Muja Travel- Trip Murah Ke Pulau Perhentian Part 1 - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, March 30, 2015

Muja Travel- Trip Murah Ke Pulau Perhentian Part 1

Muja Travel- Trip Murah Ke Pulau Perhentian Part 1 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dah berzaman aku pergi Pulau Perhentian, baru nak update. Tu pun in the middle of assignment season. Haishhh. Students, jangan tiru cikgu. Rindu tapi malas. Nak update tapi.. Alasan lagi dan lagi. Huhuu.

Just to make you all jealous, last month, aku pergi Pulau Perhentian. Jeles tak jeles kan? Kah3. 20 orang pelajar TESL 2 dengan 4 buah kereta. I was so much happy sebab that would be my last class trip before i get married. I guess la. The first trip yang kitorang pergi kekita aja tanpa lecturer. Tq my friends sebab sudi bawak aku jenjalan jejak pulau sebagai seorang Cik sebelum aku bergelar Puan. Ekekekee.

trip murah ke pulau perhentian, pulau perhentian, muja travel, travelling tips
Menunggu bot di Kuala Besut sebelum ke Pulau Perhentian
tip murah travel ke pulau perhentian, pulau perhentian, travel pulau perhentian, trip to pulau perhentian
Nak travel murah ke Pulau Perhentian? Nah call no telefon kat gambar tu.
Aku sendiri dah lupa bila kali terakhir aku naik bot. Mungkin masa aku pergi ke Taman Negara Kuala Tahan few years ago kot. Punya lama. So I was quite excited tapi diam je sepanjang 40 minit Perjalanan dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian. Nervous kot sebab aku terbayang macam-macam benda yang aku nervous nak tulis kat sini. Terbayang scenes dalam filem yang bot terbalik bagai. Scary! Padahal tu semua my dirty imaginations je. Kah!

trip pulau perhentian, trip murah ke pulau perhentian, tip murah bercuti pulau perhentian
Excited, tapi takut naik bot

Tak tahu kenapa, trip kali ni, aku jadi lebih memerhati. Kawan aku cakap, aku macam hilang 2 hari kat sana. Cakap tak banyak, tapi i really enjoyed myself there. I really did. Cuma, mungkin sebab situasi dulu dan sekarang berbeza. Tapi, tak tahulah bezanya apa. Makin bot menjauh dari daratan, laut makin dalam, warna biru air laut makin pekat. Apa pun, bersedialah untuk letak bantal bawah bontot and for those yang mudah mabuk laut, mohon pilih seat yang belakang-belakang ok?

Kat Pulau Perhentian, line Digi memang tak de. So, no internet for me there. Maxis dengan Celcom insya Allah ada. Tapi, kalau kena tempat dia, Digi pun ada. Bergantung pada nasiblah. Nak kasi senang bagi those internet users yang tak leh kalau tak de internet, prepare Celcom date plan sesiap. Insya Allah ada line. Pay per use lagi ke ek sekarang? Tell me kalau tahu k.

trip murah pulau perhentian, muja travel, pulau perhentian murah
Cantik betul gambar air terpercik masa naik bot.

One thing about travelling, it will be much better kalau tour guide kita tu best. Yang nak aku stress kat sini, tour guide kitorang memang baik. Mungkin sebab dia orang pulau yang tinggal jauh dari bandar. Cara cakap pun dah lain. Sepanjang kat sana, dia selalu call nak tanya jadual kitorang. Salu suggest nak pergi memana. Masa nak cari penyu, sanggup cari kat few places sampai jumpa. Penyu tu pun satu, time time ni jugak nak menyorok.

Rupa rupanya, orang kat Pulau Perhentian cakap guna dialek Kelantan. Mungkin sebab dekat sangat dengan negeri aku tu. Daerah Besut je pun. Baguslah. Senang sangat aku nak berkomunikasi. Aku ni, bab nak cakap 'luwauu' susah sikit. Berbelit lidah. Korang yang tak pernah dengar aku cakap mesti tak tahu slanga Kelantan aku pekat giler. Nak tengok video aku bercakap, janji kat diri sendiri jangan gelak then baca entri Citra Mulia ni. Hahahahaha. Aku boleh gelak sebab aku tak janji pun. Kih3

trip murah ke pulau perhentian, muja travel, travelling tip
Suasana tenang di Pulau Besar, Pulau Perhentian.

Di Pulau Perhentian, ada Pulau Besar dan Pulau Kecil. Aku cukup puas hati dengan servis daripada Fauna Resort yang terletak kat Pulau Besar. Sunyi je tak de orang sangat. Lebih privacy. Kalau yang nak honeymoon bolehlah pilih Fauna Resort ni. Yelah, dah nama honeymoon, mesti nakkan suasana senyap dan tenang. Pulau Kecil hingar sikit sebab ada perkampungan nelayan yang ada banyak kedai.. Walaupun kat kampung nelayan tu tak de kereta, dia ada manusia. Manusia bercakap. So, hingar bingar jugaklah. Get it kan? Tak tahu nak tulis cemana biar nampak bertamadun sikit. Hehehe

trip murah ke pulau perhentian, muja travel, cuti cuti malaysia
Beratur tunggu naik bot.
Just for a friendly reminder, dalam senarai barang untuk bawak ke pulau, lebihkan sikit bab makanan. Pack la Milo 3 in 1 10 paket, maggi 5 bungkus, tak pun biskut satu bekas. Nak lagi jimat, share ngan kengkawan. Pastu, sebelum naik bot ke pulau, mohon amik lunch korang dulu then, bungkus dulu nasi kuah dengan sambal asing siap siap untuk makan malam. Pastikan juga makanan tu sedap. Bagi berbaloi bawak pergi makan kat pulau.

Penting sangat untuk korang buat benda ni sebab makanan kat pulau bukan macam makanan kat kedai nasi lemak sebelah rumah kau. Nasi goreng sepinggan pun boleh cecah RM8.  Teh o dah 4 hinggit. Mahal sebab dorang angkut bebarang tu guna bot dari tanah besar. Kos tinggi kat sana wehh. Haruuuu nak repeat makan 3 kali sehari. T_T

muja travel, trip murah pulau perhentian, tip travel murah pulau perhentian
Seronok sungguh layan jiwang tepi laut.
Tak banyak sangat yang aku boleh cerita untuk hari pertama. Kitorang gerak dari IPGKKB dalam pukul 2.15 petang, sampai kat Kuala Besut pukul 3.30 petang. Then kitorang tunggu sampai pukul 5 petang sebab Jiji hantar kereta kitorang kat rumah dia. Dalam pukul 5 petang kita sampai di Pulau Besar. Lepas solat Asar, terus makan tepi laut. Siap lukis meja kat pantai tu. Bebajet tengah candle light dinner satu kelas. Fuiii. Kah3

ps- dan dan je nak bercuti kat Pulau Perhentian, tetiba kedemaman. :'(
Wassalaam.

7 comments:

  1. best dapat bercuti dengan kawan2 =)

    ReplyDelete
  2. tengok punnn seronok jer mata akak ni...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jejak kaki ke perhentian lagi. Dalam perancangan pun takde. Maybe kena plan jugak kot satu hari nanti, orang tanya takde lah blur2 kan. hahaha

    ReplyDelete
  4. org besut memey kecek kelatey pon kak dioo.....ambo tau sebab ambo ore besut jugok..heheehe....akak Kelantanese ke?

    ReplyDelete