Warung Pak Mat, Pulau Pisang, Kelantan- Bukan Sebarang Warung - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 20, 2014

Warung Pak Mat, Pulau Pisang, Kelantan- Bukan Sebarang Warung

warung pak mat, pulau pisang, warung pak mat pulau pisang, sup kepala ikan, teh tarik madu, tempat makan sedap kelantan
Peminat setia Warung Pak Mat. We love Warung Pak Mat! Oyeahhhhhh
 
Warung Pak Mat, Pulau Pisang, Kelantan- Bukan Sebarang Warung | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Salah satu benda yang aku cukup bangga dengan negeri aku Kelantan mestilah sebab orang Kelantan ni ramai yang terer giler masak. Honestly, tak termasuk aku. T_T

Lama dah nak tulis pasal makan kat Warung Pak Mat ni. Dah masuk kali ke berapa entah pergi sana, baru sekarang update sebab dah dapat amik gambar the way I want. Selalunya, bila, pergi mesti ada je yang tak kena. Lupala, hujan la, tutup la. Lama la pulak tak pergi Seoul Garden. *tetiba

warung pak mat, warung pak mat pulau pisang, sup kepala ikan sedap, teh tarik madu, tempat makan sedap di kelantan
zie, kak, cik. bahagia bila tercapai impian makan kat Warung Pak Mat sama-sama. :')

Alhamdulillah, dalam musim hujan rezeki aku gi sana sebab adik aku si Faizah. Plus, dia belanja. Jarang kot si budak kupit ni nak habiskan duit untuk kakak dia. Salunya kakak dia ni la yang jadi mesin ATM. Len kali, nak bawak makan kat Nasi Ulam Cikgu je. Murah banyak. Kah3

Warung Pak Mat- Kedai Makan Sedap di Kelantan


warung pak mat pulau pisang, makan di warung pak mat, warung pak mat, tempat makan sedap di kelantan, sup kepala ikan, sup ikan siakap, teh tarik madu
Macam sesuai kalau Pak Mat buat aku jadi model beliau. Mohon sesape sampaikan kat beliau. TQ.

Ada dua benda yang palin best kat Warung Pak Mat ni; Sup Kepala Ikan dengan Teh Tarik Madu. Yang aku pernah rasa hanyalah teh ais madu je, sup ikan siakap belum ada rezeki. Mungkin len kali aku lak yang order sup ikan aku show kat korang k. :P

Harga Sup Ikan Siakap: RM30
Harga Teh Ais Madu: RM3

teh tarik madu, teh ais madu, warung pak mat, warung pak mat pulau pisang, sup kepala ikan
Teh Tarik Madu aka Teh Tarik Madu. Berbuih buih seyyyh. Jangan sampai korang buat misai dengan buih dia nih.
Aku rasa harga memang agak affordable, tapi bagi students macam kami ni tak leh la gi selalu. Kopak jugak nanti. Kalau setakat nak pergi setiap kali lepas exam buat hilang stress tu, boleh lagi kot. Teringat hari tu pergi lepas exam, boleh pulak tutup. Gi lagi sekali. Tutup lagi. Sabo jelew.  -_-

warung pak mat, warung pak mat pulau pisang, tempat makan sedap kelantan, sup kepala ikan, teh tarik madu
Masa aku memula sampai, korang takkan nampak meja kosong macam ni. Ni dah surut sebab dah lepas peak hour.

Zie ada bawak balik sup ikan untuk umi. Ikan yang kami dapat tu kecik sebab bahagian ekor je. Dapat harga RM15. Last piece dah masa tu. Syukur sangat still dapat. Sedih giler pergi dapur umi dah dok ratah ikan and tak sempat ambik gambar. Aku masih tak puas hati sampai sekarang tau. Grrrr..

Untuk tempahan, hubungi: 013-9198131

Kepelbagaian Di Warung Pak Mat, Pulau Pisang, Kelantan  


warung pak mat, warung pak mat pulau pisang, sup kepala ikan, teh tarik madu, tempat makan sedap kelantan
Macam-macam ada kat Warung Pak Mat ni.

Warung Pak Mat- ABC Rambo Yang Awesome! 


abc rambo, abc dengan ais krim, ais krim kelapa, abc kelapa, air batu campur, air batu campur dalam buah kelapa, warung pak mat pulau pisang
ABC Rambo yang marvellous and delicious. Satu nikmat dunia di kala panas terik! :D

Masa memula aku pergi dulu, kedai Air Batu Campur Rambo ni tak de lagi. Then, ada lak aku nampak. Kedai dia macam kiosk je. Duduk dalam kawasan Warung Pak Mat jugak tapi bayar asing. So, korang kena gi order kat kiosk dia, bagitahu meja kat mana, nanti dia hantar.

Sejak ada kedai ABC Rambo, lagi bernafsu aku nak pergi Warung Pak Mat ni. Sedap giler! ABC campur ais krim, disumbat padat dalam buah kelapa. Kat bawah tu ada kelapa yang diparut. Terbaik! Harga pun murah. RM5 je. Compared to ABC sadis yang aku try kat PCB, memang jauh beza. T_T

Harga ABC Rambo: RM5

Kelate River Cruise: River Cruise dan Banana Boat

warung pak mat, kelate river cruise, river cruise sungai kelantan, river cruise di warung pak mat
Tak berpeluang lagi river cruise, so kita amik gambar latar belakang river je. Sadis. T_T

Kalau korang ada lebih masa, jangan lepaskan peluang untuk rasai pengalaman Kelate River Cruise, Banana Boat. Aku tak pernah lagi try yang kat sini. Jadi, korang masih ada peluang untuk try dulu daripada aku. Aku pernah beriver cruise masa gi Taman Tamadun Islam. Best woo!!! :D

Hubungi: 013-96712012

Warung Pak Mat dengan Juara Ikan Bakar Yang Berjiran


Kat sebelah Warung Pak Mat, ada restoran Juara Ikan Bakar. Pun aku belum try. Bagi peminat ikan bakar, korang masih berpeluang try dulu sebelum aku. Nama pun dah ganas. Aku bet mesti sedap dan berbaloinye. Silap silap, aku yang tak berapa suka ikan boleh jatuh cinta. Kih

Hubungi pihak Juara Ikan Bakar: 012-9685361 / 017-9555361

Ingat Makanan Sedap, Ingat Warung Pak Mat, Pulau Pisang!

Ada juga makanan lain disediakan kat Warung Pak Mat ni, terutamanya untuk yang tak berapa nak berselera tengok sup kepala ikan, macam aku. Jangan risau. Bukan sup kepala ikan je ada kat sini. Aku pun tak makan kepala ikan. Jangan lupa cuba makan kat Restoran Terapung BB Joran juga.

makan sedap di warung pak mat, tempat makan sedap kelantan, makanan kelantan sedap, sup kepala ikan, teh tarik madu
Dalam minggu belajar exam semester 4. Boleh lagi drive jejauh semata-mata nak makan kat Warung Pak Mat
Aku suka sangat nasi ayam gulai kat Warung Pak Mat. Perghh! Sedap giler. Ikan siakap gulai dengan ayam masak merah pun ada. Semua my all-time favourites. Rugi datang Kelantan tak jengah Warung Pak Mat. Scha Al-Yahya pun datang sini masa melawat Kelantan hari tu. Eceyh bangga.

nurmujahidah, mujadafewa, muja makan di warung pak mat, muja di sungai kelantan, kelate river cruise
Bila la boleh lunch date dengan abbang kat Warung Pak Mat ek? Pastu river cruise. Syoknyer!!! :D

warung pak mat, makan di warung pak mat, taman permainan kanak-kanak
Tempat bermain kanak-kanak so that dorang tak ganggu korang tengah syok hidup sup kepala ikan. Korang pun boleh main kalau sudi. :P

Walaupun tahun ni bukan Tahun Melawat Kelantan, tapi mohon datanglah ke Warung Pak Mat ni terdatang ke Kelantan sebab memang pengalaman makan kat sana buat korang nak datang lagi dan lagi. Eh, macam aku. Jalan-jalan Cari Makan pun pernah datang sini k. Class gittew.

ps- korang rasa kalau pergi Hatyai, aku patut try makan apa kat sana?

Wassalaam.


4 comments:

  1. aaaaa. sedapnyaaaa. tetiba teringat minum air milo dekat marung milo tunggeng dekat kelantan.tunggu muja kawen lah baru nak gi kelantan. ehhhh. hahaha

    ReplyDelete
  2. Saya yang duduk Kelantan pun belum pergi lagi ke Warung Pak Mat. Sebabnya orang-orang yang dah pergi cakap lama nak dapat serve. Betulka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada org ramai ke tak la.. sup ikan tu mmg kna amik sndiri kat kaunter.. beratur.. ramai sgt.. tp tu la.. kalau dah dpt makann tu.. berbaloi trus rasanya menunggu.. hehe

      Delete