Sejak Aku Bergelar Dropshipper - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, April 02, 2015

Sejak Aku Bergelar Dropshipper

dropshipper, berniaga online, cabaran online business
Saje nak cakap, aku suka je jadi dropshipper. :)

Sejak Berniaga Online Sebagai Dropshipper | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun lepas, sebelum cuba bulan Disember, aku nekad cari peluang untuk cari duit lebih sikit melalui perniagaan dropship. Walaupun tak sehebat mana pulangannya, at least kalau aku nak beli my skincare tu, tak de la kena mintak dengan abah. Lagipun, aku kan nak kahwin tak lama lagi. Huu

I really think that banyak kelebihan berniaga secara online. Kebetulan kawan aku ada bukak peluang dropship untuk Krim Herba Kemboja. As I go along with my plan, i've gained a lot good and bad things and experience. Never ever you dare to judge a book by its cover. The cover never will determine what it has inside. Tengok orang jual macam-macam kat Facebook senang je. Nampak macam share gambar, orang order, dapat duit. Seriously, it was never that easy being a dropshipper. 

In fact, IT IS SO DAMN HARD! When we sell things, we deal with people and people are so complicated. You know how serious i am bila ada tanda seru di situ kan. Huhuuu

Dah baca lom entri lawat Taman Tamadun Islam?

Pengalaman Berniaga Di Waktu Banjir

Ingat tak kejadian banjir kuning yang melanda Pantai Timur tahun 2014 lepas? Peniaga memang teruk giler terjejas. Ada dua kejadian yang aku paling tak boleh lupa sepanjang banjir sebagai dropshipper.

Kalau korang semua nak tahu, hq Syma Beauty dan SyAdvance ada kat Kelantan sebab pemiliknya orang Kelantan. Sebelum banjir teruk, someone order dua set SBS. Aku memang dah order which means aku dah bank in kat hq. Tetiba, banjir teruk giler. Barang susah nak sampai. Orang yang tak berada dalam situasi kitorang memang takkan faham betapa teruknya keadaan masa tu. Supplier aku terperangkap, tak boleh nak gi pejabat pos. Kalau pergi pun, pejabat pos memang tak beroperasi.

Lastly, orang tu mintak refund. Aku bagitahu kat hq aku, tapi dia tak offer pun untuk bank in balik duit yang aku dah bank in kat dorang. Dorang just mintak suruh pelanggan tu sabar. Aku memang tersepit kat tengah. Lastly, aku decide yang barang tu pos je ke rumah aku dan aku refund balik 2 set Syma Beauty yang aku memang tak guna pun sebab pelanggan tu memang tak boleh sabar dah. Satu set selamat aku bagi kat tunang aku dan satu lagi aku bagi kat room mate. Settled with tears. T_T

Ada sorang pelanggan Vitamin C Pahang Pharmacy ni memang best. Dia order time in the middle of chaos jugak dan kebetulan stok vit c habis. Dah order dari Pahang tapi stok tak sampai jugak sebab Pahang pun banjir teruk. Masa tu aku memang tak kisah untuk refund sebab Sebab vit c ni memang dibankin dalam akaun aku dan aku sendiri yang pos. Beberapa kali jugak aku offer untuk refund dalam sebulan sebelum stok sampai, tapi customer tu sanggup tunggu. Begitu sekali dia percaya kat aku. Seriously, I was touched and as soon as produk dah kat tangan aku, aku terus pos.

Layan 4 Hari, Hasil Tarappappa


Ada sorang budak ni, dia nak order produk sebab kulit dia tak cantik. Siap bagi gambar kulit muka dia yang bagi aku, tak lah seteruk muka aku dulu. Aku layan je. Bagitahu harga, cara guna, compare produk itu ini. Suddenly, dia jadi indecisive nak beli yang mana. Tapi, dia ada bagitahu duit ada RM80 je. Aku cakap la, kalau ada RM80, beli produk ini la sebab produk satu lagi tu lebih daripada bajet. Then, dia dok tanya lagi dan lagi, pasal produk mana yang dia perlu beli. Kenapa manusia selalu tidak mampu untuk ukur baju di badan sendiri ye? Heran jugak aku.

Sampailah hari ke-4, aku tak tahan. Aku dah banyak habis masa layan beliau untuk hasil yang memang tak setara mana. Baik aku spend the time with my family, my fiancee. Rupa kuota je. Rugi wifi je. Aku terus cakap, 'Adik, dah hari ke 4 akak dok layan adik, adik serious ke tak nak beli. Bla bla bla' Pastu aku lupa dah macam mana dia reply and aku pun dah tak berharap untuk dia beli daripada aku. Biarlah, bukan rezeki aku. Mungkin aku tak apply sangat tip jual barang online. Huhuu

----

Pengajarannya, for those yang jual barang secara dropship, bagitahu siap siap kat pelanggan yang korang ada term NO REFUND. Yelah, dropshipper jual barang setelah dah bank in kat supplier. Kalau supplier jenis rajin nak refund tak pe, kalau jenis tak layan? Kita yang rugi. Lainlah kalau korang jual produk sendiri. Semua duit masuk akaun sendiri. Boleh refund bebila je kita suka. Boleh juga baca cara-cara berniaga secara online kalau nak more info.
Other than that, kita kena pandai detect pelanggan yang serious nak beli or sesaja nak dapat info percuma. Jangan bazir masa dengan orang yang tak boleh bagi hasil. Kita bukan hidup nak layan dia je. Kalau dia tanya macam-macam, i mean dah lebih 5 jam, tapi tak mintak nombor akaun korang, biarkan mesej tu Seen je. Dorang tak berminat pun nak beli ngan kita. Tup tup beli ngan orang lain. Kalau dorang betul-betul nak, dorang mesti dah survey kaw kaw pasal produk tu. Tinggal nak compare harga je. Kalau dorang tanya boleh tak beli kat luar, korang cakap je tak tahu.

Kena Ugut Report Polis


kena ugut report polis, cabaran busines online, dropshipper
No story here, korang judge la sendiri. Yang pastu, dia bank in RM100, aku bank in kat dia RM100 semula.
Ni baru sikit. Banyak lagi sebenarnya tapi ni je yang aku rajin untuk kongsi hari ni. Mungkin, kalau ada yang lagi rare, aku share lagi. Aku bukanlah nak jadikan online business as my priority sebab im gonna be a teacher. That is why kalau cust buat taik ngan aku, aku tak pujuk. Aku buat suka hati aku je. Aku tak rela la kena hina ke, marah ke just for RM15. Mungkin kalau one day aku lebih serious dengan perniagaan, i will learn how to control things because i am a very emotional girl if you want to know. Tak sesuai kot nak jadi business woman. But, i dont know. Things may change. :)

By the way, kalau aku rajin, aku update lagi sambungan kisah Aku dan Tunang Katangku. Janganlah majuk aku letak perkataan bersambung semalam. Syenyum syikiiit. Olololo omeynyaaaa.... ^^

Wassalaam.



3 comments:

  1. Berniaga memang kena banyak sabar sebenarnya. Saya pun ada hadapi masalah camni... nak puaskan hati 1000 orang memang susah

    ReplyDelete
  2. dugaan ...I can imagine how stress you are need to deal with that type of human being... ~~~

    ReplyDelete
  3. hihihi sheda ada try2 jugak buat dorpship nih... tapi masih baru lagii.. i dan belum nmpk hasil lg.. memang soronok klau berniaga.. so kena cube bnyak bidang dan cari yg betul2 sesuai ngan kita heeee

    ReplyDelete