Tanda-tanda Kemusnahan Cinta - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, May 05, 2015

Tanda-tanda Kemusnahan Cinta

Tanda-tanda Kemusnahan Cinta | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama aku tak share tip cinta kat blog jiwang aku yang seketul nih. Aku bukanlah seorang yang cepat cemburu. Kalau setakat dia keluar ramai-ramai dengan kawan termasuk kawan perempuan, tak tersentuh hati aku. Aku yakin aku bukan cemburu buta bila terbukti aku ada kemampuan untuk menjalani hubungan jarak jauh dengan tunang aku selama lebih setahun. Kau ingat senang???

Bila hati tak tenang, throwback. :)

Tunang aku tak balik sebulan sekali, apatah lagi selang seminggu. Jauh dengan cerita dalam lagu cinta. Jauh dengan cerita dongeng cinta zaman dulu-dulu. Pernah, 4 bulan tak bertemu lepas bertunang. Kalau dulu hari-hari dapat gambar sekeping then bila rutin tu menghilang, aku setia je tunggu. Buat-buat hidup ceria tanpa ragu-ragu. Aku ikut je. Nak call je? Tanak SMS or Whatsapp or video call, bereh je. Dalam hati, ada ke yang tahu?

Pernah, dia balik Kelantan seminggu, dia masih tak datang jumpa dengan aku, aku masih sama. Masih di situ. Menunggu. Kau ingat senang tenangkan hati yang haru biru?? Memandangkan aku di Kelantan dan adik yang salu membantu jugak jauh, hampir semua perkara untuk perkahwinan kami, atas bahu aku. Pelamin, baju pengantin, jurugambar, hantaran. Semua. Cuma bab catering dengan door gift, aku terminta tolong abah aku. Terima kasih abah.:')

1. Tiba-tiba, telefon bimbit menjadi harta privasi


Aku memang tak boleh terima part ni. Kalau dari awal memang jenis yang pentingkan privasi, aku tak de masalah. Kalau dulu, semua aplikasi di hujung jari. Tiba-tiba nak bukak hp tetiba ada password, itu tahap pertama kemusnahan bagi aku. Hati hancur. Berdebu-debu.

2. Tiba-tiba, tiada lagi saat-saat bergambar


Tak de manusia yang tak suka amik gambar sekarang. Buat apa beli hp mahal-mahal kalau setakat nak SMS dan whatsapp. Telefon murah pun boleh. Tapi hp mahal sebab nak amik gambar. Kalau tiba-tiba bergambar pun marah, itu tahap kedua kemusnahan cinta.

3. Tiba-tiba, tiada lagi Whatsapp dan sebagainya


Tak de manusia yang ada hp zaman sekarang tak suka berborak dengan orang yang dia cinta sayang. Sekali lagi nak tanya. Buat apa ada hp mahal giler kalau setakat nak pegang, belek-belek saja? Kalau bukan dengan kita, ada yang jadi penghibur dia. Mohon percaya. Tahap ketiga kemusnahan cinta.

4. Tiba-tiba, panggilan telefon berkurang lagi


Kalau dulu, panggilan telefon paling kurang 2 kali. Sampai parents tanya berapa kali sehari pasangan call. Sampai umi risau tengok anak dia tak tidur di pagi hari. Tetiba, malam malam dingin berlalu sepi. Semua cerita gelak tawa, tiada. Tahap keempat kemusnahan cinta.

5. Tiba-tiba, suara manjang meninggi


Takde hubungan yang tiada masalah. Tak de pantai tak dilambung ombak. Kalau setakat memberitahu perkara yang kita tak suke pun dah buat pasangan membentak-bentak, merengus, itu tanda kelima kemusnahan cinta. Helo, ada kah manusia yang sempurna?

6. Tiba-tiba, tersebutlah kisah 'perempuan itu'


Perempuan itu. Wujudnya dia tak perlu. Tiba-tiba ada kat situ. Kat bibir aku. Eh, bibir kamu. 'Perempuan itu' begini begitu. Hello, dia, kau punya ke aku? Tolonglah lelaki, cakap dia tak wujud di situ. Di hati kamu.

7. Tiba-tiba, rasa ragu-ragu di hati


Selepas proses overthinking yang berlaku, hati mula ragu-ragu. Bila difikir-fikir, tiada lagi tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta padanya. Usaha jugak untuk diatasi dengan kata-kata, ini dugaan orang bertunang. Darah manis. Bersabarlah. Syaitan tengah berusaha hapuskan usaha membina masjid yang mulia. Masa ni, hati memang parah. Parah separah parahnya.

---

Chillax girls. Guys exist to trouble us. They are annoying, troublemakers, pain in the ass, but never let go until you trouble them the same. Cling to him to the extend he forgets how it feels like not having you. But, leave him sometimes to make him realise how bad it feels not having you. Don't be independent if your independence means he forgets how to take care of you.

Selepas apa yang aku dah berjaya harungi, tak mungkin aku nak lepaskan tunang aku macam tu je. I know he's cute, charming, handsome, but he's mine. I won't let him go. I won't, but when I am forced to, I will do it open-heartedly, doing sujud syukur. Sebab I know things are not they way I want later than in another year.

How bout you? Wassalaam :)

3 comments:

  1. interesting...sorry i don't believe in bertunang...for me since we want to dirikan masjid...good things are not to be delayed...but on the other hand...its hard...i guess it all boils down to niat...in islam...niat is everything...so get back to basics....what is your niat in getting married...is it to halalkan sex....but i think you should not let him go...thanks for sharing...steviea2j.............

    ReplyDelete
  2. Semakin paham kalau pasangan kita sudah tidak cinta, salam kenal gan :) dari blogger newbie

    ReplyDelete