Seminar dan Taklimat Kerjaya Sebagai Pramugari dan Pramugara oleh Olives Academy - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, January 24, 2015

Seminar dan Taklimat Kerjaya Sebagai Pramugari dan Pramugara oleh Olives Academy

Seminar dan Taklimat Sebagai Pramugara dan Pramugari oleh Olives Academy | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dulu aku pernah kongsi ngan korang pasal Program Persediaan Kabin Krew untuk mereka yang berminat dengan industri penerbangan yang selama 3 bulan.

Ramai yang berminat tetapi terpaksa membatalkan niat untuk sertai program itu sebab kekangan masa, tempat yang jauh dan faktor kewangan. Sekarang, tak perlu risau dah pasal tu semua sebab Olives Academy dah memulakan program seminar dalam tempoh sehari secara bergerak dari satu negeri ke satu negeri dengan bayaran serendah RM180 sahaja!

Seminar oleh jurulatih dengan pengalaman bekeja di serata dunia selama belasan tahun dengan bayaran serendah itu??? Biar betul..

Betullah. Tidak percaya? Percayalah. Harga asal untuk seminar seharian ini RM250 tau. Dengan budi bicara pihak akademi, dorang bagi diskaun RM70 untuk mereka yang mendaftar sebelum 9 Februari 2015!!! Banyak boleh jimat kalau bertindak cepat tuuu. Baik daftar cepat. :D


kerjaya pramugari, kerjaya pramugara, seminar pramugari, seminat pramugara, taklimat pramugari, taklimat pramugara, olives academy
7 Mac 2015, di Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai, Johor. Tak lama lagi di Kelantan. Nak joinlah! :D


Tujuan Seminar dan Taklimat Kerjaya Sebagai Pramugara dan Pramugari


  • memberi manfaat kepada individu yang ingin menceburi bidang penerbangan sebagai pramugari dan pramugara
  • mempelajari teknik dan tips untuk menghadiri temuduga
  • mempelajari teknik cara berpakaian, berjalan dan tatarias wajah
 

 Yang Patut Hadir di Seminar dan Taklimat Kerjaya Sebagai Pramugara dan Pramugari 

 
  • mereka yang ingi mengejar impian untuk menjadi pramugari dan pramugara
  • mereka yang ingi menimba ilmu dan pengalaman
  • mereka yang suka mengembara dan mengelilingi dunia
  • mereka yang sangat dinamik dan suka berinteraksi dengan pelanggan
  • mereka yang tidak pernah berputus asa untuk berjaya
  • mereka yang berumur 18 hingga 35 tahun sama berhijab (sangat digalakkan) atau tidak

Aturcara Seminar dan Taklimat Kerjaya Sebagai Pramugari dan Pramugara


  • 9.30am-10.00 am   : Pendaftaran
  • 10.00am-10.30 am : Pengenalan syarikat dan sesi suai kenal
  • 10.30am-10.45am  : Rehat
  • 10.45am-12.00pm  : Kemahiran perkhidmatan pelanggan
  • 12.00pm-1.00pm    : Peranan dan tanggungjawab
  • 1.00pm-2.00pm      : Makan tengah hari
  • 2.00pm-3.00pm      : Tatahias diri dan imej peribadi
  • 3.00pm-4.00pm      : Teknik dan tips temuduga
  • 4.00pm                    : Tamat

Akan Diberikan Percuma di Seminar dan Taklimat Kerjaya Sebagai Pramugari dan pramugara 


  • sarapan pagi dan makan tengah hari
  • sijil menghadiri seminar
  • rundingan kerjaya

Seminar ini dianjurkan oleh syarikat bumiputera untuk mereka yang betul-betul berazam untuk mencapai cita-cita dalam industri penerbangan, tapi yang bakal jadi cikgu macam iols pun boleh join. Yelah, semua orang pun akan hadap temu duga moment kan? Semua pun suka conteng muka ngan mekap macam iols kan?

Harga serendah RM180 sahaja termasuklah sarapan, lunch, rundingan kerjaya. Alaah, nape baik sangat ni.. Terharu tau.. T_T

Kalau rasa nak join, boleh hubungi Muja secepat mungkin di:

01126947035- Whatsapp, Wechat, Telegram
Email - Mujagirl92[at]gmail.com

ps- Aduss, lambat lagi ke nak buat kat Kelantan ni. Tak sabar nak belajar mekap cantik untuk abbang dan belajar cara temu duga untuk SPP nanti. Betul tak abbang?

Wassalaam.

1 comment:

  1. Pernah gak pergi kursus kat AirAsia academy untuk blogger airAsia hari tuh. Penat weh main terjun air tuh..hahaha

    Muja Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

    http://bit.ly/ambankamir

    ReplyDelete