Kejohanan Balapan Dan Padang 2015- KBP IPGKKB Pertama dan Terakhir - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, March 21, 2015

Kejohanan Balapan Dan Padang 2015- KBP IPGKKB Pertama dan Terakhir

Logo Kejohanan Balapan dan Padang 2015. Hebat. :D

Kejohanan Balapan dan Padang (KBP) 2015- Pertama dan Terakhir | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Di saat aku menulis entri ini, rasa rugi yang amat pulak bila aku tak ambil peluang untuk betul-betul timba ilmu pengurusan event besar-besaran macam KBP2015 ni. Bila orang pergi padang, aku tak pergi. Bila orang hias khemah, aku kat bilik. Siyes rugi! Sampai aku yang kengkonon atlet rumah Bintang ni tak join satu acara pun. Malangnya, masa bukan boleh kembali. Hanya mampu reda dah menyesali. :'(

TESLIAN UNITED! :D

Tapi, bila aku cakap aku tak timba ilmu betul-betul, tak bermaksud aku tak timba ilmu langsung okay. In fact, untuk KBP2015 yang bertemakan Benders ni, aku bangga sangat sebab kelas aku sudah menjayakan majlis pelancaran dan penutupan, pembikinan gimik dan lagu, penyediaan kostum, dan menyiapkan logo kbp. Even tema tu kitorang yang decide. Setiap rumah ada unsur tersendiri macam dalam filem Avatar. Rumah Ledang (Merah) unsur api, Rumah Tahan (Hijau) unsur tanah, Rumah Bintang (Biru) unsur air, Rumah Kinabalu (Kuning) unsur angin.

Mmm. Bila fikirkan balik, banyak jugak yang aku dah lalui sepanjang menjayakan. Tanpa benda yang kita buat, KBP2015 takkan berjalan dengan baik jugak kan? After all, we all need each other. Tak de yang kerja kurang, tak de yang kerja lebih.

Persediaan Majlis Pelancaran KBP2015

Persediaan pentas. 

It was not an easy task seriously! Nak fikirkan latar belakang dah berapa lama. Nak fikirkan apa gimik pelancaran amik masa lagi. Bila dah ada idea, kitorang habiskan seminggu untuk siapkan. Tiap malam berkampung kat dewan. Tak pe. Rela.

Cari dahan pokok untuk hias pentas.
Hanya mampu sumbat dahan pokok masuk kereta. Relakan aja.

Terima kasih kelas Tesl 3 sebab dah tolong kitorang siapkan latar belakang iceberg. Sobbbss. Terharu.

Letak pohon sakura walaupun macam tak kena je sebab latar belakang dia iceberg. Kah! -_-

Pembikinan video gimik KBP2015

Buat video gimik adalah the best part of KBP2015 for me. Sebabnya, aku belajar banyak pasal nak buat video which I just knew I love. I love acting actually. Teringat masa masuk story telling dedulu tau. Aku main watak Markonah and honestly, up to this moment, aku tak tahu nak cakap sama ada Markonah ni baik ke jahat. Dia tengah-tengah je. Boleh gitu? Untuk video gimik nilah yang kitorang shot kat Pantai Mek Mas. Best woooo!!! :D
Jadi model pun ok gak Bahij ni. Ehemm. :)
Melukis dan mewarna logo KBP2015. Aku surrender awal-awal. Aku adalah warna dalam 2cm squared area. Banyak r tu :P

Penampakan Annadiah yang telah banyak berjasa. TQ AN!!! :D

Majlis Pelancaran KBP2015  

Bagi kelas aku, majlis pelancaran KBP2015 adalah hari yang paling dinantikan sebab lepas majlis tu, kitorang dah boleh relax sikit, tapi paling mendebarkan sebab ia majlis yang akan jadi benchmark kejohanan sukan tiap tahun. Kalau cacat time ni, alangkah tercalarnya maruah kitorang. Huhuu

Perarakan masuk pembawa bendera.

It was indeed chaotic but we were all satisfied dengan hasilnya. Lepas berdepan dengan konflik dalaman yang bukan senang aku nak handle, masalah kehausan idea, akhirnya, majlis pelancaran KBP2015 berjalan lancar. Fuuuhhh! Tarik nafas pepanjang, hembus nafas lega. Even the Director pun puji. Sporting giler buat bending style to suit our theme.

Semangat je Tuan Pengarah buat stail ala-ala bending. Hahaha. He is just so cute and likeable! :D

Persembahan daripada maskot setiap rumah sukan. I was so amazed dengan kesungguh budak-budak junior. Tu je.

Nyanyian lagu tema KBP2015 oleh my classmate, Hakim. Azmeer dengan Naim yang tulis lirik. Bangga. Hnss hnss. :P

No caption.

Hari Kemuncak Kejohanan Balapan dan Padang 2015


I was quite disappointed sebab tak berjaya datangkan pancaragam daripada pihak tentera but it was fine actually. Suka sangat bila tengok buggy car dengan mini cooper berarak masuk padang. Pengarah dengan lecturers pun nampak excited, apatah lagi students dorang macam Si Muja tuh. Berlari-lari nak tengok macam tak pernah tengok.

Sukanya beliau. Mih mih mih

Hello? Sorry, I'm driving.

Padang IPGKKB macam dalam tahun 1986. :P

Ada dua orang. Dorang room mates. Dorang excited tengok mini cooper. -_-

Suasana atas pentas, congratulations Tesl 3 :D


Kanak-kanak riang dengan papa riang bila ada orang sua kamera. -_-

Perarakan masuk padang.


Fulamak! Kreatif sungguh bakal guru sekalian :D

Letak gambar orang tengah berlari untuk kasi nampak macam hari sukan lebih. ^^

Olahragawan dengan olahragawati terbaik tahun ini. Tahniah rumah Ledang! Dedua korang rembat. Huhuu

Manusia yang takut hitam bila di padang. :P

I love Chriszen Moist Cake sebab kat padang pun aku still paling cantik. *sila muntah Hahaha

Akhir kata, terima kasih dan tahniah untuk semua yang dah berusaha keras menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang 2015. Di peluang ini jugak, aku nak mintak maaf dengan segala kesalahan dan kelemahan sepanjang aku menjalankan tugas. Just to let you know, I am so much proud, I am so much happy dengan apa yang kita semua dah hasilkan dan kerjasama yang ditunjukkan. 

Tak malu aku nak cakap aku student IPG ambilan Januari 2013 yang dah berjaya menghasilkan KBP paling gempak. Buat junior, you watch out and be prepared k. Dengar citer takkan ada dah KBP, akan diganti dengan program merentas desa pulak. Insya Allah I'll participate if I've got the chance k. Alaaa, jangan nervous. Chillah. :D


Wassalaam.


2 comments:

  1. amboi pakai topi siap..takut gelap ke..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa skrg.. smpai la mjlis kawin settle.. gelap la yg pking mnakutkan.. hahaha

      Delete