), mesra pelanggan, harga yang berpatutan.
  5. Hubungi penjual dan tanya sikit-sikit perkara yang belum pasti. Nombor akaun, cara pembayaran. Kalau melibatkan barang bernilai tinggi seperti emas, korang boleh mintak gambar ic untuk korang Google no ic tu. Takut tersenarai dalam list online scammer. Tanya maklumat yang tak boleh Google. Yang hanya penjual boleh jawab.
  6. Jangan senang-senang bagi duit kat orang. Tambah-tambah yang kita tak kenal. Doa banyak-banyak supaya terlindung daripada ditipu. Kena yakin betul-betul dulu baru bayar.
  7. Dapatkan barang dan gunakanlah ia dengan penuh kebahagiaan. Happy ending. :D

Tip Membeli Barang Secara Online, tip online shopping, tip membeli atas talian, elak kena tipu oleh scammer online
Beliau, peminat tegar Lazada. Kih3

Tip ini akan memudahkan kita sendiri sebagai pembeli dan online seller sebagai penjual. Mudah dan menjimatkan masa. Aku dapat tip ni bila borak ngan abbang pasal my new passion iaitu online business. Pahit manis jugak aku bila berniaga nih. Pasal my online business tu, aku cerita lain kali. :D

Ya, akan ada orang cakap, ini general knowledge, tak perlu tulis entri pun tak pe. Beliau mungkin lupa yang manusia mudah lupa dan perlu diingatkan selalu. Kena bagi warning selalu. Kalau semua pengguna sedar, kenapa setiap hari beribu-ribu mangsa ditipu secara online? Peringatan itu penting.

Ditipu online memang benda yang kita nak elak. Online scammers aka penipu yang suka menipu ni tak sedar yang dia bukan je menyusahkan buyer, honest online buyer macam aku ni pun terkesan bila ramai orang yang takut nak beli barang online. Sebab takut ditipu. Pfftt!!

By the way, kami maybe susah di dunia. Korang susah di akhirat. Serve you right scammer! Wassalaam.

#tipmembelibarangsecaraonline #onlineshopping #shoppingonline #membeliatastalian #mujajualyangini


2 comments:

  1. nani biasa beli online dengan kedai yang besar besar je. hahaha :p
    sebab takut kena tipu lahh kalau beli dengan seller yang tak tahu hujunng pangkal jualannya tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. better gak beli online kat lazada ke.. zalora ke.. yg established.. hrga pun murah.. tp ada gak brg yg kita nak tak de kat sana.. huhuu

      Delete