Pantai Mek Mas, Pantai Cantik di Kelantan- Outdoor Photography Session di Sini? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, February 21, 2015

Pantai Mek Mas, Pantai Cantik di Kelantan- Outdoor Photography Session di Sini?

pantai mek mas, pantai cantik kelantan, pantai cantik, pantai cantik malaysia

Penggambaran Gimik KBP di Pantai Mek Mas, Kuala Besar, Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku bukanlah orang yang sukakan tanggungjawab, tapi untuk semester ni, aku memang berharap to build on my leadership skill. Masa tak tunggu kita.

Tak sampai dua tahun lagi, dah nak habis dah masa aku di IPGKKB. So, I really feel that I have to try to lead no matter what. Kalau tak try, aku takut I won't be able to become a good teacher nanti.

pantai mek mas, pantai cantik, pantai berbukit, pantai cantik di kelantan, pantai cantik di malaysia
Pantai Mek Mas dengan struktur pantai berbukit dengan hutan pokok ru.

KBP adalah singkatan bagi Kejohanan Balapan dan Padang yang menggantikan nama Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) untuk tahun-tahun sebelum ni. Tahun 2015 adalah tahun pertama dan terakhir IPGKKB akan menggunakan nama KBP sebab mulai tahun depan, kejohanan sukan akan digantikan dengan program merentas desa pula.

Aku sendiri masih tak tahu nama yang akan diguna tahun depan. Mungkin Merentas Desa je kot. Lame. Kih3

Memang kitorang gi Pantai Mek Mas nak melompat pun. -_-

Risau jugak bila kelas aku dapat tugas uruskan majlis pelancaran, gimik pembukaan dan penutupannya tahun ni. Bukan benda senang, bukan benda kecik. Boleh dikatakan satu bench mark whether KBP yang kitorang anjur ni hebat ke tidak. Malu tau kalau orang booo. T_T

Tapi, dah memang takdirlah kitorang yang kena tahun ni, so nak tak nak kena hadap. Ditakdirkan jugak, aku terangkat tangan masa dorang tanya sapa yang nak jadi wakil pelajar kelas aku for the programme. Aku rasa ok la sebab aku dah memang koordinator subjek Olahraga.

Cubaan terbang seorang Mujadafewa untuk terbang fail. :'(

As to give the best for our responsibility this time, kitorang buat keputusan untuk membuat penggambaran di Pantai Mek Mas, yang memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Laut membiru, struktur pasir pantai yang berbukit, pokok ru.

Memang sesuai sangat pasangan pengantin beroutdoor kat sini. Mungkinkan pengantin itu aku dan abbang? Wallahua'lam. Tapi macam jauh sangat je dari rumah.

Nak gi mana tu Mirah?

Nak pergi Pantai Mek Mas memang agak jauh. Yang aku mampu cakap, masuk jalan ke Pulau Pisang macam nak pergi ke Warung Pak Mat, then masuk jauuuuuh lagi. Aku pun tak reti nak describe. Sempat jugak makan langsat before sampai. Sadis sungguh. Dah la hari dah sangat petang.

Nasib ada antara kami yang dah pernah pergi sana.  Kalau nak senang, guna Google or Waze je ye. Huhuu

With my gym partner. Dia dah turun 5kg tanpa supplement tau. Salute! :D

Shyly, aku nak mengaku yang tahun ni was the first time aku dengar nama Pantai Mek Mas daripada Syu, padahal aku orang Kelantan. Mentang-mentang orang Kelantan panggil orang perempuan dengan nama 'mek', terus pantai pun letak mek.

Laki-laki jangan jelez sebab tak de yang namanya Pantai Awe Mas. ^^

My beautiful bender. Nini and Kamini. Tq so much for your help! :D
Memang tak dinafikan pemandangan kat Pantai Mek Mas memang best. Lagi-lagi time matahari nak terbenam. Romantik seyh. Kalau dok kat atas bahagian berbukit then tengok kat si matahari, rasa macam. Subhanallah indahnya alam! Itu aku yang kata.

Kata kawan aku pulak, tempat camni best berkhalwat. Bengong punya kawan. Kah! :P

Scene main yoga then tetiba guru yoga pengsan. Lawoookk!! Hahaha

Dengan pemandangan yang jenjarang kitorang boleh tengok, kemain lagi kawan-kawan aku dok amik gambar kreatif. Melompat dalam bulatan matahari terbenam adalah yang paling best bagi aku. By the way, masa aku pergi, ombak agak mengganas.

Macam tahu-tahu aku nak datang, terus buat welcoming gesture. Tengok je pun dah meremang bulu roma. Mungkin, I went not at the right moment. Huhuu T_T

Jenjarang aku rasa bangga dengan gambar yang aku capture but I am with this picture. :D

Bangun Haziq!

Lawak giler tau dorang ni. They've made my day. Hahaha

Mohon doakan budak ni kurus sebab beliau berkahwin tak lama lagi. :D

Lama weh aku tak jejak kaki ke pantai. Aku sendiri tak ingat dah when was the last time yang aku pergi mandi pantai. Without me noticing, masa aku tengok ombak yang agak kuat di Pantai Mek Mas, aku rasa aku makin takut dengan air laut, specifically dengan the waves. 

Ombak besar weh. Maybe juga masih fobia dengan banjir yang aku tak terlibat pun sebenarnya. Alhamdulillah. Tq sebab dah baca sampai sini. Sekarang korang boleh gi buang air, mandi, dan makan. 

Wassalaam.

ps- abbang sayang saya tak?


4 comments:

  1. xpernh dengr pntai Mek Mah. tegk tulis Kuala Besar bru kenal. hehe btw lama dh xprg pantai >.<

    blogger klantan jugk ^_^ http://nikainaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. oho..

    cite gi pantai rupanya. Ingat gi mana tadi.

    ReplyDelete
  3. Seram jugak tengok ombak tu.. Mcm besar je ombak. Ni time angin kuat kot..

    ReplyDelete