5 Hajat Produk Kecantikan di Rakuten- Kontes Shopcoupons - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, May 14, 2015

5 Hajat Produk Kecantikan di Rakuten- Kontes Shopcoupons

5 Hajat Untuk Disempurnakan di Rakuten | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama dah terperam entri ni, jadi hari ni aku tekad nak sempurnakan jugak entri 5 hajat untuk disempurnakan di Rakuten. By the way, Rakuten ni sebuah portal untuk online shopping tahu. Macam-macam ada kat sana. Korang pun jenguk-jenguklah sebab ada banyak sales selalu ada. Mana tahu beli online lagi murah daripada beli kat kedai kat luar kan.

Ok, now back to the main story. Kalaulah aku diberi peluang untuk mendapatkan barangan daripada Rakuten, macam biasa, aku akan pilih produk untuk kecantikan. Bak kata kawan aku, ada satu benda yang paling menakutkan aku, takut nampak hodoh. It is not that I am beautiful, I just want to fell better prepared when facing the world. Gitchew. Satu lagi, kecantikan adalah satu perkara yang kita tak boleh nak consider to forget forever. Kecantikan juga satu perkara yang kita sentiasa punya di saat kita hilang segalanya tahu. Memang kena jaga leklok.

Well, I'm not yet a mother to look for cooking utensils kan? :P

1. Egyptian Magic Skin Cream

Nak Egytian Magic Skin Cream barang sebekas please.
First and for most aku akan pilih Egytian Magic Skin Cream. Boleh guna di seluruh bahagian badan termasuk rambut. Boleh jadi pelembap, krim bercukup, krim urut, penanggal mekap, kurangkan kegatalan kulit dan banyak lagi la fungsi dia. Memang sangat multipurpose sebab dia mengandungi 6 bahan paling berkuasa di dunia katanya. Kalau dapat sebekas, jimat duit. Tak payah banyak produk. Aku dah lama aim Egytian Magic sebab dia sejenis multipurpose cream yang diakui berkesan oleh selebriti termasuk Madonna dan Kate Hudson. Tengok muka cantik dorang tu. Korang rasa dorang nak guna kalau tak berkesan? Jeles tahu jeles?

2. Xeragel

Xeragel pulak sejenis gel silikon untuk merawat parut jerawat. Memang sangat aku perlukan sebab ia aku adalah manusia yang pernah mengalami fasa berjerawat yang sangat teruk. Sekarang, jerawat dah tak de kecuali time menstruation period tiap bulan, tapi bekas parut jerawat zaman dahulu kala tu memang masih jelas sangat. Berlubang-lubang. Nak post gambar kat Intagram pun kena edit banyak kali tau sebab malu, self confidence takat berbahaya. Dah la aku nak kahwin kurang sebulan daripada sekarang. Of course aku nak suami aku nampak akulah yang paling cantik. Jadi, ko rasa tak ke sendu orang berparut bebajet nak jadi paling cantik??? Explain. T_T

3. E.L.F. Studio Make Up Clutch From USA


pernah masuk rancangan Oprah Winfrey kot. tak hebat lagi ke tu?
Aku sejenis manusia yang kurang skil dalam mengemas. Dah memacam cara aku cuba untuk organise my personal table tapi nothing seems to work. Kat mana nak letak lipstick, foundation, maskara, eyeliner. Semua berserabut atas meja. Sebab tu lah, aku nak sangat ada E.L.F. Studio Make Up Clutch ni. Semua boleh simpan dalam satu bekas. Jimat ruang. Warna dia pun lawa. Sesuai sangat la untuk aku yang suka calit warna kat muka nih. Satu lagi. Senang sikit aku nak bawak memana. Dating ngan future husband pun tak de la rumit lepas ni. Tak gitu?

4. Elishacoy Herb Clay Pore Refining Mask


Produk semulajadi diiktiraf nombor 1 di Jepun. Ko hado? :P
Disebabkan pernah berjerawat teruk memuda dulu, lubang pori aku memang terbuka. Yelah, orang dok pesan jangan picit jerawat tak nak dengar. Tangan tu gatal je nak buang segala isi kotor dalam kulit. Then, menyesal sebab lubang yang terbuka degil tak nak tertutup. So, aku berharap sangat nak dapat sebotol Elishacoy Herb Clay Pore Refining Mask ni untuk kecilkan pori-pori kat muka aku ni, terutama kat bahgian atas tulang pipi. Bila lubang pori besar, banyak jugaklah black head dengan white head berkampung kat situ. Letak banyak mekap pun tak leh cover. Sedih tahu tak???

5. Slim & Trim Combo Deal- Garcinia Cambogia dan AcaiBerry Diet


Nak kurus!
Aku bukan nak salahkan McD ke hape, tapi sejak ada seketul bangunan McD di Taman Bendahara, berat aku naik bertan-tan! Bagai dipam-pam! Eh, ada rima plak. Aku sendiri salah sebenarnya. Bajet metabolisme tinggi sangat. Tetiap minggu kalau boleh nak gi situ. Sekarang, dah berbulan-bulan tak makan McD, hidup je lagi. Berat badan pun dah menurun cuma masih tak achieve my best weight. Jadi, mungkin Garcinia Cambogia dan AcaiBerry Diet ni boleh tolong aku. Aku nak kawin ni. Kalau baju kawin koyak atas pelamin sape nak jawab? :'(

Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia . Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.

Ok, tu jelah yang mampu aku coretkan di sini. Wassalaaam.




3 comments:

  1. macam best jer...hurm nak join ke tak erk....

    ReplyDelete
  2. I so want the Elf makeup kit too :) Nice blog!

    ReplyDelete