Review Babeskin Double Serum Premium- Lagi Best daripada Krim! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, May 30, 2015

Review Babeskin Double Serum Premium- Lagi Best daripada Krim!

Review Babeskin Double Serum Premium, serum cantik, babeskin365, repairing booster, ultimate mega lift, serum lebih baik daripada krim
Babeskin Double Serum Premium; Perfect Care for Your Tender Skin.

Review Babeskin Double Serum Premium- Lagi Best daripada Krim! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebelum ni aku ada review Beautyoat, sekarang nak share pulak dengan korang 2 lagi produk berkualiti daripada Babeskin365 iaitu Babeskin Double Serum Premium dan Babeskin Whitening Soap Premium.Dah ramai guna produk ni, turn aku pulak. Hee.

Babeskin Double Serum Premium


Review Babeskin Double Serum Premium, babeskin365, double serum, serum cantik, serum lebih baik daripada krim
Babeskin Double Serum Premium: Repairing Booster dan Ultimate Mega Lift.

Honestly from the deepest part of my heart, aku memang suka sangat guna serum compared to krim. Mana taknya, pakai serum ni memang senang. Dab dab je dalam 5 kali kat seluruh muka, siap. Memang jimat masa sebab senang menyerap dalam kulit, tak berminyak, dan pada masa yang sama buat kulit muka lembap dan lembut je. Tak kering pun. Jauh benar beza dengan krim-krim yang aku guna main taram dulu. Keluar rumah 5 minit terus meleleh. Seteres, tapi masih boleh tersenyum. :)

Babeskin Double Serum Premium terdiri daripada 2 jenis serum yang sangat berkesan untuk kecantikan kulit iaitu Repairing Booster Serum dan Ultimate Mega Lift Serum. 2 serum ni boleh guna bersama-sama. Kenapa sampai 2 jenis serum nak kena guna? Sebabnya, 2 serum ni ada fungsi yang berbeza. It is better untuk separate fungsi dia supaya dorang boleh berfungsi di tahap maksimum. Kiranya, tak de la bercelaru serum tu nak jalankan banyak fungsi serentak. :)

Repairing Booster


repairing booster serum, double serum, babeskin365, serum untuk kulit, serum untuk cantik
Repairing Booster: mekanik muka, baiki apa yang rosak. gituu

Repairing Booster ni ada beberapa fungsi ye murid-murid. Ia adalah untuk pencerahan kulit berganda, anti jerawat dan mengecilkan lubang pori pada kulit wajah. Jadi, dalam seminggu,, akan nampak muka kita semakin bersih daripada cela jerawat, lubang pori besar dan bintik hitam. Makin berserilah. Haissyyy, sempat lagi nak tambah cantik sebelum kahwin Jumaat ni. Kih3 ^^

Kandungan Repairing Booster Serum

Water, Butylene Glycol, Propanediol, Mandelic acid, L-Arginine, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Fragrance

KKM NOT NO: NOT150404337K

Ultimate Mega Lift


ultimate mega lift serum, serum cantik, babeskin365, serum baik daripada krim, serum berkesan
Ultimate Mega Lift: polis trafik untuk awet muda. tak kasi kulit nampak tua. gituu

Ultimate Mega Lift pula serum yang diformulasi khas untuk mengekalkan keanjalan kulit sebab serum ini anti kedutan. Serum ini juga akan membantu melembutkan dan membekalkan tenaga pada kulit. Senang cerita, serum yang ni lebih berfungsi untuk awet muda. Jadi, tak delah risau nampak tua sebelum usia. Tak naklah umur 30 tahun, dah nampak macam 45 tahun. Huhuu.

Kandungan Ultimate Mega Lift: 

Water, Butylene Glycol, Beta-Glucan, Acetyl Hexapeptide-8, Galactoarabinan, Glyceryl Polyacrylate, Sodium Hyaluronate, Dipotassium Glycyrrhizate, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, L-Arginine, Fragrance

KKM NOT NO: NOT150404338K

Cara Penggunaan Babeskin Double Serum


Lepas cuci muka dengan Babeskin Whitening Soap pada waktu pagi dan malam, titiskan 2 titis Repairing Booster serum dan tepuk-tepuk pada seluruh muka dan leher. Kemudian, gunakan pula Ultimate Mega Lift. Mohon ikut cara guna ni untuk kesan yang maksimum k. :)

Babeskin Whitening Soap Premium


whitening soap, babeskin365, double serum babeskin, serum baik daripada krim, sabun cantik
Babeskin Whitening Soap: menyahkan kotoran biar muka putih bersih.

Babeskin Whitening Soap Premium ni sabun yang mengandungi semua vitamin yang penting untuk kesihatan kulit iaitu vitamin A, C, dan E. Semua vitamin ni memang terkenal dengan fungsinya yang akan buat kulit bersih yang nampak lembut dan cerah secara sekata.

Excited bergambar dengan penyelamat kulit muka tercinta. Kih3

Bila dah cuba sendiri Babeskin Double Serum Premium ni, memang aku rasa sendiri hasil yang macam aku tulis kat atas tu. Memang best je pakai. Jerawat period yang rasa macam nak keluar tu pun macam tak nak keluar je. Takutlah tu. Korang pun kena cuba tahu 2 serum daripada Babeskin365 ni. Sebab dia memang best!!! :D

Korang boleh dapatkan 2 produk berkualiti ni daripada:
Instagram @Babeskin365official
HOTLINE:
+6012 2444 014
+6012 2444 041
+6018 2444 988
+6011 1888 9948

ps- nervousnya nak kawin. tapi selalu lupa nervous bila letih buat last minute preparation. tinggal kurang seminggu lagi je nih. nasib baik ada double serum, bolehlah aku kekal cantik. kih3

1 comment: