Lirik Lagu Roman Cinta oleh Mojo- Lagu Pencetus Fenomena! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, January 26, 2015

Lirik Lagu Roman Cinta oleh Mojo- Lagu Pencetus Fenomena!

Lirik Lagu Roman Cinta oleh Mojo- Lagu Pencetus Fenomena | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebelum ni, aku dengan je lagu Roman Cinta oleh Mojo di radio dalam kereta. Selagi tak naik kereta, memang tak la aku dapat perkembangan dunia muzik Malaysia nih. Malas nak bawak radio pergi asrama. Tak masal lepas 2 minggu, kena rampas. Iols tacim! :'(

Lirik Lagu Roman Cinta oleh Mojo, roman cinta, kumpulan mojo, roman cinta mojo, mojo, caliph buskers
Ahli Kumpulan Mojo yang terbaru tanpa Aweera.

I love to sing, but not really into listening songs. Selalunya, dengar je lagu yang aku suka, nyanyilah sekali. Kalau sengsorang lagi syok. Tapi bila aku dengar lagu Roman Cinta nyanyian kumpulan Mojo dengan Caliph Buskers semasa Anugerah Juara Lagu 2014, tergerak juga akhirnya untuk update blog bersawang aku ni dengan lirik lagu Roman Cinta ni.

lirik lagu, lirik lagu roman cinta, roman cinta, lagu mojo, caliph buskers
Caliph Buskers. Hebat derang nih. Salute from Kelantan! :D

Seriously, hebat giler kot vokalis pilihan Edry daripada Caliph Buskers untuk menggantikan vokalis asal kumpulan Mojo, Aweera yang telah keluar dari Mojo untuk bergerak secara solo.

Lirik Lagu Roman Cinta oleh Mojo



Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentuk melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala
Meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya cinta
Agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati roman cinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali roman cinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya cinta
Agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati roman cinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali
Roman cinta yang kau bawa pergi

Itulah hatiku rasa roman cinta

-----

Dengar-dengar cerita, hebat gak kontroversi Aweera si bekas vokalis kumpulan Mojo dengan Edry KRU pasal sape yang akan jadi vokalis malam Anugerah Juara Lagu tu. Harapan aku, korang dua orang, profesionallah. Setel bebaik. Industri muzik kita ni dah la kecik. Gi maghi gi maghi, jupo hok tulo.

Peace no war. Wassalaam.

3 comments:

  1. best lagu ni. suka dengar. hangat jugak kann kontroversi diorang berdua tuu :)

    ReplyDelete
  2. memang power vokal Azmi Caliph Buskers ni...meremang bulu roma dengar dia nyanyi lagu ROMANCINTA malam AJL29 hari tu... :D

    ReplyDelete
  3. Menitik air mata mase tgk AJL hari tu, sebak plak OKU berupaya nyanyi dengan baik

    ReplyDelete