Masa Untuk Bina Kerjaya Di Awan Biru!!! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, March 30, 2015

Masa Untuk Bina Kerjaya Di Awan Biru!!!

Masa Untuk Bina Kerjaya Di Awan Biru! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku baru dapat info yang sekarang ni Saudi Airlines tengah cari staf baru. Aku memang teruja nak bagi kat korang sebab mesti ada antara korang ni yang dah lama tepek gambar Awan Dania dalam bilik sebab nak bawak masuk mimpi jadi pramugari kan? Eleh, aku tahu la.. Kih3

Sedang Berlangsung Sekarang

Di banner je tulis tarikh tu, benda ni on-going lagi tau.

  1. Saudi Airlines Panel Screening Interview
  2. Universities Speaker
  3. Interview Personal Coaching
Kelayakan
  • wanita berumur 22 hingga 35 tahun pada masa permohonan
  • minimum kredit Bahasa Inggeris dalam SPM (boleh menulis, membaca dan bercakap dalam Bahasa Inggeris)
  • minimum ketinggian 212cm apabila berdiri atas jari kaki dan tangan ke atas mengikut standard ketinggian dan carta berat yang ditetapkan oleh Saudi Airlines
  • umur maksimum 35 tahun bagi krew kabin yang mempunyai pengalaman daripada syarikat penerbangan lain
Kelebihan
  • gaji bebas cukai dengan pelbagai elaun tambahan
  • percuma penginapan bersama berhawa dingin dilengkapi perabut
  • percuma/diskaun harga tiket berdasarkan polisi Saudi Airlines

Seminar Kerjaya Yang Akan Datang



Selain Saudi Airlines, Olives Academy pun tengah mencari peserta untuk Seminar Kerjaya di Awan Biru dan Program Persediaan Krew Kabin. Macam aku pernah update, Olives Academy kan ada buat program persediaan selama 3 bulan. Tapi, untuk yang bercita-cita nak join, tapi takut tak sesuai dan harga pun macam masih kurang mampu, korang boleh boleh  Seminar Kerjaya di Awan Biru dulu sebab seminar ni sehari je. Siap ada promosi RM80 je, dengan syarat kena cepat.

1. Seminar Kerjaya di Awan Biru


Tarikh: 25 April 2015
Tempat: Olives Academy, No. 5-2, Block A, Zenith Corporate Park, No. 1, Jalan SS7/26, Kelana Jaya 47301, Selangor.
Yuran: Berbeza mengikut tarikh (Pastikan cepat untuk grab harga paling murah k.)
Sebelum 3/4: RM80
14/4-18/4 : RM120
19/4-25/4: RM150
Aturcara Program:
9.30am-10.00am: Pendaftaran
10.00am-10.30am: Pengenalan syarikat dan suai kenal
10.30am-10.45am: Rehat
10.45am-12.00pm: Kemahiran perkhidmatan pelanggan
12.00pm-1.00pm: Peranan dan tanggungjawab
1.00pm-2.00pm: Makan tengah hari
2.00pm-3.00pm: Tatarias diri dan imej peribadi
3.00pm-4.00pm: Teknik temuduga dan tips
4.00pm: Tamat
Percuma
  • Sarapan pagi dan makan tengah hari
  • Sijil kehadiran
  • Perundingan kerjaya
  • Baucer hadiah
 -----------------------------------------------------------

Lepas korang dah rasa sesuai dengan jurulatih di seminar tu dan kerjaya di awan biru ni betul-betul masuk dengan jiwa korang, korang boleh la apply pulak untuk Program Persediaan Krew Kabin. Program ni akan ambil masa selama 3 bulan. Memang pengajaran dorang lengkap untuk semua yang betul-betul serius nak bekerja dalam kapal terbang. Kalau aku bukan cikgu, aku pun nak. Kih3

2. Pengambilan Baru Program Persediaan Krew Kabin

Bulan: April, Julai, dan Oktober
Untuk lebih rujukan, baca di - -) Program Persediaan Krew Kabin
Percuma:
  • Kelas Bahasa Inggeris
  • Perundingan kerjaya

Tujuan Seminar Dan Taklimat Kerjaya Pramugari/Pramugara

  • memberi manfaat kepada individu yang ingin menceburi bidang penerbangan
  • mempelajari teknik dan tips untuk menghadiri temuduga
  • mempelajari teknik cara berpakaian, berjalan dan tatarias wajah

Mereka Yang Sangat Digalakkan Hadir

  • yang ingin mengejar impian untuk menjadi pramugara/pramugari
  • yang ingin menimba ilmu dan pengalaman
  • yang suka mengembara dan mengelilingi dunia
  • yang dinamik dan suka berinterasi dengan pelanggan
  • yang tidak pernah berputus asa untuk berjaya
  • berumur 18-35 tahun
  • yang berhijab sangat digalakkan

Jurulatih Di Olives Academy


Puan Zaiton, orang kuat Olives Academy dah masuk newspaper hoiiih.
Baru hari tu update pasal Puan Zaiton, The Iron Lady kat entry Akademi Penerbangan, terus masuk paper. Bangga lak rasa. Puan Zaiton juga tak keberatan untuk buat personal coaching tahu. Boleh contact aku kalau nak. Tup tup aku yang hire dia untuk ajar aku. Kih3

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, contact aku, Muja di

01126947035 (Whatsapp, Wechat, Line, Call, SMS, as you wish)

Peluang keemasan macam ni tak datang selalu tahu. Takkan ada kejayaan yang besar tanpa langkah pertama. Mana tahu sekarang ni lah saat untuk memulakan langkah itu. Contact aku cepat ye. Aku tunggu. Wassalaam.

7 comments:

  1. akak ingat muja yang nak bina kerjaya di awan biru...tiba-tiba macam #ehhh adik i ni dah tak nak jadi teacher dah ke? hik hik hik...

    ReplyDelete
  2. tulah..ingatkan muja nak jadi pramugari..hehehe

    ReplyDelete
  3. tengok punya tengok ok dayah disqualified..min tinggi 212 T_T kita tnggi pun 156 jer..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ikut ketinggian atas kaki menjengket dengan tangan depa ke atas.. boleh lagi tuuu

      Delete
  4. untuk Saudi airlines min tinggi 154cm as long tangan boleh capai ketinggian 212cm dan kaki berjengket

    ReplyDelete
  5. pompuan saja jer ke?alaaaaaaaaa...nak jugak naik kapal terbng and g travel percuma..heehehe

    ReplyDelete